Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan

8 Okt 2014

hobi baru..pekerjaan baru

Sebenarnya bukanlah hobi baru atau pun pekerjaan baru sebenarnya.Sejak dari zaman bujang saya memang suka memasak dan berniaga.Cuma mungkin waktu bujang kurang pengetahuan tentang menjaga kewangan.Lagi banyak boros.Sekarang dah akhiri zaman bujang dan umur pun sudah menjangkau 27 tahun,saya jadikan hobi memasak sambil berniaga.Alhamdulillah..walau tidak sebesar mana income yang masuk,namun ia menggembirakan hati.

Tak ingat tarikh sebenarnya bila mulakan bisnes banana cheese dan nasi lemak pandan Nailah ni.Dan dalam perancangan untuk buat tambahan 1 lagi jenis makanan yang saya boleh masak dan disukai ramai.Mungkin akan tambah menu untuk lunch.




Alhamdulillah.. banyak sebenarnya komen yang memberansangkan.. hilang penat bangun pepagi seawal jam 4 atau 5 pagi..bergantung pada tempahan..

Sedang menaip kisah hobi baru saya ni..tetiba baru saya teringat bahawa saya masih ada satu lagi part time yang perlu saya selesaikan..iaitu menulis artikel..Allah..sampai orang yang bagi job ni pun saya tak.ingat nama.Jenuh juga nanti nak cari satu- satu nama di inbox fb.Moga Allah permudahkan segala urusan saya sekeluarga.

Apa yang saya perlu tanamkan dalam diri sekarang,adalah mendidik anak sebaik mungkin..mengikuti sunnah Rasulullah SAW.. dan taat kepadaNya.. disamping itu juga saya perlu perbaiki banyak perkara untuk menjadi isteri yang terbaik.Banyak betul kesalahan rasanya sepanjang menjadi isteri kepada Shahrul Izhan Abd Aziz ini.Kesabarannya menjadikan saya terus bahagia disisinya.

Moga Allah panjangkan jodoh kami sekeluarga hingga ke Jannah.ameen





24 Ogo 2014

satu malam yang hening

Nampak tajuk pun tau dh nak cerita tentang 1 malam..

1 malam tu selepas tulis entry 17 ogos .. hati terdetik bertanyakan sesuatu kepada suamiku.Soalan yang mungkin bagiku menimbulkan kecemburuan atau mungkin tidak.Aku menanyakan persoalan yang sering bermain dibenak fikiranku .. malahan hati jua berkata-kata.kenapa hati ni tak tenang ya?tetap mengenangkan kisah lalu.. kenapa rasa terlalu bersalah?kenapa mesti saya?kenapa ia menghantui?sedangkan saya sendiri yang memilih menjadi begini.. kenapa mak dan ayahnya wat macam tu?kenapa.kenapa... serius rasa nak menangis lagi.Tapi en.hubby hanya mengatakan,yang dia tidak pernah bercinta selepas habis sekolah.Aku yang pertama.Ku katakan padanya bahawa aku ingin tenang tanpa ada kesan silam.Tapi dia hanya mengatakan,biarlah ia berlalu.Usah dikenang.Tak mendatangkan hasil pun katanya.Dan blabla.huhuhu.Ringkas shj jwpannya.en hubby memang seorang yang tak suka pening2.tak suka amik tahu tentang cerita orang.jika tahu cukup sekadar tahu,takkan disuruh nya menyambung cerita walau pun yg ditahunya tanpa penamat.Tapi saya dah tahu .. nk tahu smpai habis.Berbeza betul kami.Alhamdulillah hati sedikit tenang dgn jawapannya walaupun tidak memuaskan.Biasalah kan manusia tidak pernah puas.Mmm..

Ok utk 1 malam yang ini,ku terbaca 1 status.Tentang jawapan yang ku cari.walaupn mungkin hanya kebetulan.Atau memg ditujukan."tadah tangan,mintalah pada Tuhan.Namun jika apa yang didoa tak termakbul sekalipun,insyaAllah hati tetap akan tenang"..status ini bukanlah 100% ku copy.. telah ku ubah agar tidak nampak tlalu dari penulis status.pang!rasa macam nah kau jawapannya.aku dh kasi ke ko.kalau xtau jugak xtaulah...mm serius memg rs mcm dituju kepadaku.ngam pula memg status nya ditulis pd 19hb ogos..tarikh entry ku yg lapuk tu ditulis adalah 17 ogos .. makna kata mungkin Allah SWT telah menggerakkan hati penulis utk aku mendapat jawapan.huhu.Kerja Allah SWT kan tiada siapa yang ketahui.Hanya Allah SWT shj yang tahu apa yg terbaik.

Sekarang hidup mesti diteruskan.Allah SWT sahaja yang mengetahui.Moga segalanya berjalan lancar.aku dan dia... manakala kamu dan sidia..Biarlah orang mahu pikir apa tentang tulisan ku ini.Yang penting aku lebih berasa sedikit selesa dan tenang setelah meluahkan.

Walaupn rs seperti dibenci kerana tbaca persoalannya tentang haiwan kesayanganku,lalu aku mengomen dgn tujuan dpt mbantu.sekali bila cari semula,ianya sudah dipadam.huhu.tak pe..bersangka baik.mungkin mahu menjaga hati.atau dh ada jawapan pasti.atau tak mahu nanti ada yg berteka teki.

Apa pun kini.Saat ini.Hatiku bertambah tenang tanpa sangsi.insyaAllah...

Panjangkan lah jodoh kami yang telah Kau aturkan ya Allah,ya Rahman,ya Rahim... ameen








17 Ogo 2014

aidilfitri 2014

Malam raya Nailah Al Farafishah sudah pandai bertatih.Sekarang dia sudah pun berusia 10 bulan.Alhamdulillah sudah bileh berjalan dan hampir nak berlari.

Syukur padaMu ya Allah mengkurniakan zuriat kepada ku.Hadiah yg tidak ternilai.Indah sungguh ciptaanMu tiada tandingan.Jadikan lah anak ku anak yg solehah.Ameen.





keyakinan berdepan

Hampir sebulan sudah sy sudah memilih tidak berniqab.Ya,sebelum sy bpegang kepada sunat.Sy tidak pernah merancang utk tidak berniqab,tapi apakan daya ada yang lebih mengetahui apa yg terbaik buat sy.

Aidilfitri tahun ini sy tidak berniqab.Memang agak janggal,namun sy perlu belajar utk itu.Migrain yg teruk adalah salah 1 penyebabnya.Alhamdulillah insan terdekat boleh terima perubahan sy.Hampir 3 tahun lebih berniqab.Memilih utk mbuka niqab adalah bukan tlalu mjadia bahan bualan berbanding berniqab dulu.Yalah,ramai yg agak ganjil melihat sy,seperti alien turun dri planet agaknya.hehehe..

Hati memang berat,sgt berat utk melepaskan kebiasaan.Namun demi kesihatan,dan org2 tsayang sy tpksa jua memilih setelah berbulan2 memikirkannya.huhu.Akhirnya ditunjukki kn jwpan.Alhamdulillah.

Sebenarnya hati ini masih ada satu dua perkara yg masih tidak dpt ditenteramkan sepenuhnya.Walaupun hampir 4 tahun melupakan,namun ia tetap bermain di sudut hati paling dalam.Hendak kata melakukan salah mungkin ia juga.Atau mungkin ianya adalah tindakan paling betul sy lakukan.

Memberi kesengsaraan yg turut sama dirasai dengan kebahagiaan yg dinikmatinya sekarang.Wallahualam.Berkali maaf diungkap namun hati tetap pedih.Jauh disudut hati ini tidak mahukannya,tapi apakan daya terpaksa.Dan sekarang masing2 sudah punya kehidupan tsendiri.Semoga apa yg diimpikan keluarganya tercapai.

Meninggalkan kisah silam yg indah tcipta dahulu mungkin boleh.Namun memadam kisah silam ianya sgt tidak mungkin.Namun utk kisah yg sekarang adalah ciptaan utk masa hadapan,semoga membawanya hingga ke syurga sana.

Inilah org kata berjanji itu perlu ditepati,walaupn masing2 mkhianati ia tetap mhantui.

Sekarang janji sudah tkubur.
Sekarang apa yg pasti janji sebelum dimuka bumi,janji  sesudah diikat janji..
Itulah yg perlu aku dahului.
Moga hati ini tenang setenangnya..bersama janji kebahagian masa hadapan.

Kau bahagia.aku bahagia. Walau pun tidak dapat digantikan dgn persahabatan cukuplah yg aku tahu engkau sudah menemukan pelangimu.. dan aku bersama bulanku.Moga jodoh kita berdua bersama pasangan kekal bahagia hingga ke syurga..


Aku sudah menemukan jawapan yang dicari.Walaupun agak berat,namun aku perlu menghentikan dari menyalahkan orang lain dan situasi... ianya sudah mjdi kisah silam.Dan tidak mungkin akan mjadi kisah akan dtg tanpa izinNya.Kepada yg menegetahui kisah2 ini .. doakan lah kebahagiaan kami bersama pasangan kekal selamanya hingga ke syurga sana..ameen.






27 Mac 2014

Petua Tambah Susu Ibu

assalammualaikum ibu-ibu sekalian atau pun bakal-bakal ibu sekalian :)

ok kat sini saya nak kongsi kan beberapa tips untuk tambah susu badan aka susu ibu.
Saya sedar bahawasanya diri saya ini tidak lah seberapa layak untuk membincangkan atau pun memberitahu tentang tatacara menambah susu ni coz memandangkan saya baru lah mempunyai anak sorang :) .. tapi rasanya tak bersalah punkan kalau nak ngengada bgtau 1 dunia bahawa sampai sekarang iaitu hampir 6 bulan saya hanya susukan Fishah menggunakan susu sendiri..pasti diluar sana pun nak tahukan apakah rahsianya susu banyak .. alhamdulillah ..

ok jom tengok apa kebendanya yang perlu kita buat/sediakan/bersiap siagakan/ataupun seangkatan dengannya..

sebelum tu tengok dulu pic susu ni..ehsan dari google

okies dah tgk dah kan ?

ok 1st sekali masa pregnant tu..awal2 lagi sebelum pregnant pun xpe..niat penting..niat kita nak susu kan anak kita .. xnk susu formula .. bukan susu formula tak bagus .. tapi kan ke lagi bagus kalau kita bagi susu kat anak kita sdiri guna susu kita..xpayah bancuh2 dah..  kalau bekerja tak pelah lagi..ni dok umah je pun hihihi.. sambil2 mengon9 kan? ye x?

dah tu bila time preggy mengikut pengalaman saya,saya memang byk minum air zam2 dan kurma ajwa.. ( saya cuma leh makan kurma ajwa,kurma lain xleh masuk xtau knp ) .. kalau nak tahu,saya baru je belajar makan kurma sewaktu tahu saya dh preggy, try gak paksa .. last sekali try kurma ajwa .. alhamdulillah saya boleh makan n x rs loya ..

lepas tu bila dh nak dekat due date tu, selalu lah cuci n bersihkan elok2 ujung2 nya tu ya .. ( harap fahamlah ya ) coz bak kata org tua,nnt senang nak nyusukan baby,kalau x cuci takut nnt puting buta,baby susah nak hisap nnt,kesian dia lapar.

Mengiku pengalaman saya lepas lahirkan baby melalui czer,doktor terus bagi baby kat kita,minta kita susukan,alhamdulillah Fishah pandai menyusu,dan susu saya sgt byk :) ..

ok lepas tu banyakkn makan lobak putih n sayur sawi n habatussauda .. air zam2 dan kurma jgn tinggalkan ya, tu bekalan tenaga jugak utk kita.

sehingga sekarang saya amalkan makan ni je,n xlupa jugak berdoa agar dipermudahkan.alhamdulillah susu cukup buat masa ni,malahan kadang sampai tlebih2 pun ada.sampai bengkak dan terpaksa cari solution cam ne nak hilangkan bengkak susu tu.Macam saya,mak suruh letak kobis dan paksa Fishah nyusu huhu..cian dia kena paksa..bengkak susu memang sgt sakit bagi saya,sampai tarik urat belakang..

hingga ke saat saya sedang menaip ni pun,saya baru je sat2 ni terpaksa pam coz susu byk..takut bengkak lagi sakit.. Fishah memang kuat nyusu badan pun bam2 je heheh.. cuma bila dah nk masuk 6 bulan dia susut sikit n badan memanjang sikit :)..alhamdulillah sihat..

moga Nailah Al Farafishah membesar dengan sihat,jadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah.taat perintah Allah dan Rasul.dan menjadikan Al Quran sebagai pegangan.ameen.

apa pun terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya ni :)

Nailah Al Farafishah - hari ini 5bulan 13 hari




18 Mac 2014

Kejutan Hari Lahir

sebenarnya kejutan ni dibuat oleh suami saya yang baru balik dari kerja,langsung tak terpikir pun dia akan buat kejutan.. sebabnya birthday adalah esoknya..tapi hubby wat kejutan pada 17 mac .. hehe jom layan pic kejutannya








Fishah pun nak jugak pegang belon tapi sambil baring jelah ya hihi :)

Hadiah tahun ni dapat semuanya perfume kecuali hadiah dari diri sendiri je lain .. jom tgk apa dia huhu.. bukan nak riak ke apa ya hanya berkongsi..memang dalam idam .. hari lahir kali ni baru dapat alhamdulillah
comel tak? hihihi ..
ok perfume xsempat nak snap pic .. apa pun semuanya yang bg sy perfume macam merancang je..coz perfume kali ni tiga2 dari estee lauder - pleasure .. :)




5 Mac 2014

Fishah start makan lagi 2 bulan


 Tak sabar rasanya nak bagi Fishah makanan pertama,tapi buat masa ni,tak beli lagi apa2 yang patut persediaan untuk bagi Fishah makan.Tadi saje jalan2 blog orang terbaca tentang pemakanan bayi.Jadinya saya kongsi sekali kat blog saya,supaya ibu2 lain juga dapat manfaatnya.Dan peringatan untuk diri saya juga : ) ..

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food
Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.

Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :
  • tumbuh gigi
  • keaktifan seseorang bayi
  • proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
 Apa itu “ Baby -Weaning”?
Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus.

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

UMUR 4 ~ 6 BULAN :

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice ,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin


UMUR 7 ~ 8 BULAN :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

 UMUR 8 ~ 10 BULAN :

Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)


UMUR 10 ~ 12 BULAN :

Semua jenis grain ,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:
1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
  •  

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut  Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and  mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe
---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...
---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)
---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...
Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln  
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..
  •  
Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN & CARA PEMAKANAN FOR BABY

CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

1)  Anak berada dlm keadaan selesa

- Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.

2)  Makanan yg sesuai



- Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu

3)  Tidak terlalu panas



- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu

4)  Bersabar



- Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa

5)  Jaga kebersihan



- Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit

6)  Pastikan bayi  betul-betul lapar ketika itu



- Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan





INFO



Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.



Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…



Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

- Semua makanan pejal :

Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.



Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :

Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.



- Makanan Yang Telah Diproses:

Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.



- Putih Telur :

Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.



- Buah-buahan Citrus:

{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.


- Madu :

Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!


- {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :

Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.



- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:

Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.


- Makanan Laut :

Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.


- Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :

Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


- Gandum dan Produk Gandum :

Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

- Susu Rendah Lemak :

Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.
CARTA MAKAN BAYI
disclaimer: this chart is conservative in nature.
it should NOT be used to replace the advice of your doctor.



stroller Fishah

Alhamdulillah..akhirnya Nailah Al Farafishah lepas ni dah boleh tidur dengan selesa sambil mencuci mata..eh macam mn pulak tu erk..heheh..

Walaupun sebelum ni dh decide nak amik halford dan sebelumnya tu nak amik sc6 9 n scr 7,tapi akhirnya sudah pasti perancangan Allah itu lebih baik dari segala perancangan.Kami telah memilih scr 6 tanpa scr 7.coz bila pikir2 kan ketika dalam perjalanan pi amik stroller,car seat tak perlu sebab car seat nya sampai 13kg shj Fishah dah 8kg sekarang,jadinya ntah sampai bape bulan dia nak pakai.Lagipun selama ni Fishah saya yang pegang bila dalam kereta.

AKHIRNYA kami hanya ambil stroller scr 6.Dapat2 terus bawak Fishah jejalan dalam tesco ampang.Alhamdulillah Fishah diam je waktu dok dalam tu.N stroller ni agak ringan berbanding halford tu.Dan mudah juga nak kendalikan dia.





1 Mac 2014

keperluan Nailah Al Farafishah

Bismillahirrahmanirrahim..semoga Allah swt permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat sana.ameen

Sebenarnya tak tahulah sama ada keperluan atau pun pembaziran.Biasalah 1st baby memang agak teruja unyuk.mendapatkan itu ini.Untuk itu saya telah menglistkan apa yang perlu saya dapatkan sebelum usianya menjangkau 6 bulan.Hope sesiapa yang ada baca post saya kali ni,bolehlah beri pandangan anda.Kat mana nak beli,nak dapatkan harga terbaik.Segala perkongsian dari teman2 amatlah bermakna.

1 - baby carrier - dh pun beli amik papa germany..puas hati kain pun ok..cuma hari tu basuh kalernya turun huhu..
2 - stroller - cadangannya nak amik scr 9 with scr 7,tapi setelah membuat penelitian nak amik halford zuzz 4
3 - insurans - cadangnya nak amik PruBSN,sesiapa yang tahu tentang ni boleh lah share ya apa yang patut
4 - ha..yang ni paling penting nak buka akaun Fishah,dah wat research sana sini,saya pilih nak buka akaun kat tabung haji

for feeding cadang nak ambil semuanya dari tommie tippie coz botol susu dia pun dari tommie tippie

spoon * feeding spoons 5 pack
bowls * easy scoop feeding
cutlery * 1st grown up
plates * section plates
magic gripper mat
mini blender & feeding set by Avent
electric food & milk warmer
bottle for 12 month - yg ni macam terlajak cepatlah pulak nak belinya
freezer tray baby cubes

majlis kesyukuran dah buat masa habis pantang 44 hari kat rumah kedua mak ayah kat Lempor/Manong .. Perak

majlis cukur sudah buat di Shah Alam bersama anak saudaranya,ini pun langsung tak merancang .. hanya kebetulan coz masa hari ke 7 kelahiran Fishah dah pun kami cukur rambutnya untuk ditimbang dan dinilaikan dengan emas untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.tapi masih belum timbang lagi coz waktu tidak mengizinkan.

majlis Aqiqah insyaAllah 3 may 2014 ni,Fishah nak masuk 7 bulan.buat di Pahang rumah mak saudara.Sudah rezeki untyk Fishah tahun ni..segala majlis kesyukuran,cukur dan aqiqah,ada sahaja yang memberi.Alhamdulillah segalanya dari Allah..moga rezeki kami anak beranak berpanjangan dan diberkati.

semoga Nailah Al Farafishah menjadi anak solehah ayah ibu.ameen.







26 Feb 2014

tukar lagi!!

Sebelum ni punya entry memang dah cerita tentang penukaran ni..huh kali ni tukar lagi.alasan kukuh tau macam konkrit  makin teruk leher fishah sampai berdarah lagi coz dia garu.

Pilihan kali ni memungkinkan ianya adalah pilihan terakhir dan insyaAllah tepat.Sampai je poslaju,saya teruskan mandikan fishah guna sabun lama dia si buds tu.Lotion dia pun sama.Yang baru nya hanyalah cream telon dengan hair and body oil dri Tropika.Apa yang macam peliknya kan..15 minit lepastu si Fishah tidur dengan sendiri tanpa BF pun.Biasanya memang kena bagi dulu barulah tido.best2.Nanti saya kongsi lagi pengalaman menggunakan set Tropika ni.Jadi baby tropikalah anak ibu ni.Tapi untuk hari pertama..saya puas hati.



Tengok si Fishah,teruja betul dapat barang baru.Bukan nak cakap apalah kan..yang kali ni memang agak mahal  dari yang sebelum ni..coz sebelum ni 3 barang.Kali ni bubble wash,lotion,cream telon n 1 lagi starter kit untuk kulit sensitif,ada bubble wash dgn baby hair n body oil.Tak apa lah bukan untuk orang lain untuk anak sendirikan.


19 Feb 2014

Perkongsian ( Propolis ) kami makan tau!


Kami sekeluarga makan propolis..komen kami..yup sgt bagus..cuci dlm badan..ayah dlu kalau makan kambing mesti rs pening2 or panas tapi skrg dh x..n ayah kata selain monavie,propolis ni terbaik n sesuai tuk ayah..terbaik..kalau ada bminat nk tahu boleh PM..nk try pun boleh..beli sebotol dlu..harga 1 pack ji rm 190..nk dpt hg kawan2 leh PM..ayah selalu tak larat nak naik atas,coz rumah kami tingkat 4,mesti berhenti-berhenti dari tingkat ke tingkat sekarang alhamdulillah ayah ckp,kalau ikut cara kami .. mak akan buat air propolis dalam 1.5L air kosong tu dan letak dalam peti sejuk,jadi bila-bila masa kami nak minum,senang kami terus minum je .. tak payah nak titik2

kat sini saya kongsi kelebihannya dan seangkatan dengan nya


Cara Penggunaan Propolis Active

Aturan Makan
Dewasa

  • Amalan Harian :  Pagi atau Petang  – 15 titis setiap dos
  • Sakit Ringan :  3 kali sehari – 15 titis setiap dos
  • Sakit Kronik : setiap 4 jam – 15 – 33 titis setiap dos
Remaja Dan Kanak Kanak
1/2 sukatan dewasa, kanak kanak 1/4 sukatan dewasa.
Ps : Adakalanya sukatan yang lebih diperlukan untuk penyakait atau masalah yang telah lama dihadapi dan kronik ( nota : tahap lebih sukatan ialah 7ml setiap dos)
Kegunaan Luaran
Sapu terus pada bahagian kulit yang bermasalah, pagi dan malam sebelum Tidur, untuk penyakit kulit kronik, luka kronik elakkan terkena air selama 3 hari
Pesanan & Nasihat
  • Jangan gunakan sudu besi dan bekas Logam
  • Pastikan Minum 1500ml ( 7 gelas air masak) setiap hari
  • Pengguna Muslim Disarankan membaca Al-Fatihah, Niat khusus penyembuhan penyakit.. dan berselawat. minum dalam 3 nafas/teguk
  • Jangan tinggalkan dalam kederaan, simpan di bawah suhu 30°C
NOTA :
Tidak menjadi masalah jika mengambil propolis bersama ubatan atau pemakanan lain, malah ia digalakan dan mungkin dapat memberi kesan yang lebih baik,
Namun jarakan waktu pengambilan 2-5 jam antara setiap produk


Apakah Propolis

Propolis adalah sejenis Damar, yang diambil oleh lebah dari Pucuk tunas tumbuh tumbuhan di waktu pagi. Dari penyelidikan yang dijalankan oleh saintis dari beberapa buah Universiti terkemuka, bahan Antibiotik yang terkandung dalam damar, digunakan oleh Lebah sebagai pelindung sarang dan seluruh Koloninya dari serangan Baktiria, Vairus dan Kulat.
Kajian juga mendapati, selain bersifat antibiotik, Propolis juga mengandungi semua jenis Vitamin ( kecuali Vitamin K ), semua jenis mineral yang diperlikan oleh badan ( kecuali Sulfur ). Nama “Propolis” di ambil dari bahasa Greek, “PRO” Bermaksud ”SARANG” dan “POLIS” bermaksud “PELINDUNG


gambar damar (propolis) yang terdapat di sekeliling sarangCara Lebah menghasilkan PropolisBahan Aktif yang Terdapat dalam Propolis


Cara Lebah menghasilkan Propolis Bahan Aktif yang Terdapat dalam Propolis


Bahan Aktif yang Terdapat dalam Propolis

 

Khasiat Propolis :

Khasiat Propolis Diperakui oleh Al-Quran dan Juga Sains Moden


Khasiat Propolis
Kajian sains tentang Propolis

Lapuran akhbar tentang Propolis

KHASIAT PROPOLIS ACTIVE

Khasiat Propolis Sebagai Zat tambahan
  1. Mengandungi semua Vitamin yang diperlukan badan kecuali Vitamin
  2. Mengandungi semua Mineral yang diperlukan tubuh Kecuali Sulfur
  3. Mengandungi semua 16 rantaian Asid Amino Essensial yang diperlukan untu regenarasi sel. terutama Bioflovonoid iaitu Zat Antioksida, sebagai makanan sel
  4. Mengandungi Zat Zat yang diperlukan untuk membina kekebalan tubuh dan mengaktifkan Kalenjar Thymus untuk penghasilan T-Limfosit Sel Darah Putih untuk membunuh Kuman, Vairus dan Baktiria yang masuk kedalam tubuh
Khasiat Propolis didalam Pengubatan
  1. Mengandungi Zat aktif yang berfunggsi sebagai penawar berbagai jenis penyakit
  2. Sebagai Antibiotik, AntiViral dan sekaligus Antifungal semulajadi tanpa kesan sampingan berbanding antibiotik buatan manusia yang mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa pendek dan dalam jangka masa panjang.
  3. Sebagai Anti-Peradangan. sesuai dengan penyakit yang berkaitan dengan sakit pinggang, radang tekak, barah gusi, luka dan berbagai lagi.
  4. Sebagai Anti-kanser dan Mutangenesis sel. Contohnya : Barah payudara, kanser tulang, kanser tumor dan lain lain.
  5. Berfungsi untuk membersihkan Pembuluh Darah dan detoksifikasi atau pembuangan racun. Contohnya : kolestrol tinggi, Trigliserin yang mengakibatkan darah tinggi, Serangan jantung, Angin Ahmar, Kencing manis dan sebagainya.
 Kajian Makmal menunjukan :
“Kandungan “Bioflavonoid” pada satu titis PROPOLIS bersamaan dengan “Bioflavonoid” yang dihasilkan dengan 500 biji Oren”

Selain Membekal Vitamin Dan Mineral  Untuk Tubuh, Propolis Active Juga Cukup Berkesan bagi Masalah seperti….
  1. Segala jenis Demam ( Denggi, Kepialu, Campak)
  2. Masalah Kepenatan, Kelesuan kronik
  3. Sakit Gigi, Barah Gusi, Gigi Rosak atau Mereput
  4. Tekanan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Rendah
  5. Migrain atau Sering Sakit Kepala
  6. Asthma atau Lelah Kronik
  7. Angin Ahmar Atau Stroke
  8. Masalah Gout
  9. Thyroid ( Kecelaruan Hormon)
  10. Gastrik, Appendik, Luka Usus
  11. Kencing Manis atau Diabetes
  12. Sakit Pinggang Dan Masalah Tulang
  13. Sembelit dan Buasir
  14. Resdung
  15. Ketumbuhan, Kanser Payudara, Tulang Dan Lain Lain
  16. Lenguh Tulang dan Sakit Sendi
  17. Batu Karang, (Pinggang dan Hati )
  18. Alergik Makanan dan Habuk
  19. Tekanan Perasaan, mudah Lupa atau Nyanyuk
  20. Kudis Buta, Bisul, Kurap dan Panau
  21. Kulit melecur
  22. Jerawat Biasa dan Jerawat Batu
  23. Membuang Kolesterol dan Trigliserin
Masalah Wanita dan Masalah Bayi
  1. Menghaluskan Kulit dan Awet Muda
  2. Senggugut Kronik
  3. Haid Tidak Teratur
  4. Fibroid
  5. Menguatkan Hormon Pembakaran lemak/Masalah Obesiti
  6. Keputihan dan Masalah Faraj
  7. tonik Lepas bersalin
  8. Sakit Tumit Kaki dan sengal sengal Sendi
  9. Stress, Kerisauan, Rambut Gugur
  10. Meningkatkan Nafsu Seks
  11. Ruang Lampin, Ruam Susu
  12. Sering Demam, Sakit Perut, Hyperaktif dan lain lain
Bagaimana Propolis Berfungsi ?
Pernahkan anda mendengar perkataan Kelenjar Timus ? Terletak di bawah leher, disebelah kanan. Kelenjar Timus merupakan kelenjar Terpenting yang berfungsi menyusun atur sistem hormon dan pertahanan badan anda dari serangan segala jenis penyakit (imun). Kelemahan Kelenjar Timus adalah secara tak langsung merupakan kelemahan sistem Pertahanan Badan Manusia.
Vitamin, Mineral, Bioflavonoid dan zat zat aktif lain yang terkandung di dalam propolis amat diperlukan oleh Kelenjar Timus.
 ” Dr John Diamond “
Presiden Akademi Pencegahan Penyakit. Valley Cottage USA
“Dari semua Makanan Kesihatan yang telah kami Uji. Satu satunya yang mampu menguatkan kelenjar Timus adalah Damar Lebah atau Propolis Lebah. Jesteru mengekalkan kesihatan sepanjang hayat…. “


TESTIMONI PENGGUNA

PROPOLIS ACTIVE

Testimoni pengguna Propolis

 testimoni pengguna propolis aktif

Testimoni pengguna Propolis Active

KELULUSAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA













8 Feb 2014

naik buaian dan cukur jambul

Hari ni adalah hari bertuah Nailah Al Farafishah..disamping majlis aqiqah anak saudaranya yang berumur 6 bulan,Nailah juga turut serta dalam majlis marhaban cukur jambul dan naik buaian...jom intai-intai kenangan ini..












6 Feb 2014

Cleanser untuk Nailah Al Farafishah

Kali ni produk yang ketiga untuk produk penjagaan kulit Farafishah..kesian anak ibu..dah mandi pun duk menggaru leher dengan badan..habis luka lehernya..doktor kata anak ibu kena mild ekzema mungkin kerana ibu ada asma dan ibu ada masalah kulit sensitif..

Sebelum ni saya guna johnson n johnson,lepas tu doktor yang selalu cek Farafishah tu suruh tukar Sebamed,tapi masih tak tunjuk perubahan,dan kali ni..hari ni saya keluar pi farmasi vitacare dan cuba produk buds pula..


Yang tak de lagi calming rubs cream dia untuk perut@kembung


Tengok sampai berdarah leher dia

Harap lepas ni,kulit anak ibu akan gebus seperti dulu..ameen




28 Dis 2013

Demam Batuk Dan Selsema

Nailah demam,batuk,selsema..

malam tadi jugak dari jam 8 mlm sampai kul 10.15 malam dia asyik menangis.Ibu pun nangis sekali sebab risaukan dia..

rasanya my baby kembung perut kot..nak kata ada kesilapan makan,benda yang lain makan malam tadi,sayur peria jelah.lepas tu puding roti.tapi hati berkata-kata macam ayam goreng spicy tu rasa macam tak kena..lepas tu peria tu terletak sambal sardin.disebabkan czer waktu nak lahirkan Nailah,sampai sekarang masih berpantang dari makan seafood dan termasuklah makanan yang leh menyebabkan gatal..

mulai hari ni memamg dah tekad nak makan lebih untuk sayur..walaupun memang dah makan lebih tapi kali ni memang nak berlebih-lebih,heheh..dan paling penting makanan berangin memang tak boleh makan lagi..coz Nailah BF dengan saya.

waktu tengah menaip ni,Nailah baru je tido,selepas terjaga dan merengek jam 10 pagi tadi..sekejap lagi kalau nafas dia masih bunyi krok2 memang saya akan bawa ke klinik untuk tindakan lanjut.kalau nak pergi sekarang ayahnya tengah kerja.saya pun banyak lagi kerja yang belum siap.tapi anak adalah keutamaan.doakan ya semoga my baby cepat sembuh.ameen

petang semalam ada ambil gambar dia pakai baju jenis crochet/kait..minnie mouse,saya kongsikan 1 kat sini





22 Dis 2013

Kenanganku bersamamu 1

Entah kenapa malam ini terasa begitu dingin.Serasa bahagia melihat wajahmu tenang dalam lenamu.Cuma mungkin akan tersentak sedikit oleh bunyian yang datangnya dari kelilingmu.syukur ke hadrat Ilahi diatas kurniaan dariNya.

Pernah suatu hari,aku berasa sangat sepi.Sehingga aku sendiri berasa serba tidak kena.Sehingga aku berasa seperti aku tidak bahagia.Walhalnya akulah punca ketidak adanya bahagia itu.Sering memandang ke belakang.

Namun saat ini dan detik ini,aku berjanji pada Tuhan akan menjaga hartaku dengan sebaiknya.Hampir 2 tahun lebih kami menanti,akhirnya mimpi menjadi kenyataan.

Jika diingat kembali detik aku terlalu sakit pinggang dibahagian kanan,doktor mengesahkan aku ada pertumbuhan.Ketika itu memang datang bulanku tidak menentu.Sejak dari itu makanku dijaga,semuanya ku bataskan.Namun bukan penyakit itu yang ku risaukan tetapi kata-kata doktor pakar itu yang merumitkan.Doktor mengatakan aku tidak mungkin mengandung pada waktu terdekat ini.Dan mungkin juga langsung tidak boleh.Hampa.

Selang sebulan aku terasa seperti tidak menentu.Perasaan bercelaru.Aku meminta suamiku membelikan pregnant test clear blue yang digital.Esok pagi aku nak buat urine test.Terkejut apabila yang tertera ialah PREGNANT.Aku tak puas hati ambil dua lagi pregnant test.Dan tetap sama keputusannya.

Pagi itu aku ke Hospital Pakar Manjung.Namun keputusannya tetap sama seperti kali pertama aku hamil dulu.Kehamilan tidak seiring usia kandunganku.Maksudnya kandunganku sepatutnya 9 minggu namun tidak seperti 9 minggu,ianya seperti baru saja terjadi,seminggu mungkin.Doktor mengatakan agar aku bersedia dengan apa jua kemungkinan.Kerana sebelum ini juga klinik kesihatan yang aku pergi sewaktu kandungan pertamaku dulu,mengatakan perkara yang sama.Hanya perkataan pelbagai kemungkinan akan terjadi tu sahaja yang tidak disebut.Mereka cuma meminta agar aku datang lagi 3 minggu dari tarikh yang aku pergi.Aku tanya kenapa,mereka mengatakan untuk mengesahkan usia kandunganku.Ketika itu aku terasa seolah dihempap batu diatas kepalaku didalam bilik gelap.Aku hampa.Dan kali ini aku,Hampa Lagi.

Akhirnya aku meneruskan kehidupan ku tanpa pergi klinik untuk memeriksa kandunganku sehingga 5 bulan.Genap saja kandungan ku 5 bulan,aku membuat keputusan untuk pergi membuat checkup kononnya,kerana lagipun ketika itu,aku dapat merasakan perutku seperti ada bezanya.Akhirnya aku memilih klinik Yasmin,dan langsung aku tidak jangka dan dalam tidak percaya bahawa doktor Yasmin mengesahkan aku mengandung 4 bulan 1/2.Berkali-kali suamiku mengesahkannya dengan meminta doktor menunjukkan dimana kedudukan bayi kami,jantung,tulang belakang dan segalanya yang kami boleh lihat.Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku ketika itu kerana kandungan ku berjaya.Aku dan suami mengalirkan air mata.Dan hari itu juga kami menelefon ibuku memberitahu berita gembira ini.ALHAMDULILLAH.Sungguh aku sangat-sangat berterima kasih padaMu yang Maha Pencipta.



Dan ketika aku menulis coretan ini,anakku berada tidur disebelahku.Tidak puas aku menatap wajah sucinya.Mau saja aku tidak mahu melelapkan mata,namun mata ini dan seluruh anggota tubuh bukankah punya hak untuk BEREHAT.Jadi aku perlu amanah pada diriku sendiri,jika tidak bagaimana aku boleh melaksanakan amanah yang lain dengan sebaiknya?

Ya Allah..KemuliaanMu begitu aku sanjungi.KebesaranMu begitu aku kagumi.Dengan berkat kurniaanMu ini,izinkanlah aku menjaga anak ku Nailah Al Farafishah ini sebaik mungkin,menjadi anak yang solehah yang bisa menggegarkan dunia dengan sifat Sri Kandinya.ameen.Moga anakku sayang menjadi salah satu cahaya penerangku ketika dialam kegelapan disana nanti.


27 Nov 2013

Tempoh Berpantang - adakah perlu?

hari ni dah hari ke 45 untuk ayu .. bermakna semalam hari terakhir tempoh ayu berpantang.Tapi walaupun dah habis pantang,ayu tetap kena berhati-hati dalam memilih makanan,sebabnya ayukan bersalin secara czer,lagipun boleh lah maintain kan berat badan ayu ni hehhehe..sebelum pregnant berat 62 ke 63kg,waktu pregnant 64kg,last timbang 67.6kg.naik sikit je dari sebelum pregnant.lepas je bersalin,badan kembali ke berat sebelum pregnant iaitu 62kg.Hari ke 4 berpantang,berat badan terus turun 7kg,bermakna berat sekarang 55kg.Alhamdulillah rasa ringan sikit badan.

hari ni ayu dah boleh mandikan baby sendiri.Dah berani sikit :).Alhamdulillah.Kat sini ayu kongsikan tentang berpantang.Ayu google je and baca :),jadi ayu kongsikan apa yang ayu baca untuk kita semua.

TQ utk DEMC diatas perkongsiannya..

Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu.
Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya memfokuskan daripada segi sajian makanan serta minuman sahaja. Malahan ianya turut merangkumi hubungn kelamin, aktiviti harian seperti amalan mandi atau amalan berurut. Pada kebiasaannya, adalah tidak menggalakkan hubungan kelamin pada tempoh masa tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas melahirkan).
Daripada segi tempoh perubatan pula tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episitomi atau jahitan pembedahan (Caesarean) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain daripada itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya akan mengambil masa yang agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
Manakala daripada segi kesihatan pula, darah nifassebenarnya mengandungi bacteria dan juga lendiran daripada lapisan dinding rahim system peranakan. Keadaan anatomi salur kencing dan salur dubur yang berdekatan dengan salur faraj menyebabkan berkemungkinan jangkitan kuman mudah dihadapi. Luka jahitan episitomi juga mugkin boleh terbuka atau koyak jika berlaku tukusan semasa hubungan kelamin tersebut.
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’seperti kangkungserta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung. Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau sjian yang pedas kerana dikhuatiri akan’disalurkan’ melalui susu ibu kepada bayi tersebut.
Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air walaupun dari segiperubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadiakibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara tiga hingga lima gelas sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas juga penyusuan ibu. Namun begitu, minuman berais ataubergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Secara kesimpulannya contoh-contohyang disebutkan tadi hanya merupakan sebahagian amalan berpantang yang seringkali dipraktik dan diamalkan. Namun begitu, terdapat juga amalan-amalan berpantang yang tidak begitupopular yang sudah ketinggalan zaman kernan tidak sesuai dengan keadaan terkini dan tidak diwarisi lagi. Daripada huraian di atas boleh disimpulkan bahawa tidak semua amalan semasa berpantang itu membawa kesan negatif malahan ada juga yang secara logiknya memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.

Yang ni pulak ayu baca di BabyCenter

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:







20 Nov 2013

Menu dalam pantang

 Hari ini masuk hari ke 40 berpantang , di sini saya kongsikan sedikit menu sepanjang berpantang :)

-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam /susu suam



-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari - ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam
- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga
- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot


-tea time-
- sama macam breakfast -


Dinner
- sama macam lunch -



15 Nov 2013

Nailah genap sebulan

12 Nov 2013 hari tu bawak Nailah cucuk untuk 1 bulan.Alhamdulillah dia cuma menangis sekejap je. Timbang sekali beratnya dah cecah 4.66kg hampir 5kg! Nurse cakap kalau BF memang baby cepat naik badan. Apa pun alhamdulillah Nailah sihat,sakit matanya pun dah ok :) ..


apa pun kepada pembaca blog saya ni,jangan lupa ya doakan yang terbaik untuk kami :) .. ameen..


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com