10 Sep 2012

Pemilihan makanan kucing :)

Makanan kucing ialah benda paling penting perlu ada bila kita bela kucing. Tapi berapa ramai yang consult dengan veterinarian atau baca dengan teliti dekat packet makanan tu sebelum membeli makanan kucing.Mok2 dan Chimey ialah kucing pertama yang kami pelihara.Dan 10 tahun yang lalu, saya cukup takut dengan kucing. Bukannya apa, takut kena cakar. Hahaha.

First time pelihara kucing, memang saya tak tahu apa makanan yang patut aku bagi kucing ni. Whiskas? Friskies? Iams? Nasi? Ikan kembung? Semua diorang pernah try, kecuali nasi dengan ikan kering la, haha. Dan kucing saya siMok2 memang tak pernah cerewet kecuali si Chimey (Betina) tu. Bagilah jenama apa pun kat Mok2, dia tak pernah menolak. Tak pernah bad mood bila tengok makanan.






Lawatan pertama ke klinik veterinar untuk vaksin mereka, doktor tanya bagi makanan apa. Lepas tu doktor letakkan sikit Royal Canin kat dalam mangkuk. Menyerbu diorang makan. Alah apa nak pelikkan dengan si Mok2 tu, memang bagi apa pun makan. Haha. Doktor pun suggest, apa kata cuba bagi Royal Canin. Tapi saya tengok mahal harganya. Sob sob. Sedih.

Dan berkat kemanjaan si Chimey tu sejak beranak kan anaknya 4 ekor,tapi sayang 2 ekor dah pergi menghadap Ilahi, suami pun jadi cair dan mula memberikan dana untuk kucing-kucing ni. Haha. Mulai saat itulah, sampai ke hari ini, kami bagi Mok2 dan Chimey makan Royal Canin. Tiba-tiba saya dan suami rajin nak membaca pasal kucing di Internet. Sayalah yang terlebih rajin.hikhik.

Nak dapatkan Royal Canin dan kadangkala ada FREE GIFT BEST, boleh tengok kat offical #shopee diaorang ROYAL CANIN

Ada 3 kategori pet food. Paling bagus ialah jenis super premium atau holistic, premium, dan komersial. Dari segi harga pun tentulah super premium / holistic ni yang paling mahal dan paling susah nak dapat. Dan komersial paling murah dan mudah didapati. Kat pasaraya mana-mana pun ada jual. Kedai runcit dan 7-eleven pun ada.

Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Dalam holistic pet food, memang tak ada benda-benda ni. Sebab itu holistic paling mahal dan dikatakan super premium. 

Jadi kalau beli makanan kucing, kalau boleh cuba elakkan benda-benda ni, terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) tak baik untuk kucing, nanti boleh kena batu karang.

By-product ialah bahagian haiwan yang manusia tak makan. Ok, kalau beli pet food perasa chicken katanya. Cuba tengok kat bahagian ingredients dia. Dia akan tulis chicken by-product ataupun poultry by-product. Wah ada chicken. Kita pun terus beli. Padahal chicken by-product tu cuma bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama la kalau beef ataupun lamb by-product. 

Cuma bahagian buangan yang tak digunakan yang diorang process untuk buat makanan kucing ni. Tak ke kesian? Dapat makan sisa-sisa ayam je yang belum tentu ada khasiat. Sebabkan by-product ni la makanan tu jadi murah. Makanan yang ada pakai by-product biasanya macam kering, tak berapa moist dan tak berminyak compared to premium or super premium.

Alah.. kucing kenyang jugakkkk.. memanglah kenyang, sebab ada corn, wheat, soy dalam makanan tu. Benda ini bertindak sebagai filler yang buatkan kucing kenyang, tapi tak dapat nutrisi.

Selain dari tu, kena jugak tengok kandungan nutrisi. Kibbles yang bagus perlu ada at least 33% protein. Kucing perlu banyak protein. Lagi tinggi kandungan protein dalam makanan tu, lagi bagus.

Makanan jenama F*******, W****** dan S**** H**** contohnya, dikategorikan sebagai commercial food. 

Produk makanan kucing jenama Iams baik jugak, dia bukan commercial sebab ada ingredients yang baik untuk mengelakkan batu karang pada kucing iaitu DL-Methionine, tapi bukan kategori premium sebab masih ada by-product. 

Produk Iams boleh dapatkan di sini CAT FOOD IAMS

Sepengetahuan saya Blackwood dan Royal Canin ialah contoh premium food, tak ada by-product. Tapi Blackwood lebih murah dari Royal Canin. Sebab tu ramai orang beli Blackwood. Lebih murah dan ada breeder pack 24kg pulak tu. Sesuai untuk orang yang ada banyak kucing, beli 24kg terus. 

Blackwood boleh tengok sini BLACKWOOD
ROYAL CANIN di sini

Contoh holistic atau premium food pulak ialah macam Orijen dan Evo. Ini setakat yang saya tahu la.Dan saya sudah pun bertukar ke Orijen untuk Mok2 dan Chimey.

Orijen boleh klik sini ya ORIJEN
Evo boleh tengok sini EVO


Kucing perlu makan kibbles. Kalau ada yang cakap kucing tak suka kibbles, dia suka wet food.. so kamu pun layan bagi dia makan wet food je. Tak bagus sebenarnya. Sebab wet food pun takde la murah pun.. Mahal sebab harga tin kot. 

Lepas tu wet food takkan menggemukkan. Setahun pertama sangat penting untuk pembesaran kucing.Dalam masa setahun tu, elok bagi free flow food. Biar dia makan bila dia lapar, ikut suka hati dia. Maka kibbles la paling sesuai kan. Macam mana nak bagi free flow wet food? Wet food tak boleh dibiarkan lama terdedah kalau tak habis. Kang semut dan bakteria yang membiak.

Dan kebanyakan wet food ada jelly atau nama saintifik dia polysaccharide. Jelly ni gunanya untuk bagi makanan tu melekat. Tapi terlalu banyak jelly pun tak bagus. Ada sejenis canned food ni, dia punya jelly pun dekat setengah tin. Macam mana kucing nak dapat khasiat kalau makan jelly je?

Memang kebanyakan makanan tin ni, ada jelly tu. Tapi kalau premium punya, kuantiti jelly dia sikit je. Dan kalau dia cakap perasa ayam, ha memang ayamlah. Kalau salmon, memang salmon.. tu yang bagusnya premium canned food.

Kucing-kucing saya kadang-kadang diberi makan makanan basah jugak. Sekali sekala je.. masa hari raya atau birthday atau bila rasa nak bagi, haha. Dah banyak jenis makanan yang kami cuba.. Tapi setakat ini kami paling suka Royal Canin. Sebab takde jelly! Makanan tu nampak sangat moist dan nampak macam rendang, hehe.





Dan kadangkala saya bertukar ke brand BRIT , brand ni pun bagus , boleh tengok-tengok kat sini BRIT

#makanankucing #catfood #makanankucingterbaik




Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com