Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Nailah Al Farafishah - 1 tahun

Alhamdulillah my baby dah pun masuk umur setahun pada 12 okt 2014.Kami raikannya dengan majlis doa selamat secara sederhana sahaja.Semoga Nailah menjadi anak yang solehah.ameen... Cita-citaku mahu jadikan Nailah Al Farafishah seorang penghafaz Al Quran ketika usia masih kecil.Dan nak ajar dia berkuda,memanah dan kalau boleh berenang.InsyaAllah moga dipermudahkan..Hari ini jugak kami bawa di bertindik.Alhamdulillah dia tak menangis pun.. sebulan 2 bulan baru boleh tukar bagi dia pakai subang lain.











hobi baru..pekerjaan baru

Sebenarnya bukanlah hobi baru atau pun pekerjaan baru sebenarnya.Sejak dari zaman bujang saya memang suka memasak dan berniaga.Cuma mungkin waktu bujang kurang pengetahuan tentang menjaga kewangan.Lagi banyak boros.Sekarang dah akhiri zaman bujang dan umur pun sudah menjangkau 27 tahun,saya jadikan hobi memasak sambil berniaga.Alhamdulillah..walau tidak sebesar mana income yang masuk,namun ia menggembirakan hati.

Tak ingat tarikh sebenarnya bila mulakan bisnes banana cheese dan nasi lemak pandan Nailah ni.Dan dalam perancangan untuk buat tambahan 1 lagi jenis makanan yang saya boleh masak dan disukai ramai.Mungkin akan tambah menu untuk lunch.




Alhamdulillah.. banyak sebenarnya komen yang memberansangkan.. hilang penat bangun pepagi seawal jam 4 atau 5 pagi..bergantung pada tempahan..
Sedang menaip kisah hobi baru saya ni..tetiba baru saya teringat bahawa saya masih ada satu lagi part time yang perlu saya selesaikan..iaitu menulis artikel..Allah..sampai orang yang bagi job ni pun saya …