Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

perkahwinan dalam ISLAM

18 Jun 2011,saya telah selamat di nikah dengan Shahrul Izhan..moga pernikahan kami dirahmati di dunia dan akhirat ....





"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang." Begitulah, antara lain, senikata lagu "Jangan Tunggu Lama-lama" nyanyian kumpulan Alleycats yang popular pada tahun 80an dahulu. Lagu ini menasihatkan para lelaki yang sudah mempunyai kekasih supaya cepat-cepat berkahwin agar kekasihnya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama kerana dipercayai perkahwinan dapat menjauhkan manusia dari maksiat. Walaupun lagu ini sudah berada di khalayak kita sejak 20 tahun yang lalu tetapi seolah-olah masyarakat kita tidak mengambil mesejnya kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. Statistik yang ada menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berkahwin di usia yang semakin lewat. Perangkaan terbaru yan…

Apabila sudah menfitnah..

Berleluasanya budaya fitnah-memfitnah, caci-mencaci, penipuan, tuduh-menuduh dan sebagainya dalam masyarakat Islam akan menggugat kekuatan ummah terutamanya dalam menghadapi ancaman pihak musuh Islam. Pertelingkahan dan perpecahan yang wujud hasil daripada pertuturan yang ditegah oleh Islam ini sememangnya dinanti-nantikan oleh musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang memporak-perandakan kesatuan dan kekuatan umat Islam.Ini seterusnya membuka peluang kepada mereka sehingga hilang segala kemegahan dan kemuliaan budi lalu bertukar kepada kehinaan dan kemunduran dalam pelbagai bidang kehidupan.
Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Kesan daripada perbuatan i…