Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Berpantang

Aku selamat bersalin anak kedua secara czer/pembedahan. Dan alhamdulillah aku dapat baby girl. Berat 3.6kg. Kali ini aku bersalin di Hospital Seri Manjung. Dan kesemua nurse dan doktor baik-baik belaka. Rasa nak bagi reward pun ada di atas layanan terbaik yang diberikan. Punca aku czer, kata doktor jantung baby lemah. Lagi pun contraction aku masa tu dah strong bukaan hanya 1 cm. Mungkin aku memang dah ditakdirkan tak boleh melahirkan anak secara normal. Tapi tak pelah yang penting ibu dan anak selamat.

      Mengenai czer kali ini, 1st and 2nd day, aku okay je.. dan rasa kuat untuk bergerak lebih cepat berbanding anak yang pertama dulu. Tapi bila masuk hari ke tiga sehingga lah hari ke 10 sakit belakang menjadi-jadi. Tempat czer pun asyik ngilu. Dalam perut rasa macam ada banyak luka.

      Bila mengingatkan kembali waktu cucuk belakang ni, rasa macam banyak kali doktor cucuk, last sekali tu baru betul2 punya cucuk(maksudnya jarum betul2 habis masuk) sebelum ni jarum macam masuk sepa…