Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

27 Feb 2017

Novelis

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi.. sangat tak terjangka akhirnya cita-cita sejak zaman sekolah rendah menjadi kenyataan..

Sungguh kali pertama aku menghantar manuskrip Isteri aku nanny ke satu publisher, hati sangat berbunga ketika itu. Bagi aku waktu tu seakan mudah jalannya. Mendengar berita baik dari kawan-kawan, aku begitu yakin yang mss sulongku ini jua akan diterima.

Dan tibalah saat yang dinanti.. sangkaanku meleset sama sekali. Mss aku ditolak. Dua bulan penantian yang sangat terasa panjang, akhirnya mengguriskan hati dan perasaan.. sehingga aku menangis satu minggu mengenangkan nasib tak sudah-sudah hahahaha.. mujur ada kawan2 yang aku fikir mungkin dia orang pun sebenarnya gelakkan aku hehehe.. yalah sedangkan salah seorang dari kami entah berapa kali merasakan mss nya ditolak. Aku yang baru sekali ni dah terasa tak mahu menulis lagi kakakaka.. tragis betul.

Sehinggalah satu hari terbaca karangkraf cari manuskrip baru. Mula2 memang was2.. tapi aku tekad juga hantar setelah baiki sikit2 mss Isteri Aku Nanny tu. Aku hantar senyap2 aje tanpa diketahui sesiapa. Maklumlah malu punya pasal. Company besar tu huhu.. sedangkan yang sebelum ni pun tolak mss aku.. inikan pula yang besar..mau gelak dek orang zaman bzaman.

Hampir 3 bulan penantian.. aku terima email yang sangat memgejutkan. Alhamdulillah aku sujud syukur.. mss aku diterima. Dan saat itu bermacam yang aku lalui. Dari permulaan sehinggalah makan masa satu tahun.. kesabaran ini hadiah diakhirnya begitu besar..

InsyaAllah bulan Mac, bulan kelahiran aku.. tak tahulah sama ada sememangnya Alaf 21 pilih mac sebab sengaja tahu bulan kelahiran aku, atau sememangnya bulan 3 itu sudah sinonim dengan aku. Yalah saat aku terima email mengatakan mss aku diterima pun bulan mac juga.. mac 2016 hehe..

Dan sedikit masa sahaja lagi, insyaAllah dengan izinNya dapatlah aku peluk novel sulong aku dibawah penerbitan Alaf 21.. dengan tajuk yang dikekalkan #isterikunanny

Moga ianya menjadi mss sulong yang memberansangkan.. diulang cetak.. laku keras.. dan diterima oleh semua golongan pembaca.. ameen..



11 Mac 2012

Pengorbanan yang tidak ternilai

Bermulanya sebuah kisahnya...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut...

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg!....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa,

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku...Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati...

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tersepak tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Begitulah kisahnya. Kesimpulannya jangan kita meremehkan melakukan kebaikan walau sekecil mana pun sebab kita mungkin tidak menjangka kebaikan yang kecil itulah yang meninggalkan kesan mendalam kepada orang lain.


18 Jan 2012

4 Jan 2012

Pokok Besar Rimbunan itu ..

pokok besar rimbunan itu
akar membesar menjalar ke tanah
bersama dedaun teduhan

pokok besar rimbunan itu
begitu banyak kisahnya
merasa manis buahnya
di alam yang tidak nyata

pokok besar rimbunan itu
meneduhkan hujan panas
tempat melihat pelangi

pokok besar rimbunan itu
apakah akan ada cerita lagi
cerita tentang huluran tangan
cerita tentang membangkitkan perasaan

pokok besar rimbunan itu
apakah akan berakhir dengan selendang biru
seiringan berpimpinan menuju yang SATU

pokok besar rimbunan itu
mungkin akan hanya begitu
kekal tidak nyata
atau juga bertaut semula menjadi rona

pokok besar rimbunan itu
punya 1001 cerita
hanya menanti kesudahannya

pokok besar rimbunan itu

meminta akan ada SUATU MASA ...


24 Dis 2011

Kekasih Insan Sebenar

Muhamad Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kite syg? Macam mana juga kasih syg itu nak brkekalan?

Cikgu : ok, kamu ikut ape yg sy suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dh petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya.

Cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : tadi mse sy berjalan, sy carilah rumput yang paling cantik. Memang ade bnyk yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pn terus berjalan ke hadapan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, sy x jumpa pn yang paling cantik. Mungkin ade di antara yg di belakang sy tadi rumput yg paling cantik tapi dah cikgu cakap xboleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg boleh sy petik.



Cikgu : ya itulah jawapannye. Maknenye apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yg kite syg, janganlah kite mencari yg lebih baik dari itu. Kite patut hargai org yg berada di depan kite sebaiknye. Jgn kite menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. dan ingatlah org yg paling kite syg itulah yg paling cantik dan paling baik walaupun nak ikutkan bnyk lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi…


23 Nov 2011

kerana aku seorang perempuan

" Tidak ada seorang pun yang dapat melawan kehendak takdir.Semua sudah terprogram dalam mega safar di 'lauhi mahfuz..Hari..Tanggal..Menit dan Detiknya "

menanti saat termampu .....

hati kelam
jiwa bergurindam
tatkala takdir tidak sepakatan
namun lautan tak mampu menukar
segala yang sudah disasar...

Ada seorang sahabat bertanya
  1. “KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
  2. “KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
  3. “KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”
Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…
Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…kami CEMBURU bukan tidak bersebab…RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…fitrahnya ciptaan seorang perempuan…allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…punyai 9 nafsu dan 1 akal…bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam…Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…mudah tersentuh…sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bias menakluk dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…namun dia tetap perempuan…punyai kehalusan hati..emosi di sisi diri…namun rasional kami jua dari emosi…
Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti…bukan untuk di lukai…namun hikmahnya ciptaan kami…dari situ la kami ingin dilindungi…dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi…dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam…kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…



Kisah isteri tercinta rasullullah s.a.w iaitu Siti Aisyah R.A…Di antara bukti cinta Aisyah terhadap suaminya adalah jika bangun tidur dan tidak menemukan Rasulullah di sampingnya, ia merasa khawatir dan gelisah. KERISAUAN si isteri melihat suami tiada disisi. Kuatnya cinta yang terpatri di hati insan seorang perempuan..begitu jua kami insan biasa yang diciptakan allah punyai naluri emosi yang kuat..pasti kerisauan datang menjengah bila mana tidak nampak di depan mata..MAAFKAN KAMI KERANA SERING RISAU AKAN SESUATU….
 
Perkongsian dari kisah hati muslimah agung, Siti Aisyah R.A, isteri kesayangan rasullullah…Dua ciri paling menonjol dalam diri Aisyah adalah sifat manja dan cemburunya yang tebal...Jika ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah seperti ia mencinta beliau, Aisyah merasa sangat sedih dan cemburu, bahkan kendati pun wanita itu sudah wafat. Misalnya, walaupun Siti Khadijah telah tiada, Rasulullah selalu saja mengenang dan menyebut-nyebut namanya, kerana beliau dulu banyak bergantung kepadanya, dan hal ini sampai membuat Aisyah cemburu. Kecemburuan Aisyah ini tidak bisa diredam dan dibendung lagi. Namun, itu juga sebagai bukti rasa cinta Aisyah kepada Rasulullah..KECEMBURUAN kami sebenarnya antara kebuktian cinta dan kasih sayang kami..bukan tidak cemburu itu tidak sayang tapi mungkin sesuatu itu tidak sampai menyentuh hati yang paling dalam…MAAFKAN KAMI KERANA SELALU CEMBURU…

Kenapa kami merajuk?? Kadang-kadang kami MERAJUK kerana kami inginkan perhatian..rajuk kami tidak lama..rajuk kami rajuk manja..rajuk kami adalah lukisan perjalanan kisah kita..jika dipujuk pasti kami tersenyum…kami bukan mengade…rajuk kami bukan dengan semua orang..rajuk kami hanya dengan seseorang yang dekat di hati..tapi kenapa ada perempua yang tidak pernah merajuk?? Itulah ayat kebohongan..Cuma kadang-kadang kami tidak menyuarakan apa yang dirasa...lebih baik di simpan dari terluah..rajuk di rawat sendiri…kadang-kadang kami menyatakan rasa rajuk itu...untuk kamu tahu kami inginkan masa dipujuk…kadang-kadang itulah bukti kasih sayang kami yang tidak terluah dek kata-kata macam mana sayang itu..macam mana cinta itu…namun……..MAAFKAN KAMI KERANA CEPAT MERAJUK….
namun....hati kami masih waras untuk bertindak mengikut syarak...rajuk dikawal...cemburu terdidik...kerisauan terbatas...kerana panduan hidup ini....AL-QURAN & AS-SUNNAH...



~terima kasih sabahat atas perkongsian ilmu atas diskusi yang kita buat~

P/S :
...buat bakal-bakal suami...dan untuk suami-suami...


11 Okt 2010

Pesanan Buat KEKASIH

• PESAN SEORANG AKHI
(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhawat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.



Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur

Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,

Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas

Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,

Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com