Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

1 Feb 2013

DRAMA SAHARA - APAKAH YANG INGIN CUBA DISAMPAIKAN?

Assalammualaikum ..


Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati kami dimana salah satu adegan dalam video promo drama tersebut di youtube yang memaparkan pelakon wanita yang berniqab (berpurdah) telah bersentuhan dengan pelakon lelaki tersebut .

Saya ada sekali menonton drama ini di Astro Prima dan memang terperasan berkenaan adegan-adegan yang tidak wajar dilakonkan sebagai sebuah drama berkonsepkan Islamik yang ingin menunjukkan tauladan baik kepada penonton.Cuma tidak pernah menonton promonya , tiba semalam 29hb jan 2012 , hari selasa , terbaca di feeds fb ttg promo dan mereka mengatakan tidak puas hati dengan video tersebut.Saya pun play,dan ternyata menimbulkan sakit hati dan marah.Lalu saya mengambil keputusan untuk menegur diwall post astro prima terus,ini kerana saya lihat ramai juga yg menulis diwall tentang perkara2 yg ada mereka tak puas hati.Saya fikir mungkin akan ada juga yg tidak puas hati lagi ttg drama ini,selain dari kami yg berniqab.Alhamdulillah akhirnya ramai yg sudah sedar tentang apa yg terjadi disekeliling kita sekarang, dan semakin ramai yg menulis di wall post astro prima tersebut , dan tidak kurang juga ada saya terbaca 1 blog , mengatakan dia hantar email terus ke pihak astro. Diharap tindakan kita ini diberkati,dan dengan 1 niat iaitu ingin menyedarkan para pelakon selebriti mengambil iktibar dan bhati2 ketika memilih watak lakonan.

p/s : Kontroversi drama Sahara ini dilihat lebih berat kerana menampilkan imej wanita berniqab kemudian dimasukkan pula adegan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Seorang penonton video promo di youtube menegur cara pemakaian niqab dalam drama tersebut dan juga pergaulan yang diketengahkan dalam drama tersebut yang agak salah.




diharap selepas ini mana2 penerbit dan pelakon yg ingin membawa genre islamik tolong kaji dahulu sedalamnya...




byk lagi komen ttg drama ini , tapi sy hanya letakkn apa yg sy sdiri komen di wall pihak astro tersebut ..




18 Nov 2012

BOIKOT ( Ok ke X? )

Ramai yang cakap kenapa tak tutup je akaun FB,tak payah guna Apple,Android,Microsoft,Intel dan lain-lain.. Youtube .. ya , betul tu tapi sekurang-kurangnya kita masih ada usaha untuk cuba tidak menggunakan produk Israil ini.Tapi tak apalah semua orang ada pendapat mereka sendiri ...

Saya sendiri dulunya makan KFC,MCD,Pizza HUT,pergi STARBUCKS, dan gunakan produk-produk yang berkaitan dengan ISRAIL.. kerana dulu masih tidak mengerti apa dan mengapa..namun sekarang saya ingin cuba membuang sedikit demi sedikit dan cuba elakkan dari terbeli dan pergi ke tempat yang ada kena mengena dengan Zionis Laknatullah ini ... Tak apalah tidak mampu buang kesemuanya,namun sekurangnya kita sudah berusaha sedaya kita,kita tidak mampu untuk turut serta ke medan perang,namun Allah swt tahu apa niat kita insyaAllah :)

Dan untuk yang ingin terus mengguna pakai ,makan dari produk-produk dari Yahudi ini biarlah,mungkin mereka juga punya alasan tersendiri.Kita harus hormat setiap pendapat.Kita tidak boleh paksa orang buat,apa yang kita buat. 


Namun mari kita ambil sedikit pencerahan dari kisah Nabi Ibrahim a.s


Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:
“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”




Save Gaza dan semua umat ISLAM yang tertindas (QUNUT NAZILAH)


Assalammualaikum

Entry kali ini saya meminta kepada pembaca blog saya agar sama-sama membantu saudara seIslam kita dengan doa , dan segala jenis usaha yang mampu kita laku kan insyaAllah ...

ingatlah "doa itu senjata untuk orang mukmin"


Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.




10 Nov 2012

ANUGERAH SKRIN 2012/2013?

Sebenarnya bukan nak tulis sangat pun hal ni .. kebetulan tengah bakar roti dalam microwave "MENGGRILLKAN ROTI.."disapu butter dan sekaya .. sedap nya!

tapi tengah dok tunggu roti tu siap. . tetiba mak mentua panggil .. ayu.. ayu .. sambil ku menoleh kearah mak mentua ku yang sedang menonton TV3 .. ya mak ? kenapa ..?

ni ha .. si laki ni apa namanya ntah .. tak de tangan .. ada ka ptut ckp "nasib baek tv3....boleh sntuh cket2...klu tv al-hijrah xboleh sntuh lngsung......"




1 Sep 2012

PERKAHWINAN USTAZ YANG MEMBAWA SERAMAI DUA JUTA PENONTON DI TV ALHIJRAH (USTAZ DON DANIYAL)

ustaz don

Seperti yang kita sudah sedia maklum, akhirnya Ustaz Don selamat dinikahkan petang semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Isteri Ustaz Don, Husna berasal dari Balik Pulau dan majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan esok 25/8/2012 sementara majlis di sebelah Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.
Ustaz Don yang kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuiscell) mengakui alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.Berikut beberapa gambar perkahwinan ustaz Don dan Husna
Mudah-mudahan perkahwinan ini diberkati dan Husna dapat meneruskan perjuangan bersama Ustaz Don.





14 Jan 2012

Ustaz Don & Mat Lutfi adik beradik ?





setelah mendengar tazkirah dari ustaz Don Daniyal yang sedang meletup2 namanya sekarang , tiba2 saya terkenang semasa lalu hehehe ... ttg seorang vlogger yg agk popular Mat Lutfi ... cara penyampaian , percakapan , mereka agak byk persamaan .. dan secara tidak sengaja saya teringat ustaz Don ada juga seorang adik mungkin yang belajar ambil course arkitek ... dan Mat Lutfi juga xsilap sy mengambil course yg sama di Australia .. :) .. tapi ini hanya lah seingat sy ... adakah mereka adik beradik ? xsabar2 sy nak tahu sebenarnya ... siapa yg tahu info2 lah dicni ya ...

MAT LUTFI



USTAZ DON


penyampaian beliau yg santai dan mudah diterima dan dfahami .. punya isi yg amat berguna

ustaz Don penyampaian nya begitu mudah difahami dan sangat memuaskan :)


19 Jan 2011

MERISIK

tahun 2011 mcm best n ramai yg pilih tahun ini utk mngikat tali phubungan..sekadar ingin bkongsi..jom sama2 bc..mn tahu anda juga memilih tahun ini utk pergi lebih jauh hbgan anda dgn sidia..

MENILIK ATAU MERISIK

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.
Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.
Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.
Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.
GAMBAR SEKADAR HIASAN

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.



6 Dis 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN on Facebook


21 Nov 2010

Second Life



jom join SECOND LIFE..

best tau...nak join?saya?saya dh join dh hehee..ni avatar sy n kwn sy :)


Get Started

It’s Time to Try Second Life for Work

We understand that working in Second Life, or any virtual world, is a new experience for most organizations. So, we’re here to make it as easy as possible. Here’s the step-by-step guide to help you get started.
  1. Confirm Access to Second Life

    Many organizations have strict firewall policies that prevent Second Life from running on enterprise or government computers. As a first step, you should contact your IT department and find out whether your firewall will accept a UDP protocol. If not, then we encourage you to work with your technology team to authorize the Second Life stream into your network. If they have questions about Second Life security, point them to this article on security in Second Life.
    Additionally, Second Life runs best on newer computers with advanced graphics cards. To learn more about specific system requirements, click here.
  2. Join Second Life

    It’s simple and free. Just go to the Join Now page and register. You’ll need to choose a standard avatar, an inworld name, and provide basic contact information so that we can confirm your registration by email.
  3. Download the Second Life Viewer

    The Second Life Viewer is a small piece of software that is your window into Second Life. You can think of it like your supercharged browser for a 3D environment.
  4. Plug in Your Headset

    Second Life supports both text chat and spatial voice. So, if you have a headset with a microphone, go ahead and plug it into your computer before you login. Of course, Second Life works just fine if you don’t have a headset, but working in Second Life is a much richer, more effective experience when you can and your colleagues can talk to one another.
  5. Login and Begin on Welcome Island

    When you enter Second Life for the first time, you land on Welcome Island, or an orientation experience. Since this is your first time inworld, understand that it will look and feel unfamiliar to you. You will notice a few things—that you have an avatar and that you might be confused about what to do next. Follow the simple activities on Welcome Island, which are designed to help you get started.
  6. Design Your Avatar

    An avatar is a virtual representation of you. Using your basic avatar that you chose during registration as a starting point—you can then change nearly every element of your appearance from body size to hair color to clothing. To learn more about how to customize your avatar, click here. Once you become more familiar with Second Life, you can also purchase new skins, clothes, and accessories to continue to personalize your inworld appearance.
  7. Learn how to Operate Second Life

    Getting started in Second Life can be challenging at first, but we’ve created an easy Quick Start Guide to get you ready to work quickly. Additionally, the best and most current resource for beginners to Second Life is in the Support section.
  8. Attend an event in SL

    Learn about business use.
  9. Create Your Workspace

    Now that you’re comfortable with the Second Life environment, you’re probably interested in how your organization can work in Second Life to hold meetings or events, training sessions, or create 3D simulations or prototypes. At Linden Lab, the creators of Second Life, we are creating a series of customized entry-level solutions to meet your needs. In the meantime, we offer you two choices: either you can create your own workspace or you can partner with a Solution Provider to create one for you,



30 Sep 2010

Penutup Tin Aluminium Rm800++ sekilo???

"sekilo rm800,aku ada 2 kilo..biar betul ?"
"betullah abg akk jual kat org tu,1000++ gak dia dpt.."
inilah statement yang kawan sy bgtau kt saya.. tapi aritu baru je tanya lagi mungkin xde rezeki kot dia kata org yg amik pnutup tin tu dh xde kat tmpat biasa... mmm

......................................................................................................

kaya...kaya..kaya...ha..jgn pandai senteng kat org2 yg geledah cari tin tu k..ntah2 dorg tgh duk goyang kaki dh skunk...kalau lah tau dri kecik dulu kan bagus..huhu

maybe penutup tin ni pure aluminium kot yg body die xsgt kot hehehe




huhu nmpak x ape yg saya nmpak DUIT2$$..hikhik

tapikan ada tak sesiapa tahu nak jual kat mana? kalau ada berkongsilah disini ya



13 Ogo 2010

Ada sungai di dalam laut?



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” ( Al Furqan:53 )

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Captain Jacques Yves Costeau, saat menemukan patung-patung peninggalan kapal romawi kuno yang karam.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Captain Jacques Yves Costeau, saat melakukan pendakian di Gunung Alpine. Saat itu terjadi kecelakaan fatal yang menyebabkan dirinya hampir mati.

Fenomena ganjil itu membuat bingung Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering di identitikan dengan Terusan Suez.

Ayat itu berbunyi “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi,
“Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

PERKONGSIAN

catatan dari penulis:

Maksud Surah Ar-Rahmaan:22 "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan" dan Surah Ar-Rahmaan:58 "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan"

Apakah makna marjan?


Jwb:
Ia sejenis coral atau karang laut yg berwarna kemerah-merahan yg dijadikan barang hiasan perempuan. (Tafsir Ma'ani, Dr alHilali dan Dr Muhsin Khan, Darussalam Riyadh)

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad SAW yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.Mr. Costeau pun berkata bahwa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Subhanallah… Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.
Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w.
bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Waullahu a’lamu mishawab…

ini pula video dua air bertemu tapi langsung tidak bercampur antara satu sama lain..

sila lihat link ini  Did Jaques Cousteau convert to Islam? 

atau pun telah saya melayukannya disini..

KAPTEN (Jacques) Cousteau
(Perancis)
[Di Perancis Islam telah tersebar dengan kelajuan tinggi di antara orang-orang yang telah terkenal di pelbagai daerah. Jumlah orang yang telah meninggalkan Kristian dan memilih Islam telah mencapai seratus ribu sudah. Skor ini telah disahkan oleh Uskup Agung Paris, kedudukan tertinggi Katolik di Perancis.
Perlu dicatat bahwa orang yang lebih suka Islam tidak hanya dari antara pekerja dan pegawai negeri tetapi juga dari antara orang-orang terkenal dalam segala hal.
Di antara orang-orang yang telah memilih Islam adalah Kapten Cousteau, siapa seluruh dunia untuk eksplorasi erat tahu tentang kehidupan di bawah air.
Sebagai gelombang merangkul Islam menyebar di kalangan Perancis universal selebriti, Kapten Cousteau, paling terkemuka di dunia bawah explorer, mengumumkan bahawa dengan menerima Islam dia telah membuat keputusan paling tepat dalam hidupnya.
Kapten Cousteau, yang telah mendedahkan rahsia lautan satu per pertama dengan filem-filem yang dia buat dan yang sedang televisyen dunia di dalam program sub-menuju The Living Sea, mengatakan bahawa apa yang sebenarnya menolaknya untuk memilih agama Islam, selepas mengamati bahawa air dari Lautan Atlantik dan Mediterranean tidak campuran dengan satu sama lain, dia melihat bahawa fenomena yang sama ditulis dalam karim al-Quran yang telah diwahyukan seribu empat ratus tahun dahulu.]
Kapten Cousteau menceritakan peristiwa yang membuatnya menjadi Muslim, sebagai berikut:
"Pada tahun 1962 saintis Jerman mengatakan bahawa air Laut Merah dan Lautan Hindi tidak bercampur antara satu sama lain di Selat dari Bab-ul-Mandab mana Teluk Aden dan Laut Merah menyertai. Jadi kita mulai untuk memeriksa sama ada air dari Lautan Atlantik dan Mediterranean bercampur antara satu sama lain. Pertama kita menganalisis air di Mediterranean untuk mengetahui salinitas alami dan kepadatan, dan kehidupan di dalamnya. Kami mengulangi prosedur yang sama dalam Lautan Atlantik. Kedua massa air telah setiap pertemuan lain di Gibraltar selama ribuan tahun. Oleh kerana itu, dua massa air pasti sudah pencampuran antara satu sama lain dan mereka harus telah berkongsi identik, atau, sekurang-kurangnya, sama hotel di salinitas dan ketumpatan. Sebaliknya, bahkan pada tempat di mana dua laut yang paling dekat antara satu sama lain, setiap massa air diawetkan propertinya. Dengan kata lain, pada takat di mana dua laut bertemu, tirai air mengelakkan air milik dua laut dari pencampuran. Ketika saya berkata kepada Profesor Maurice Bucaille tentang fenomena ini, ia mengatakan bahawa tidak terkejut dan bahawa itu ditulis dengan jelas dalam Islam Kitab Suci, Qur'an al-karim. Memang, fakta ini ditakrifkan di dataran bahasa dalam Quran al-karim. Ketika saya tahu ini, saya percaya fakta bahawa Al-Quran al-karim adalah 'Firman Allah'. Saya memilih Islam, agama yang benar. Potensi yang melekat di rohani agama Islam memberi saya kekuatan untuk menahan rasa sakit aku telah menderita kerana kehilangan anak saya. "
 





Subhanallah.. Kagum kebesaran Allah.. Gerun rasa bila tengok.. Betul2 rasa kerdil..

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
-QS AR-RAHMAN 19-21-

Maha Benar Allah atas segala firman-Nya.

Renung-renungkanlah.


semoga ianya memberi kesedaran kepada kita semua.InsyaAllah..amin ya RABB..


8 Feb 2010

Bermaknakah Hari Kekasih????

Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)




18 Jan 2010

Makhluk Apakah Ini??

GEMPAR seketika penggiat industri seni tanah air apabila ada pihak yang mendakwa ternampak lembaga berbungkus kain putih ketika berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-24 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, minggu lalu.

 mungkin makhluk ini juga mahukan hiburan seperti mereka yang lain, maklumlah kan ramai disitu mana tahu dapat sorang dua sebagai peneman...ikuti keratan akhbar dibawah...:-




Rakan CAK dan rakan-rakan media lain tak ambil kisah sangat sebab mereka ingatkan lembaga itu adalah salah seorang daripada penari yang bersiap sedia untuk mengiringi persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Bencinta selepas lagu Aizat iaitu Kau Dan Aku berakhir.

Bagaimanapun, salah seorang wakil media sempat merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan kehadiran lembaga itu dengan tujuan untuk diletakkan di dalam blog peribadinya sebagai humor.

Selepas melihat persembahan Faizal, rakan CAK tertanya-tanya ke mana menghilangnya ‘penari pengiring’ tadi kerana yang dipersembahkan di pentas jauh beza dari segi pakaian dan rupanya.

Ada yang mengatakan pihak produksi sendiri tak tahu menahu mengenai kewujudan lembaga itu kerana sememangnya dalam perancangan tiada penari yang akan turun menggunakan tali kabel dari bahagian itu sebaliknya dari bahagian lain.


Pihak produksi yang bekerja juga dikehendaki memakai baju serba hitam, bukan serba putih berbungkus seperti yang disaksikan rakan CAK dan beberapa wakil media lain.

Apabila ramai mengetahui perkara ini, ramailah pula yang mula membuat telahan kononnya lembaga itu jelmaan orang mati, penunggu stadium dan sebagainya.

Tidak kurang pula yang melontar pendapat kononnya lembaga itu dibawa oleh penyanyi yang inginkan kemenangan dengan menggunakan ilmu hitam.

penulis blog:huhuhu...apakah sebenarnya ini?
                  berkemungkinan lembaga ini mahu turut serta dalam persembahan Faizal 
                  Tahir...

sumber:Harian Metro 18 Januari 2010 (CAK)




15 Jan 2010

Ayah Pengacau?

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.
“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.
Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.
Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.


Hormati orang Tua

Hadis tentang Menghormati Orang Tua
Mari kita ajarkan dan perkenalkan kepada anak-anak kita, rakan-rakan,jiran tetangga dan semua yang  masih mempunyai Ibubapa mahupun yang telah tiada.Bersyukurlah bahawa kita masih mempunyai ibu dan ayah,kepada yang telah tiada berdoalah selalu agar mereka dilindungi dan dirahmati NYa.aminn.
Hadis-hadis Rasulullah saw dan Ahlul baitnya (sa) dalam tiga bahasa: Arab, Inggeris dan Melayu.

Dengan metode ini diharapkan kita semua dapat mengambil manfaat setidaknya tiga pelajaran berharga: kandungan makna hadis-hadis suci, bahasa arab, dan istilah bahasa inggeris yang sering digunakan di dalam pelajaran agama Islam..

The Noble Prophet (peace be upon him and his family) has said:
"The person from amongst my nation who memorizes forty traditions pertaining to those issues of religion which he is in need of, Allah shall resurrect him on the Day of Judgment as a scholar with a deep insight into the faith."

Treatment of Parents according to the Noble Qur'an
"And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and that you shall show goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) "Ugh" nor chide them, and speak to them a generous word."

Merawat Orang tua menurut Al-Qur'an
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra'/17 : 23)

The Most Beloved Deed
[Ibne `Abbas states:] "I questioned the Messenger of Allah (peace be upon him and his family): Which deed is the most beloved in the eyes of Allah, the Mighty, the Glorious?" He (peace be upon him and his family) replied: "(Offering) prayers at their stipulated times." I then asked: "Which is the next most beloved deed?" He (peace be upon him and his family) answered: "Goodness towards (one's) parents." I asked him again: "After this which is the most beloved act?" He (peace be upon him and his family) said: "Jihad in the way of Allah."

Amal Yang Paling Dicintai Allah swt
[Ibnu `Abbas berkata): Saya bertanya Rasulullah saw: Perbuatan apa yang paling dicintai oleh Allah Azza wa Jalla? Rasulullah menjawab: "Melakukan shalat pada waktunya." Saya bertanya lagi: Kemudian amal apa lagi? Beliau menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua." Saya bertanya lagi:" Sesudah itu amal apa lagi? Beliau menjawab: "Jihad di jalan Allah." (Biharul Anwar 74: 70)

Looking at Parents
The Messenger of Allah (peace be upon him and his family) said: "Every righteous child who casts a look of mercy and affection upon his parents shall be granted, for every look of his, rewards equivalent to that of an accepted Hajj." Those around the Prophet questioned: "O' Prophet of Allah! Even if he were to look at them a hundred times a day?" The Messenger of Allah (peace be upon him and his family) replied: "Indeed! Allah is the Greatest and Most Kind."

Memandang Orang tua
Rasulullah saw bersabda: "Setiap anak yang memandang dengan pandangan kasih sayang, nilainya setiap pandangan setara dengan ibadah haji yang mabrur." Para sahabatnya bertanya: Ya Rasulullah, sekalipun memandang seratus setiap hari? Beliau menjawab: "Ya, Allah Maha Besar dan Maha Baik." (Biharul Anwar 74: 73)

The Greatest Obligatory Act
The Commander of the Faithful (peace be upon him) has said: "Goodness towards (one's) parents is the greatest obligatory act."

Kewajiban Terbesar
Amirul Muknimini Ali bin Abi Thalib (sa) berkata: "Berbakti kepada kedua orang tua adalah kewajiban terbesar." (Mizanul Hikmah10: 709)

The Best of Deeds
Imam as-Sadiq (peace be upon him) has said: "The best deeds are: Salat in its stipulated hour, goodness towards parents and Jihad in the way of Allah."

Amal yang Terbaik
Imam Ja'far Ash-Shadiq (sa) berkata:
"Amal yang paling utama adalah solat pada waktunya, berbakti kepada kedua orang tua, dan berjuang di jalan Allah." (Biharul Anwar 74: 85)


KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.
“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.
Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.
Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.


Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.
Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.





12 Jan 2010

kontroversi penggunaan nama Allah



Kontroversi penggunaan nama Allah dari orang bukan Islam nampaknya dah sampai kemuncak. Awal pagi semalam beberapa Gereja di pinggir Kuala Lumpur di serang dan di bakar. Semuanya gara² tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, yang membenarkan Majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan nama Allah.

Dengar cerita, bukan 3 saja Gereja yang di bakar, ada yang cakap beberapa gereja yang lain pun di serang dan terkena insiden yang sama. Setakat ni, ada 3 Gereja yang dapat di pastikan, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya (Katolik), and Gereja Life Chapel, Petaling Jaya. Luckily, takde seorang pun yang tercedera dalam insiden ni.

Bagi sylah isu ni sepatutnya di tangani secara matang. Masing² sepatutnya menghormati sensitiviti sesama sendiri, bukannya dengan membakar dan memusnahkan tempat ibadat (Gereja). Ini bukan tindakan bijak, tapi lebih mencemarkan nama Muslim atau orang Islam, sebab Islam sendiri pun dah menyuruh umatnya menghormati kebebasan agama lain.

Itu hanya jika tindakan membakar Gereja tu angkara orang Islam. Macam mana pulak kalau pembakaran Gereja ni bukan angkara orang Islam? Berkemungkinan konspirasi dari pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan untuk memburukkan atau mencemarkan hubungan baik antara kaum. Dan seterusnya menyebabkan ketegangan kaum? Then, diorang akan menuding jari ke arah orang Islam. Dalam “situasi politik” negara kita ni, banyak kemungkinan boleh berlaku.Bukan nak munuduh tapi kenyataan..macam2 boleh blaku dlm masa sekarang ni..

Walau apa pun, demi keselamatan dan keharmonian negara, hope keadaan akan tenang dan tak ada lagi yang mengeruhkan keadaan. Pihak² yang berwajib pun di harap dapat ambil tindakan sewajarnya menyelesaikan isu ni. Jangan sampai satu masa nanti kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 1 Malaysia..jadi renung2kanlah..

p/s : agk kesal dengan apa yg blku,terpampang wajah kesedihan di raut muka mereka. Bayangkanlah betapa marahnya kita apabila surau dan masjid kita dirobohkan, begitulah juga perasaan mereka.Dan berharap lekas2lah pkara ini diselesaikan supaya perkara ini tidak berlanjutan...sama2 lah kita mendoakan yg tbaik utk kita semua..ameen

Keratan Akhbar


Menteri: Gereja wajar gugur penggunaan kalimah ‘Allah’

PUTRAJAYA, Jan 11 — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pemimpin-pemimpin gereja di negara ini wajar mengambil pendekatan sama dengan seorang tokoh Kristian di Sabah yang meminta masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah “Allah”.

Jamil Khir berkata pendekatan sedemikian boleh memberikan ruang bagi meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul berikutan tuntutan penggunaan kalimah “Allah” oleh Gereja Roman Katolik dalam penerbitan mingguannya, Herald.
“Saya amat mengalu-alukan supaya pihak-pihak ini mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan keamanan di Malaysia.
“Saya rasa gereja lain juga sewajarnya memahami keadaan dan sejarah (mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ di negara ini) secara mendalam,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang tokoh Kristian Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan agar Herald menarik balik tuntutan itu demi keharmonian dan keselamatan negara.
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia itu, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah berkata penganut Kristian di Malaysia tidak wajar mencontohi masyarakat Kristian di Indonesia yang menggunakan kalimah “Allah” dalam urusan agama mereka, sebaliknya harus mematuhi Perlembagaan Malaysia.
Ditanya mengenai insiden membakar gereja di beberapa tempat di negara sejak dua hari lepas, Jamil Khir berkata sesiapa pun tidak wajar melakukan perbuatan ini.
“Kita masih tak tahu siapa yang bertanggungjawab tapi sebenarnya kita tak boleh menyakiti antara satu sama lain dan ini adalah ajaran dan tegasan agama Islam,” katanya.
Beliau berkata dialog-dialog antara agama juga akan diteruskan dan diperhebatkan dari semasa ke semasa supaya rakyat di negara ini akan lebih memahami agama kaum lain. — Bernama


10 Jan 2010

Hantu


saje je sy nak buka kisah hantu ni...

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.

Islam menghapuskan

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.
Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu, yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.
Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa anak-menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Peranan media massa

Filem hantu Melayu seperti 'Pontianak', 'Dendam Pontianak', dan 'Pontianak Gua Musang' mendapat sambutan hangat daripada para penonton pada masa itu. Akibat kejahilan dalam agama dan ramai orang yang tidak terpelajar pada ketika itu, filem-filem itu mempengaruhi mereka. Ini mendorong kerajaan untuk menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah. Bagaimanapun, cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah seperti majalah 'Mastika' dan 'Tok Ngah'. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang pada masa kini lebih terpelajar dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malah dokumentari alam ghaib seperti 'Filem Melangkah ke Alam Ghaib' dan 'Misteri Nusantara' di saluran TV3 turut membincangkan mengenai kewujudan hantu.

Menghalau hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap sipesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengobati pesakit.
Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-
  • Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun. Cara ini telah difatwakan haram oleh ulama.
  • Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
  • Menurut keugamaan masing-masing.
Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalan kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan sipesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.

Menurut cara perubatan Islam

  • Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, Imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan al Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
  • Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya.Dengan harapan, hiasan quran ini dapat menghalau jin tanpa beramal dengannya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com