Kontroversi penggunaan nama Allah dari orang bukan Islam nampaknya dah sampai kemuncak. Awal pagi semalam beberapa Gereja di pinggir Kuala Lumpur di serang dan di bakar. Semuanya gara² tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, yang membenarkan Majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan nama Allah.
Bagi sylah isu ni sepatutnya di tangani secara matang. Masing² sepatutnya menghormati sensitiviti sesama sendiri, bukannya dengan membakar dan memusnahkan tempat ibadat (Gereja). Ini bukan tindakan bijak, tapi lebih mencemarkan nama Muslim atau orang Islam, sebab Islam sendiri pun dah menyuruh umatnya menghormati kebebasan agama lain.
Itu hanya jika tindakan membakar Gereja tu angkara orang Islam. Macam mana pulak kalau pembakaran Gereja ni bukan angkara orang Islam? Berkemungkinan konspirasi dari pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan untuk memburukkan atau mencemarkan hubungan baik antara kaum. Dan seterusnya menyebabkan ketegangan kaum? Then, diorang akan menuding jari ke arah orang Islam. Dalam “situasi politik” negara kita ni, banyak kemungkinan boleh berlaku.Bukan nak munuduh tapi kenyataan..macam2 boleh blaku dlm masa sekarang ni..
Walau apa pun, demi keselamatan dan keharmonian negara, hope keadaan akan tenang dan tak ada lagi yang mengeruhkan keadaan. Pihak² yang berwajib pun di harap dapat ambil tindakan sewajarnya menyelesaikan isu ni. Jangan sampai satu masa nanti kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 1 Malaysia..jadi renung2kanlah..
p/s : agk kesal dengan apa yg blku,terpampang wajah kesedihan di raut muka mereka. Bayangkanlah betapa marahnya kita apabila surau dan masjid kita dirobohkan, begitulah juga perasaan mereka.Dan berharap lekas2lah pkara ini diselesaikan supaya perkara ini tidak berlanjutan...sama2 lah kita mendoakan yg tbaik utk kita semua..ameen
Keratan Akhbar
Menteri: Gereja wajar gugur penggunaan kalimah ‘Allah’
PUTRAJAYA, Jan 11 — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pemimpin-pemimpin gereja di negara ini wajar mengambil pendekatan sama dengan seorang tokoh Kristian di Sabah yang meminta masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah “Allah”.
Jamil Khir berkata pendekatan sedemikian boleh memberikan ruang bagi meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul berikutan tuntutan penggunaan kalimah “Allah” oleh Gereja Roman Katolik dalam penerbitan mingguannya, Herald.
“Saya amat mengalu-alukan supaya pihak-pihak ini mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan keamanan di Malaysia.
“Saya rasa gereja lain juga sewajarnya memahami keadaan dan sejarah (mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ di negara ini) secara mendalam,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang tokoh Kristian Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan agar Herald menarik balik tuntutan itu demi keharmonian dan keselamatan negara.
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia itu, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah berkata penganut Kristian di Malaysia tidak wajar mencontohi masyarakat Kristian di Indonesia yang menggunakan kalimah “Allah” dalam urusan agama mereka, sebaliknya harus mematuhi Perlembagaan Malaysia.
Ditanya mengenai insiden membakar gereja di beberapa tempat di negara sejak dua hari lepas, Jamil Khir berkata sesiapa pun tidak wajar melakukan perbuatan ini.
“Kita masih tak tahu siapa yang bertanggungjawab tapi sebenarnya kita tak boleh menyakiti antara satu sama lain dan ini adalah ajaran dan tegasan agama Islam,” katanya.
Beliau berkata dialog-dialog antara agama juga akan diteruskan dan diperhebatkan dari semasa ke semasa supaya rakyat di negara ini akan lebih memahami agama kaum lain. — Bernama
salam
BalasPadam