28 Jun 2021

Resepi BIBIMBAP mudah yak mat

Bibimbap makanan KOREA yang amat mudah disediakan


Bibimbap Makanan Korea


Tak payah tunggu pergi Korea, dah boleh makan BIBIMBAP.

Bahan Utama

Minyak Bijan
Bijan

Nasi
 - boleh guna beras cap Sumo tak silap atau bolej beli saje di shoppi banyak jual. 
Atau beli je kat link sini.. Kita beli kat sini je https://invol.co/cl4oqwd

Boleh guna beras biasa. Tapi tanak nasi bagi lembut. 

Bahan-bahan lauk

Daging dalam 300g hiris nipis dan panjang. Nak buat lebih pun tak apa. Ni sebab makan 2 orang. 
Perap sesiap dengan minyak bijan + kicap lemak manis + bawang putih tumbuk letak dalam 3 biji.
Letak dalam peti ais dalam setengah jam ke 1 jam.

Sayuran

Timun
- perap dengan sedikit garam sehingga agak layu dan keluarkan air dia.

Bayam, taugeh
- celur dan toskan. Letak sedikit minyak bijan dan sedikit garam. Gaul. Buat asing ya bayam dan taugeh ni. Caranya sahaja sama. Last tabur bijan.

Lobak Merah dan Cendawan Shitake
- cendawan shitake hiris nipis. Lobak merah potong batang mancis. Panaskan sedikit minyak, tumis dan tambahkan sedikit garam. Renjiskan minyak bijan dan angkat! Tumis asing-asing ye... bukan tumis sekali arung.

Daging perap
- bubuh sedikit minyak sahaja dalam kuali, letak daging perap. Nampak dah masak, tutup api. Angkat dan taburkan bijan.

Last sekali telur.
- goreng telur mata, paling ngam kuning telur tu sedikit cair.

Dah siap. Letak nasi dulu, dan susun atur lauk atas nasi. 

Hidangkan dengan gochujang pelengkap bibimbap. Nak buat sendiri boleh, atau taip je kat shopii gochujang halal. 
https://invol.co/cl4oqxc

Buat sendiri gochujang

tauchu jenis pedas
Serbuk cili
Gula
Minyak bijan

Kacau sebati siap. 

Kita makan bersama kimchi. Resepi kimchi yang sedap bangat boleh tengok kat sini Kimchi Mudah dan Sedap







26 Jun 2021

Tips untuk sembelit dan buasir, juga terbaik buat ibu CZER

Ibu czer, sembelit, buasir, perut kerap kembung 

Ha nak cerita ni...


Posting kali ni, mungkin nampak menggelikan, tapi sebenarnya inilah hakikat. Moga korang yang memerlukan, mendapat kebaikan pada posting kali ini. InsyaAllah.


Malam tadi ada masa terluang, buka galeri phone kononnya nak buang gambar-gambar lama yang dirasakan dah tak berguna. Sekali ternampak gambar kerusi ni.

Kerusi Toilet



Entah bila kak you snap pun tak berapa nak ingat. Mungkin masa memula kerusi ni sampai agaknya.

Cerita pasal kerusi ni. Untuk yang czer atau bersalin secara pembedahan, sangat-sangat rekemen. Sebab apa rekemen? Rekemen atas dasar pengalaman 3 kali czer. 

Kebanyakan ibu czer confirm sembelit. Tak nak cakap lebih selain rekemen. Serius. Kerusi untuk toilet ni juga direkemen oleh pakar perubatan. Nak cerita lebih kenapa kerusi ni jadi pilihan, bukan kerusi makan ataupun kerusi belajar, korang sendiri boleh tengok design kerusinya macam mana. 

Tips untuk kurangkan atau hilangkan sembelit dan buasir ni,

Selain dari makan buah prune

Buah Prune



minum oren twister, minum banyak air kosong juga salah satu usaha paling besar dan beri impak. 

Sungguh-sungguh cakap. Jadi para ibu yang bakal melahirkan baby, dan czer pula tu, guna pula tandas duduk, mohon dapatkan 1. 

Oh ya, kalau nak tengok makan apa waktu berpantang czer ni, boleh tengok sini Makanan Pantang Czer

Kalau tak reti nak cari, ni beberapa link kak you share kan, kat mana nak dapat kerusi untuk tandas duduk ni. Ada dua kedai yang Kak you rekemen. Ada juga kedai shopee lain, tak ada masalah. Kak you bukan buat paid review ya, ini hanyalah sekadar perkongsian bagi memudahkan untuk yang ada masalah yang sama seperti mana yang kak you dah pernah lalui.



Untuk yang ada masalah buasir, dan sakit ketika membuang air besar, boleh dapatkan gel ni di farmasi. Tanya pharmacist macam mana nak guna. Dan benda ni juga sangat membantu. Apa yang nak dipesankan di sini adalah, bertindaklah sebelum ianya semakin parah.


Gel Untuk Buasir






12 Jun 2021

Pulse Oximeter boleh jadi alat WAJIB ada dalam setiap rumah

 

Jika kita melihat pada keadaan sekarang, terlalu banyak kes kematian mengejut di rumah. Ini disebabkan kandungan oksigen dalam darah menjadi rendah dan paling menakutkan ianya tanpa gejala! 

Keadaan ini terjadi apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen yang kurang  daripada 95%, sedangkan bacaan normal adalah sekitar 95 % dan 100 %.  

Disebabkan hal ini sering terjadi, menyebabkan selain thermometer, Fingertip Pulse Oximeter ini juga wajib ada dalam list korang. Khususnya bagi pesakit covid 19 yang terpaksa kuarantin di rumah.

Memetik petikan akhbar Harian Metro

"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'

Jadi bagi saya Pulse Oximeter ni adalah sangat penting untuk dimiliki bagi setiap 1 rumah. insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu pengesanan awal gejala ini bagi mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

Selain dari itu, ianya bagus dimiliki bagi mereka yang ada asma, COPD dan penyakit lain bagi memudahkan pemantauan bacaan oksigen dalam darah.

Pulse Oximeter selain mudah dibawa sebab saiznya yang kecil, ianya mudah digunakan, bersifat ringan, mudah dibawa ke mana sahaja, dan paling penting dapat membantu memberi amaran awal mengenai hipoksemia (oksigen dalam darah rendah) supaya berhati-hati dan sebagai langkah berjaga-jaga buat diri kita dan juga orang keliling yang kita sayang.

Saya baru sahaja beli di shopee Pulse Oximeter ni. Harganya tak lah semahal mana.. Dan mampu dimiliki. 

Ni ha Oximeter yang saya dah beli dan dah guna pun. Memang mudah betul nak guna. Masukkan jari, tekan button on, dan tunggu sekejap. Dan dia akan off sendiri bila kita keluarkan jari.




gambar sendiri punya , gigih snap walaupun masa sekarang dah jam 1.54 pagi.


Sesiapa yang nak beli bolehlah dapatkan di kedai-kedai shopee. Atau kalau malas nak cari, nah saya share link kedai shopee tempat saya beli tu. Saya beli setelah ditolak coins dan juga free shipping RM38.17.


Cuma sebagai amaran, korang kenalah sabar untuk proses penghantaran tu. Seller agak lambat sedikit untuk urusan pengeposan. 

Tapi ada juga link-link lain yang bolej dipercayai. Macam yang ni pun okay. Harga masa saya tengok bawah RM50.


Tapi kalau korang sejenis yang nak yang ada brand dan agak pricey, boleh belek-belek Pulse Oximeter jenis ni. 

ni brand Medisana, harga masa ni saya tengok dalam RM170 macam tu. Kalau tak silaplah. Kalau nak kepastian tekan je link. Hehe.

Atau pun yang ni dalam RM110 mcm tu.


Okaylah, kalau malas juga nak cari tu, tak tahulah. Link pun dah bagi.. Tinggal nak add to chart sahaja. Lepas tu ting! Buat payment, dan boleh tunggu depan rumah dengan bahagia. ❤





 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com