28 Jun 2021

Resepi BIBIMBAP mudah yak mat

Bibimbap makanan KOREA yang amat mudah disediakan


Bibimbap Makanan Korea


Tak payah tunggu pergi Korea, dah boleh makan BIBIMBAP.

Bahan Utama

Minyak Bijan
Bijan

Nasi
 - boleh guna beras cap Sumo tak silap atau bolej beli saje di shoppi banyak jual. 
Atau beli je kat link sini.. Kita beli kat sini je https://invol.co/cl4oqwd

Boleh guna beras biasa. Tapi tanak nasi bagi lembut. 

Bahan-bahan lauk

Daging dalam 300g hiris nipis dan panjang. Nak buat lebih pun tak apa. Ni sebab makan 2 orang. 
Perap sesiap dengan minyak bijan + kicap lemak manis + bawang putih tumbuk letak dalam 3 biji.
Letak dalam peti ais dalam setengah jam ke 1 jam.

Sayuran

Timun
- perap dengan sedikit garam sehingga agak layu dan keluarkan air dia.

Bayam, taugeh
- celur dan toskan. Letak sedikit minyak bijan dan sedikit garam. Gaul. Buat asing ya bayam dan taugeh ni. Caranya sahaja sama. Last tabur bijan.

Lobak Merah dan Cendawan Shitake
- cendawan shitake hiris nipis. Lobak merah potong batang mancis. Panaskan sedikit minyak, tumis dan tambahkan sedikit garam. Renjiskan minyak bijan dan angkat! Tumis asing-asing ye... bukan tumis sekali arung.

Daging perap
- bubuh sedikit minyak sahaja dalam kuali, letak daging perap. Nampak dah masak, tutup api. Angkat dan taburkan bijan.

Last sekali telur.
- goreng telur mata, paling ngam kuning telur tu sedikit cair.

Dah siap. Letak nasi dulu, dan susun atur lauk atas nasi. 

Hidangkan dengan gochujang pelengkap bibimbap. Nak buat sendiri boleh, atau taip je kat shopii gochujang halal. 
https://invol.co/cl4oqxc

Buat sendiri gochujang

tauchu jenis pedas
Serbuk cili
Gula
Minyak bijan

Kacau sebati siap. 

Kita makan bersama kimchi. Resepi kimchi yang sedap bangat boleh tengok kat sini Kimchi Mudah dan Sedap







 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com