MASIH SETIA DENGAN TROPIKA
Sekarang terlalu banyak lambakan produk penjagaan untuk baby. Namun bagi saya sendiri, apa yang sangat penting pada satu produk tu adalah sebelum mempertimbangkan untuk membuat pembelian adalah dengan mengkaji pelbagai aspek sebelum membuat keputusan yang terakhir.
Dan sejak 2013 bulan dec, saya telah memilih produk dari tropika. Bermakna sejak anak pertama saya Nailah Al Farafishah, Naifah Al Fathiyyah sehinggalah anak bongsu saya Naira Al Fadia. Dari packagingnya yang lama sehinggalah yang sekarang. Saya masih setia dan saya tak rahsiakannya, malahan saya kongsikan pengalaman saya bersama tropika dengan adik-adik saya dan juga kawan-kawan saya.
Dan alhamdulillah mereka juga mengakui keberkesanannya, lebih lagi untuk krim herbanya dan juga baby oil.
Sebab terbesar saya memilih tropika waktu itu adalah kerana : -
• Bahan kandungannya dari bahan semulajadi. Jadi insyaAllah ianya selamat digunakan (bebas paraben, tidak mengandungi SLS & SLES dan sebagainya). Bila bebas SLS & SLES kita dapat mengelakkan anak kita mengalami masalah iritasi pada kulit. Lebih lagi anak pertama saya ada mild ekzema waktu dia berusia 2 bulan. Habis berdarah lehernya sebab dia garu.
• Hasil kesan pemakaiannya positif. Samada melalui pengalaman sendiri atau pun perkongsian dari keluarga dan kawan-kawan yang saya sudah share.
• Harga berpatutan
• Jenama muslim yang dipercayai dan diyakini
• HALAL
Saya banyak dah cuba produk baby sebenarnya. Sama ada dibeli di drugstore, farmasi, online, dan supermarket. Tapi dengan result yang saya dapati dari Tropika memang sangat mengagumkan. Alhamdulillah.
Pernah juga selepas guna tropika, ada cuba-cuba jenama lain, tapi hasilnya tak memuaskan hati. Contohnya ada iritasi kulit pada anak, contohnya jadi gatal.
Bau yang kurang sedap untuk hidung ni hidu. Dan cepat hilang baunya. Dengan tropika saya suka lavendar. Sama ada shower gel nya atau pun baby oil, saya suka dengan lavendar. Bau lembut, dan anak tidur lena. Mungkin sifat lavendar itu sendiri menenangkan, makanya kesannya begitu baik untuk bagi baby rasa tenteram.
Jadi kepada bakal ibu, saya amat rekemen korang boleh dah masukkan dalam checklist korang produk tropika ni. Kalau tak nak guna semua, korang boleh beli killer produk diaorang iaitu Baby Herbal Cream. Serius mesti puas hati. InsyaAllah.
Nak cari kat mana ? Korang boleh dapatkan dekat website diaorang
Atau pun yang ada akaun shopee, boleh je dapatkan di offical shop diaorang kat sini
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: