Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

18 Mei 2016

Usah Lagi Seorang Diri

Tajuk : Usah Lagi Seorang Diri
Tema / Genre : Lif / Seram
Penulis : Ayubalqishah




BUNYI WhatsApp dari Honor 5x Dhia, telah memutuskan lamunannya sedari tadi yang masih berteleku di tikar sejadah. Siapa pula pagi-pagi buta ni, hantar WhatsApp. Dhia menggeretu di dalam hati. Lalu Dhia bangun dan terus mencapai telefon bimbitnya  yang berada di meja sisi katil. Dhia duduk di kepala katil, bantal tidur diletakkan di belakang tubuhnya, lalu bersandar santai. Telekung masih setia terbungkus ditubuhnya.
Kau jadi ke datang awal hari ni? - Nani
Mestilah jadi. Akukan memang hari-hari orang pertama yang akan terpacak depan 'office' selepas pak 'guard'. - Dhia
'Okay' cun! Aku tunggu sana. Jam 7 aku sampai. Kau jangan lupa, belikan aku nasi lemak Cik Timah tu. Lauk sambal sotong. - Nani
Insya ALLAH. - Dhia
Dhia Adriana, merupakan pekerja baru di Kemboja Holding sebagai Interior Designer. Dan dia juga merupakan pekerja paling awal sampai ke pejabat. Baginya, selepas solat subuhlah, rezeki mudah nak masuk. Itulah yang dia pegang sejak dari bangku sekolah lagi.
Dhia lihat jam bulat yang tergantung di dinding bilik, sebelah kanan. Baru pukul 6.15 pagi. Daripada rumah ke pejabat hanya makan masa 10 minit sahaja untuk sampai. Dhia baru perasan, dia masih lengkap bertelekung. Dhia buka telekung, lalu dililat kemas dan diletakkan di atas katil.
Dhia capai baju kerja yang sudah siap digosok malam tadi bersama tudung Adijuma pilihannya. Pantas Dhia bersiap-siap, wajah dioles dengan solekan tipis. Jam tangan Swatch dikenakan ke pergelangan tangan kanannya. Lalu Dhia mencapai kunci kereta Myvi yang sudah tiga tahun memberi khidmat padanya.

SELESAI urusan jual beli nasi lemak dan sedikit kuih, kereta Dhia terus meluncur laju membelah jalan. Tidak lama kemudian, Dhia sampai di depan pintu masuk utama pejabatnya yang terletak di tingkat bawah bangunan. Seperti kebiasaannya, kereta Dhia akan berada betul-betul di hadapan pintu pejabat. Dhia lihat-lihat keliling mencari Nani. Hisy! Nani ni... betul ke tidak dia ni. Janji nak sampai awal sama-sama. Dhia jeling jam di tangan, lagi 5 minit nak masuk jam 7.00 pagi.
"Kau... kalau dengar apa-apa dalam office ni, kau buat tak tahu aje, okay? " Pesanan dari Nani sebagai pekerja lama di Kemboja Holding dipegang kemas.
Bukannya Dhia tidak pernah diganggu, sudah banyak kali Dhia sering diusik oleh sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dari mana wujudnya. Namun bagi Dhia, selagi benda mengganggu itu tidak wujud di hadapan matanya sendiri, selagi itulah baginya perkara itu, tidak perlu diambil pusing. Buang masa!
Tok! Tok!
Cermin keretanya diketuk, tetapi tiada kelibat. Dhia buka pintu laju, siang-siang apa nak ditakutkan.
"Ba!" Nani sergah dari belakang.
"Opocot! Terkejutnyalah sangat..." Dhia jelir lidah pada Nani dan jongket kening sebelah. Sudah macam budak-budak lagaknya.
"Jomlah aku lapar ni," ujar Nani sambil mengosok-gosok perutnya yang ramping.
"Asal kau tak pakai tudung hari ni? Bukan ke hari Jumaat, kau selalu pakai instant shawl? " Dhia soal Nani sambil anak matanya pandang Nani atas bawah.
"Parah kau ni, hari pun dah tak ingat. Hari nikan hari Sabtu. Hari Sabtu, mana ada aku pakai tudung," Nani senyum senget pada Dhia.
"La... ya ke?" Dhia tepuk dahi. Baru tujuh bulan dia di situ, kalau setahun entah apa lagilah yang dia akan lupa.
"Emm... jomlah naik. Kita melahap dulu. Lepas tu, aku nak kena siapkan design bilik Datin Maznah tu. Dahlah kena submit hari ni," Dhia tarik lengan Nani menuju ke pintu utama. Dhia  berikan senyuman manis pada Encik Kamal, pengawal keselamatan Kemboja Holding.
"Terima kasih uncle, sebab jagakan office kami dari hantu," sempat Nani bergurau sebelum ikut masuk sama dengan Dhia. Butang lif ditekan.
"Cepatlah! Kata lapar tadi," Dhia terjerit sedikit memanggil Nani yang terkial-kial berjalan dengan kasut tumit tinggi tiga incinya itu.
"Ya... ya. Sabarlah. Kaki aku ni tiba-tiba pula sakit," jawab Nani lantas cuba berjalan pantas ke lif.
Memandangkan pejabat kreatif, berada di tingkat lapan, Dhia dan Nani terpaksa menggunakan lif untuk sampai ke pejabat mereka. Kalau guna tangga, boleh 'tumpo' kata orang Perak.

"KAU confirm ke nak stay ni?" Soal Nani apabila Dhia menyampaikan hasratnya untuk kerja lebih masa sebentar tadi.
Dhia yang masih khusyuk mengadap laptop beserta kertas-kertas kerja berselerakan di mejanya, langsung tidak menjawab atau pun menoleh pada Nani yang sedang sibuk mengemas untuk pulang.
Nani pandang sekejap pada Dhia," aku balik dululah. Kau jangan lupa tutup semua lampu nanti. Jangan lupa kirim salam dekat hantu office ni tau."
Dhia berkalih pada Nani yang berdiri di hadapan meja. "Ucapan tak ada ke?" Soal Dhia dengan wajah serius.
"Dengan ucapan, tengah buat apa tu," tanpa tunggu balasan daripada Dhia, Nani tinggalkan Dhia di meja dengan lambaian selamat tinggal.
"Kurang asam kaukan. Dah cakap macam tu, boleh blah gitu aje," ujar Dhia. Matanya tak lepas pandang pada Nani sehinggalah sahabat baiknya itu lesap ditelan lif.
Tanpa memikirkan apa-apa, Dhia meneruskan pekerjaannya yang perlu dihabiskan hari ini juga. Dia perlu emailkan pada Ketua Bahagian Kreatif untuk dinilaikan. Setelah itu, ketuanya sendiri yang akan emailkan kepada Datin Maznah. Sekiranya Datin Maznah setuju dengan semua rekaan untuk setiap bilik tidur di rumahnya itu, barulah Dhia boleh tarik nafas lega. Dia perlu siapkan lima design untuk setiap empat bilik yang diminta. Masa pula hanya satu minggu yang diberi, dan hari ini hari terakhir. Dhia tiada pilihan selain daripada stayback.

DHIA ADRIANA terdengar bunyi orang menaip saat dia menekan tetikus. Klik! Klik! Dhia tekan lagi. Maklumlah guna photoshop ni, mana mungkin tak guna tetikus. Serentak dengan itu, Dhia dengar bunyi orang menaip. Sama banyak dengan jumlah kliknya pada tetikus. Dhia belum ada rasa takut lagi, sebab dia dah pun setkan mindanya dengan perkara positif. Mungkin ada lagi orang yang sedang kerja lebih masa seperti dia.
Tiba-tiba Dhia teringat yang dia perlu cek email, dan membalas email Encik Farhan yang bekerja dibahagian marketing. Saat inilah Dhia tidak tahu, ada sesuatu sedang cuba menguji tahap keberanian Dhia Adriana. Dari kejauhan 'sesuatu' itu sedang menyeringai tersenyum padanya.
Dhia buka email lalu menekan-nekan papan kekunci. Tap! Tap!
Dhia pandang belakang. Tak ada pula orang. Dari mana juga bunyinya ni. Takkan benda ni bunyi dua kali, kalau aku taip. Dhia renung pula kiri-kanan. Bulu tengkuknya meremang tiba-tiba. Dhia gosok batang tengkuk kuat-kuat sambil baca bismillah.
Tanpa fikir panjang, Dhia teruskan juga menaip. Tiba-tiba dia terdengar pula bunyi orang menaip sama seperti dia menaip, betul-betul sebelah dia. Iaitu tempat duduk Nani! Dhia pandang kanan.
"Nani... Kau jangan nak main-main, aku tak takutlah setakat tiru-tiru ni," ujar Dhia selamba. Lalu jari-jemarinya kembali ligat menaip. Dan serentak itu juga, terdengar taipan yang sama, dari arah yang sama juga! Dan macam copypaste.
Dhia taip selaju boleh, bunyi menaip dari jiran sebelah juga turut sama laju. Dhia geram. Pantas Dhia bangun dan pergi ke tempat Nani.
Sampai di meja Nani, apa pun tak ada. iMac Nani pun gelap. Sah dia kena main. "Tolonglah jangan ganggu aku... Aku ada benda penting nak siap ni. Tolong ya," rayu Dhia pada meja kosong. Macam bodoh pun ada.
Dhia duduk kembali ke kerusi. Lalu sambung menaip yang tidak habis tadi. Namun tidak sampai 5 minit dia memujuk agar tidak diganggu, akhirnya benda itu meniru gerak bunyi menaipnya kembali. Dhia geram. Panas hati. Semuanya menjadi satu.
Pam!
Dhia ketuk meja dengan kuat, tanpa segan silu Dhia bersuara lantang,"kau dah kenapa ha? Tak ada kerja erk? Kalau berani muncullah depan aku, aku bagi kau kerja."
Dhia seolah mencabar kredibiliti 'sesuatu' itu. Hampir setengah jam, Dhia damai dan tenang tanpa sebarang bunyi. Jam di dinding pejabat dikerlingnya. Hampir senja juga, baru nak siap kerja. Semua kau punya fasallah bunyi yang datang entah dari mana. Hatinya berbisik. Dhia tutup semua tenaga elektrik berdekatan meja. Saat dia mahu matikan suis pengecas telefon bimbitnya, tiba-tiba...
Pap!
Bunyi 'keyboard' jatuh ke lantai dengan kuat. Tubuh Dhia terasa sejuk beku. Menggigil tangan tatkala mencabut pencucuh 'charger' dari telefon bimbitnya. Pantas Dhia capai tas tangan Coach miliknya dan berjalan laju menuju ke pintu lif.
Dhia tekan banyak kali butang lif untuk turun ke bawah. Secara mendadak, bulu roma di tengkuk dan di tangan sudah  meremang. Jantung Dhia berdegup laju. Dhia menyapu-nyapu tangannya antara satu sama lain, bagi mengurangkan rasa takut yang sudah pun berjaya menguasainya.
 Menanti 5 minit  pintu lif untuk terbuka, terasa bagaikan berjam-jam lamanya.  Padahal setahu Dhia, mana ada orang lain lagi dah dekat tingkat atas, yang ada pengawal ajelah. Itupun di tingkat bawah.
Dhia tekan lagi sekali butang lif untuk turun.
Ting!
Akhirnya pintu lif terbuka luas. Dhia menghembus nafas lega. Saat sampai di tingkat tiga, tiba-tiba pintu lif terbuka sendiri. Suasana di tingkat tiga sememangnya sudah gelap-gelita dan sunyi. Lekas-lekas Dhia tekan butang tutup sambil baca bismillah.
Saat Dhia terbatuk, pandangan Dhia tertunduk sedikit dan mata pula terpejam beberapa saat.  Apabila Dhia membuka mata, dia terlihat dirinya sedang tersengih di dalam cermin, sedangkan dia tidak melakukan itu.
Dhia kaku. Keras. Tangan langsung tak boleh bergerak. Jantung seakan berhenti, peluh mula menitik walaupun keadaan sebenarnya adalah sejuk. Tiba-tiba dirinya yang kejung itu, di dalam cermin sedang gelak-gelak tanpa bunyi sambil menutup mulut menggunakan kedua-dua belah tangan.

HARI Isnin, kecoh mengenai Dhia yang ditemui pengsan oleh Encik Kamal. Hampir seminggu Dhia di masukkan ke hospital kerana demam panas. Nasib baiklah Dhia tidak meracau.
Sungguh besar impaknya di atas kejadian yang berlaku di dalam lif Kemboja Holding tersebut. Sejak dari hari itu, Dhia takut menaiki lif seorang diri. Melihat diri di cermin pun dia tak berani. Nani juga tidak lagi bergurau perkara yang bukan-bukan. Tiada siapa juga yang sanggup kerja lebih masa atau pun masuk ke dalam lif seorang diri, melainkan secara berkumpulan termasuklah bos besar Kemboja Holding.






11 Mac 2012

Pengorbanan yang tidak ternilai

Bermulanya sebuah kisahnya...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut...

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg!....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa,

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku...Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati...

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tersepak tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Begitulah kisahnya. Kesimpulannya jangan kita meremehkan melakukan kebaikan walau sekecil mana pun sebab kita mungkin tidak menjangka kebaikan yang kecil itulah yang meninggalkan kesan mendalam kepada orang lain.


18 Jan 2012

4 Jan 2012

Pokok Besar Rimbunan itu ..

pokok besar rimbunan itu
akar membesar menjalar ke tanah
bersama dedaun teduhan

pokok besar rimbunan itu
begitu banyak kisahnya
merasa manis buahnya
di alam yang tidak nyata

pokok besar rimbunan itu
meneduhkan hujan panas
tempat melihat pelangi

pokok besar rimbunan itu
apakah akan ada cerita lagi
cerita tentang huluran tangan
cerita tentang membangkitkan perasaan

pokok besar rimbunan itu
apakah akan berakhir dengan selendang biru
seiringan berpimpinan menuju yang SATU

pokok besar rimbunan itu
mungkin akan hanya begitu
kekal tidak nyata
atau juga bertaut semula menjadi rona

pokok besar rimbunan itu
punya 1001 cerita
hanya menanti kesudahannya

pokok besar rimbunan itu

meminta akan ada SUATU MASA ...


24 Dis 2011

Kekasih Insan Sebenar

Muhamad Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kite syg? Macam mana juga kasih syg itu nak brkekalan?

Cikgu : ok, kamu ikut ape yg sy suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dh petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya.

Cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : tadi mse sy berjalan, sy carilah rumput yang paling cantik. Memang ade bnyk yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pn terus berjalan ke hadapan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, sy x jumpa pn yang paling cantik. Mungkin ade di antara yg di belakang sy tadi rumput yg paling cantik tapi dah cikgu cakap xboleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg boleh sy petik.



Cikgu : ya itulah jawapannye. Maknenye apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yg kite syg, janganlah kite mencari yg lebih baik dari itu. Kite patut hargai org yg berada di depan kite sebaiknye. Jgn kite menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. dan ingatlah org yg paling kite syg itulah yg paling cantik dan paling baik walaupun nak ikutkan bnyk lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi…


23 Nov 2011

kerana aku seorang perempuan

" Tidak ada seorang pun yang dapat melawan kehendak takdir.Semua sudah terprogram dalam mega safar di 'lauhi mahfuz..Hari..Tanggal..Menit dan Detiknya "

menanti saat termampu .....

hati kelam
jiwa bergurindam
tatkala takdir tidak sepakatan
namun lautan tak mampu menukar
segala yang sudah disasar...

Ada seorang sahabat bertanya
  1. “KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
  2. “KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
  3. “KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”
Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…
Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…kami CEMBURU bukan tidak bersebab…RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…fitrahnya ciptaan seorang perempuan…allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…punyai 9 nafsu dan 1 akal…bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam…Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…mudah tersentuh…sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bias menakluk dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…namun dia tetap perempuan…punyai kehalusan hati..emosi di sisi diri…namun rasional kami jua dari emosi…
Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti…bukan untuk di lukai…namun hikmahnya ciptaan kami…dari situ la kami ingin dilindungi…dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi…dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam…kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…



Kisah isteri tercinta rasullullah s.a.w iaitu Siti Aisyah R.A…Di antara bukti cinta Aisyah terhadap suaminya adalah jika bangun tidur dan tidak menemukan Rasulullah di sampingnya, ia merasa khawatir dan gelisah. KERISAUAN si isteri melihat suami tiada disisi. Kuatnya cinta yang terpatri di hati insan seorang perempuan..begitu jua kami insan biasa yang diciptakan allah punyai naluri emosi yang kuat..pasti kerisauan datang menjengah bila mana tidak nampak di depan mata..MAAFKAN KAMI KERANA SERING RISAU AKAN SESUATU….
 
Perkongsian dari kisah hati muslimah agung, Siti Aisyah R.A, isteri kesayangan rasullullah…Dua ciri paling menonjol dalam diri Aisyah adalah sifat manja dan cemburunya yang tebal...Jika ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah seperti ia mencinta beliau, Aisyah merasa sangat sedih dan cemburu, bahkan kendati pun wanita itu sudah wafat. Misalnya, walaupun Siti Khadijah telah tiada, Rasulullah selalu saja mengenang dan menyebut-nyebut namanya, kerana beliau dulu banyak bergantung kepadanya, dan hal ini sampai membuat Aisyah cemburu. Kecemburuan Aisyah ini tidak bisa diredam dan dibendung lagi. Namun, itu juga sebagai bukti rasa cinta Aisyah kepada Rasulullah..KECEMBURUAN kami sebenarnya antara kebuktian cinta dan kasih sayang kami..bukan tidak cemburu itu tidak sayang tapi mungkin sesuatu itu tidak sampai menyentuh hati yang paling dalam…MAAFKAN KAMI KERANA SELALU CEMBURU…

Kenapa kami merajuk?? Kadang-kadang kami MERAJUK kerana kami inginkan perhatian..rajuk kami tidak lama..rajuk kami rajuk manja..rajuk kami adalah lukisan perjalanan kisah kita..jika dipujuk pasti kami tersenyum…kami bukan mengade…rajuk kami bukan dengan semua orang..rajuk kami hanya dengan seseorang yang dekat di hati..tapi kenapa ada perempua yang tidak pernah merajuk?? Itulah ayat kebohongan..Cuma kadang-kadang kami tidak menyuarakan apa yang dirasa...lebih baik di simpan dari terluah..rajuk di rawat sendiri…kadang-kadang kami menyatakan rasa rajuk itu...untuk kamu tahu kami inginkan masa dipujuk…kadang-kadang itulah bukti kasih sayang kami yang tidak terluah dek kata-kata macam mana sayang itu..macam mana cinta itu…namun……..MAAFKAN KAMI KERANA CEPAT MERAJUK….
namun....hati kami masih waras untuk bertindak mengikut syarak...rajuk dikawal...cemburu terdidik...kerisauan terbatas...kerana panduan hidup ini....AL-QURAN & AS-SUNNAH...



~terima kasih sabahat atas perkongsian ilmu atas diskusi yang kita buat~

P/S :
...buat bakal-bakal suami...dan untuk suami-suami...


11 Okt 2010

Pesanan Buat KEKASIH

• PESAN SEORANG AKHI
(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhawat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.



Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur

Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,

Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas

Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,

Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com