Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

cahaya hidup

Kupanjatkan doa penuh nista terpercik dari nafsu- nafsu dunia adakah jalan cahaya syurga ataukah ini semua tipu iblis durjana
    Kuingin nikmati harumnya syurga dunia     tapi tercium sampah sampah pendusta     ingin kulihat bintang kejora cita dan cinta     tapi apakah aku sedang buta
Jalanku terbentang jika sajadah kurentang setapak tangan saja jika kumelipatnya apa yang kurasa belumlah apa apa nantilah aku, hai kesedihan tak terhingga
     Ku berserah atas nama hati pada MU ya Robbi      Atas segala cita luka duka dan bahagia      Kuatkanlah sabar ikhlas dan ikhtiarku      Ku yakin diujung sana ada cahaya pemuka

cinta....mampukah bahagia?

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANG…

MERISIK

tahun 2011 mcm best n ramai yg pilih tahun ini utk mngikat tali phubungan..sekadar ingin bkongsi..jom sama2 bc..mn tahu anda juga memilih tahun ini utk pergi lebih jauh hbgan anda dgn sidia..
MENILIK ATAU MERISIK
Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka. Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut mel…