Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Hati sayu

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. tetapi bila ikan sudah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya... begitulah juga hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai tetapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.. Semoga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa2nya...sama2lah kita renung2kan..terima kasih utk kata peringatan ini...dri sahabat yg amat disayangi..


Hari ini mendengar rintihan sahabat yang dicintai tentang cintanya...Moga yang terbaik untuknya dan semoga pertolongan Allah SWT sentiasa bersamanya...


hari ini ada juga yang menyatakan perasaan seperti dahulunya..namun hati ini sudah dimiliki namun masih belum pasti adakah akan sampai akhir nnti,bagaikan sudah tertutup hubungan ini..bukan kerana membenci tetapi sudah rasa tidak mampu lagi dibenci mungkin..kepada si dia moga Allah SWT jua membantumu dalam mencari apa yang dicari..semoga berjumpa dan terjump…

selamat hari lahir tuk diri sendiri

huhuhu...18 mac tahun ni,dah 23 umur aku....n taun ni paling ramai wish...hikhik..seronok coz rs dihargai walaupun hanya sekadar ucapan..namun amat bharga bg aku....n kat cni nak kongsi pic hadiah yg aku dpt...


terima kasih syukran jazilan thank you kepada yg wish n yg bg hadiah...luv u all

Tidur mengingatkan mati

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah , terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.
Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.
Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.
Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk me mulihkan tenaga.
Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.
Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.