Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Untukmu Wanita

Untuk mu Wanita....

Sesungguhnya kejadimu terlalu unik , tercipta d...ari tulang rusuk Adam yang bengkok

menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah

Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....

umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun.....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-l…

Dinner

malam tadi pas terawih ada dinner kat subang..kat kg melayu..huhu..makanan dia not bad lah..sedap gak..lebih2 lg ayam sambal dia..asyik teringat je..


ha botol hijau tu air buah..HALAL punya :)

dorang sambut birthday gak .. ni lah kek yg dimakan malam tadi yg di taja khas oleh SECRET RECIPE..


boleh lah tahan rasanya..penuh ngan coklat...tapi saya kalau kat SECRET RECIPE lebih suka CHOC MUD die sedap sgt hingga menjilat jari..:P

penat jugak malam tadi coz dari ampang nak ke subang makan masa 1 jam lebih2 g kami semua sesat..lalala.
huhu pic kami2 xboleh diupload disini kerana sebab2 tertentu...jadi hanya pic food shj yg boleh diupload kat dicni..oklah xtau nak bebel pe lg pepagi buta ni...

TOPIK (HAIWAN PELIHARAAN)

Guinea Pig

ha...ni lah salah satu pasangan yg sy ada bela di rumah.lebih dikenali guinea pig.ok,jom berkenalan..yg 3 color tu,nama dia But2 jantina jantan,manakala yg putih tu nama dia Mia n pastinya betina :).

mulut dorg agk bising..twit...twittt..je.pantang lapar ckit,atau mknn or minuman dah habis dorg mesti bising.hehhee.sy letakkn dorg ni dlm akuarium ikan yg sederhana besar.

untuk mjaga kesihatan dorg sy kongsikan pd anda semua.mn tahu kalau2 ada yg teringin nak jg guinea pig ni selain dr hamster tu.

SYAMPOO MANDIAN


hhehee sy hanya gunakan syampoo yg biasa digunakan oleh bayi...


VITAMIN


ok..yg ni pulak vitamin utk dorg..yg ni mudah je..campurkan dengan 4 penutup cecair ni dicampurkan dgn 30ml air..


SNACKS

ha..yg ni namanya snacks utk dorg nya gigi n kesihatan gak...bagus benda ni..dia bersifat chewing...:)..n lmbat habis,jdi sgt jimat.


hehehee ok cukup untuk kali ni..banyak lagi ingin sy kongsikan.contohnya pewangi dia,tempat tidur dia.dan kita boleh latih dia mendengar kata yg …

Ingin Jadi Nasrullah

Ingin jadi Nasrullah
(FAISAL TEHRANI)

Bukan puisi perang
bukan juga puisi keamanan atau
segala yang seerti dengan perdamaian
biar kita bicara dengan kejujuran
tanpa retorik atau kidung syahdu
bertangisan
sekali ini biar kita jadi penyair
dengan bom peledak, roket atau senapang
kita anggaplah dunia
tak akan kembali lagi
menjadi syurga buat merpati,
kita tulis puisi
tentang kemanusiaan yang sudah mati
tak ada harapan bangun lagi.

Jadi puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrullah?
Apa yang kau pupuk
pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing daripada selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?

Sungguh darah al-hussein
mengalir merah
setiap harimu 'Asyura
setiap inci tanah buatmu Karbala
tidak ada ibu selain Fatimah
tidak ada Amir selain Ali
setiap tanah adalah Fadak
wajib kita tebus kembali.

Labaikka Ya Nasrallah,
Komander Imam Mahdi,
izinkan aku bersama tenteramu
andai kau ragu aku dengan peluru
mengibar bendera memadai buatku,
menuju ke Khaibar d…

Nuzul Al Quran

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL ALQURAN..Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang di…

Solat Sunat Tarawih

Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).
Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.
HlKMAH Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan sele…

Ada sungai di dalam laut?

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” ( Al Furqan:53 )

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Captain Jacques Yves Costeau, saat menemukan patung-patung peninggalan kapal romawi kuno yang karam.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Captain J…

selamat berpuasa

Entri ni dh lama sy miliki,tak ingat ambil dimana...kepada tuan empunya terima kasih ya, diatas entri sebagus ni..selamat berpuasa untuk semua..moga bermanfaat untuk semua.. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia. Firman Allah Ta…