akar membesar menjalar ke tanah
bersama dedaun teduhan
pokok besar rimbunan itu
begitu banyak kisahnya
merasa manis buahnya
di alam yang tidak nyata
pokok besar rimbunan itu
meneduhkan hujan panas
tempat melihat pelangi
pokok besar rimbunan itu
apakah akan ada cerita lagi
cerita tentang huluran tangan
cerita tentang membangkitkan perasaan
pokok besar rimbunan itu
apakah akan berakhir dengan selendang biru
seiringan berpimpinan menuju yang SATU
pokok besar rimbunan itu
mungkin akan hanya begitu
kekal tidak nyata
atau juga bertaut semula menjadi rona
pokok besar rimbunan itu
punya 1001 cerita
hanya menanti kesudahannya
pokok besar rimbunan itu
meminta akan ada SUATU MASA ...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: