Tak ingat tarikh sebenarnya bila mulakan bisnes banana cheese dan nasi lemak pandan Nailah ni.Dan dalam perancangan untuk buat tambahan 1 lagi jenis makanan yang saya boleh masak dan disukai ramai.Mungkin akan tambah menu untuk lunch.
Alhamdulillah.. banyak sebenarnya komen yang memberansangkan.. hilang penat bangun pepagi seawal jam 4 atau 5 pagi..bergantung pada tempahan..
Sedang menaip kisah hobi baru saya ni..tetiba baru saya teringat bahawa saya masih ada satu lagi part time yang perlu saya selesaikan..iaitu menulis artikel..Allah..sampai orang yang bagi job ni pun saya tak.ingat nama.Jenuh juga nanti nak cari satu- satu nama di inbox fb.Moga Allah permudahkan segala urusan saya sekeluarga.
Apa yang saya perlu tanamkan dalam diri sekarang,adalah mendidik anak sebaik mungkin..mengikuti sunnah Rasulullah SAW.. dan taat kepadaNya.. disamping itu juga saya perlu perbaiki banyak perkara untuk menjadi isteri yang terbaik.Banyak betul kesalahan rasanya sepanjang menjadi isteri kepada Shahrul Izhan Abd Aziz ini.Kesabarannya menjadikan saya terus bahagia disisinya.
Moga Allah panjangkan jodoh kami sekeluarga hingga ke Jannah.ameen
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: