Sgt bguna utk ank sy yg ada mild ekzema.Walaupun mild tapi kerisauan ttap akan ada.
Kenapa perlu perkenalkan telur secara berperingkat kepada baby?
Pemberian telur secara berperingkat-peringkat kepada baby adalah bertujuan sebagai persediaan sebelum menerima suntikan MMR. Suntikan MMR akan dibuat untuk baby berusia satu tahun. MMR ada salah satu dos suntikan yang perlu diambil mengikut jadual suntikan vaksin yang telah disediakan oleh KKM. Memandangkan saya menerima suntikan vaksin di KK, maka saya perlu ikut flow and rule yang disediakan oleh KK.
Bila nak bagi telur pada baby?
Telur kuning mula diperkenalkan setelah baby mencapai usia 8 bulan dan sebelum 1 tahun.
Apa kaitan suntikan MMR dan telur?
Menurut apa yang saya faham setelah diberi penerangan oleh nurse, suntikan MMR mengandungi kolostrum seperti mana yang terdapat dalam kuning telur. Maka, sebelum baby diberikan suntikan MMR, baby diberi terlebih dahulu kuning telur untuk mengesan sama ada badan baby mempunyai apa-apa tindak balas atau tidak terhadap kolostrum. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak.
Namun, sekiranya terdapat alahan pada telur seperti naik ruam, bintik merah pada kulit dan sebagainya, sebelum menerima suntikan vaksin pada usia setahun, ibu bapa perlu maklumkan kepada doktor atau nurse terlebih dahulu bahawa bayi tersebut alergik dengan telur. Ini amat penting, agar tiada kesan sampingan yang dialami sebelum menerima suntikan tersebut. Kebiasaannya, doktor atau nurse akan bertanya tahap alahan terhadap telur sama ada serius atau tidak. Sekiranya keadaan agak serius, doktor mungkin akan menangguhkan dahulu suntikan tersebut atau suntikan tersebut masih boleh diberikan kepada bayi tetapi perlu di bawah pengawasan doktor selepas menerima suntikan.
Terdapat tips yang saya baca, seeloknya selepas menerima suntikan MMR, jangan terus pulang ke rumah. Luangkan masa selama 15 hingga 30 minit, untuk melihat perubahan pada bayi. Sekiranya selepas menerima suntikan, alahan pada kulit bayi segera kelihatan untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.
Cara memperkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat-peringkat.
PASTIKAN :
- telur kena pastikan betul-betul masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.
CARA-CARANYA:
Minggu pertama – 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga – 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima – 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh – 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

Sumber : Group Solid Food For My Baby :)