Pernah suatu hari,aku berasa sangat sepi.Sehingga aku sendiri berasa serba tidak kena.Sehingga aku berasa seperti aku tidak bahagia.Walhalnya akulah punca ketidak adanya bahagia itu.Sering memandang ke belakang.
Namun saat ini dan detik ini,aku berjanji pada Tuhan akan menjaga hartaku dengan sebaiknya.Hampir 2 tahun lebih kami menanti,akhirnya mimpi menjadi kenyataan.
Jika diingat kembali detik aku terlalu sakit pinggang dibahagian kanan,doktor mengesahkan aku ada pertumbuhan.Ketika itu memang datang bulanku tidak menentu.Sejak dari itu makanku dijaga,semuanya ku bataskan.Namun bukan penyakit itu yang ku risaukan tetapi kata-kata doktor pakar itu yang merumitkan.Doktor mengatakan aku tidak mungkin mengandung pada waktu terdekat ini.Dan mungkin juga langsung tidak boleh.Hampa.
Selang sebulan aku terasa seperti tidak menentu.Perasaan bercelaru.Aku meminta suamiku membelikan pregnant test clear blue yang digital.Esok pagi aku nak buat urine test.Terkejut apabila yang tertera ialah PREGNANT.Aku tak puas hati ambil dua lagi pregnant test.Dan tetap sama keputusannya.
Pagi itu aku ke Hospital Pakar Manjung.Namun keputusannya tetap sama seperti kali pertama aku hamil dulu.Kehamilan tidak seiring usia kandunganku.Maksudnya kandunganku sepatutnya 9 minggu namun tidak seperti 9 minggu,ianya seperti baru saja terjadi,seminggu mungkin.Doktor mengatakan agar aku bersedia dengan apa jua kemungkinan.Kerana sebelum ini juga klinik kesihatan yang aku pergi sewaktu kandungan pertamaku dulu,mengatakan perkara yang sama.Hanya perkataan pelbagai kemungkinan akan terjadi tu sahaja yang tidak disebut.Mereka cuma meminta agar aku datang lagi 3 minggu dari tarikh yang aku pergi.Aku tanya kenapa,mereka mengatakan untuk mengesahkan usia kandunganku.Ketika itu aku terasa seolah dihempap batu diatas kepalaku didalam bilik gelap.Aku hampa.Dan kali ini aku,Hampa Lagi.
Akhirnya aku meneruskan kehidupan ku tanpa pergi klinik untuk memeriksa kandunganku sehingga 5 bulan.Genap saja kandungan ku 5 bulan,aku membuat keputusan untuk pergi membuat checkup kononnya,kerana lagipun ketika itu,aku dapat merasakan perutku seperti ada bezanya.Akhirnya aku memilih klinik Yasmin,dan langsung aku tidak jangka dan dalam tidak percaya bahawa doktor Yasmin mengesahkan aku mengandung 4 bulan 1/2.Berkali-kali suamiku mengesahkannya dengan meminta doktor menunjukkan dimana kedudukan bayi kami,jantung,tulang belakang dan segalanya yang kami boleh lihat.Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku ketika itu kerana kandungan ku berjaya.Aku dan suami mengalirkan air mata.Dan hari itu juga kami menelefon ibuku memberitahu berita gembira ini.ALHAMDULILLAH.Sungguh aku sangat-sangat berterima kasih padaMu yang Maha Pencipta.
Dan ketika aku menulis coretan ini,anakku berada tidur disebelahku.Tidak puas aku menatap wajah sucinya.Mau saja aku tidak mahu melelapkan mata,namun mata ini dan seluruh anggota tubuh bukankah punya hak untuk BEREHAT.Jadi aku perlu amanah pada diriku sendiri,jika tidak bagaimana aku boleh melaksanakan amanah yang lain dengan sebaiknya?
Ya Allah..KemuliaanMu begitu aku sanjungi.KebesaranMu begitu aku kagumi.Dengan berkat kurniaanMu ini,izinkanlah aku menjaga anak ku Nailah Al Farafishah ini sebaik mungkin,menjadi anak yang solehah yang bisa menggegarkan dunia dengan sifat Sri Kandinya.ameen.Moga anakku sayang menjadi salah satu cahaya penerangku ketika dialam kegelapan disana nanti.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: