malam tadi jugak dari jam 8 mlm sampai kul 10.15 malam dia asyik menangis.Ibu pun nangis sekali sebab risaukan dia..
rasanya my baby kembung perut kot..nak kata ada kesilapan makan,benda yang lain makan malam tadi,sayur peria jelah.lepas tu puding roti.tapi hati berkata-kata macam ayam goreng spicy tu rasa macam tak kena..lepas tu peria tu terletak sambal sardin.disebabkan czer waktu nak lahirkan Nailah,sampai sekarang masih berpantang dari makan seafood dan termasuklah makanan yang leh menyebabkan gatal..
mulai hari ni memamg dah tekad nak makan lebih untuk sayur..walaupun memang dah makan lebih tapi kali ni memang nak berlebih-lebih,heheh..dan paling penting makanan berangin memang tak boleh makan lagi..coz Nailah BF dengan saya.
waktu tengah menaip ni,Nailah baru je tido,selepas terjaga dan merengek jam 10 pagi tadi..sekejap lagi kalau nafas dia masih bunyi krok2 memang saya akan bawa ke klinik untuk tindakan lanjut.kalau nak pergi sekarang ayahnya tengah kerja.saya pun banyak lagi kerja yang belum siap.tapi anak adalah keutamaan.doakan ya semoga my baby cepat sembuh.ameen
petang semalam ada ambil gambar dia pakai baju jenis crochet/kait..minnie mouse,saya kongsikan 1 kat sini
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: