1 Mac 2014

keperluan Nailah Al Farafishah

Bismillahirrahmanirrahim..semoga Allah swt permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat sana.ameen

Sebenarnya tak tahulah sama ada keperluan atau pun pembaziran.Biasalah 1st baby memang agak teruja unyuk.mendapatkan itu ini.Untuk itu saya telah menglistkan apa yang perlu saya dapatkan sebelum usianya menjangkau 6 bulan.Hope sesiapa yang ada baca post saya kali ni,bolehlah beri pandangan anda.Kat mana nak beli,nak dapatkan harga terbaik.Segala perkongsian dari teman2 amatlah bermakna.

1 - baby carrier - dh pun beli amik papa germany..puas hati kain pun ok..cuma hari tu basuh kalernya turun huhu..
2 - stroller - cadangannya nak amik scr 9 with scr 7,tapi setelah membuat penelitian nak amik halford zuzz 4
3 - insurans - cadangnya nak amik PruBSN,sesiapa yang tahu tentang ni boleh lah share ya apa yang patut
4 - ha..yang ni paling penting nak buka akaun Fishah,dah wat research sana sini,saya pilih nak buka akaun kat tabung haji

for feeding cadang nak ambil semuanya dari tommie tippie coz botol susu dia pun dari tommie tippie

spoon * feeding spoons 5 pack
bowls * easy scoop feeding
cutlery * 1st grown up
plates * section plates
magic gripper mat
mini blender & feeding set by Avent
electric food & milk warmer
bottle for 12 month - yg ni macam terlajak cepatlah pulak nak belinya
freezer tray baby cubes

majlis kesyukuran dah buat masa habis pantang 44 hari kat rumah kedua mak ayah kat Lempor/Manong .. Perak

majlis cukur sudah buat di Shah Alam bersama anak saudaranya,ini pun langsung tak merancang .. hanya kebetulan coz masa hari ke 7 kelahiran Fishah dah pun kami cukur rambutnya untuk ditimbang dan dinilaikan dengan emas untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.tapi masih belum timbang lagi coz waktu tidak mengizinkan.

majlis Aqiqah insyaAllah 3 may 2014 ni,Fishah nak masuk 7 bulan.buat di Pahang rumah mak saudara.Sudah rezeki untyk Fishah tahun ni..segala majlis kesyukuran,cukur dan aqiqah,ada sahaja yang memberi.Alhamdulillah segalanya dari Allah..moga rezeki kami anak beranak berpanjangan dan diberkati.

semoga Nailah Al Farafishah menjadi anak solehah ayah ibu.ameen.







Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com