Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.
30 Dis 2014
Pesawat Airasia zest pula tergelincir di Filiphina
Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.
Peristiwa malam krismas
Balai Wangsa Maju KL
Peristiwa malam krismas..
Balai wangsa maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran damaisari wangsa melawati. Sepasukan anggota balai wangsa maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan. Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan.
Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi. Dan bila ditanya kenapa tinggal dihutan yg gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, airmata menitis dari mata tua beliau.
Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak. Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yg daif dalam arus pembanginan yg pesat di kawasan tersebut. Keesokannya sekali lg anggota dari balai wangsa maju melawat pakcik tersebut dan kali ini Ketua Polis Balai Wmaju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut.
Di siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat. Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lg mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata. Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yg disedekahkan oleh org yg mengetahuinya tinggal dihutan.
Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yg berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.
Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 dihutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan? Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.
Wajar kah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan? InsyaaAllah polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan. Innamal Aqmal Binniat. Sekian
p/s : TQ kepada yang berkongsi cerita.Tak tahulah jika saya ada di situ,mahu menangis tanpa henti,terus pengsan agaknya,Yelah macam-macam bermain di benak fikiran.
25 Dis 2014
Sekitar Banjir di Kuala Kangsar
Sekitar banjir 24 dec sehingga saat saat menulis entry ini di Kuala Kangsar,disebabkan saudara mara ramai di sana,jadi untuk dapat info cepat dan tepat ,insyaAllah agak mudah..
Esok 25 dec 2014,mereka jangkakan air akan naik lagi sekitar 3 kaki lagi.Memandangkan kampung saya di area Sayong,Menora.Atau senang cerita kampung Bendang Kering dan Rambai 7.Jadi gambar banyak area Sayong.

24 Dis 2014
Banjir 5 negeri
Sumber terkini : harian metro on9
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
Kuala Lumpur: Lebih 45,000 mangsa banjir kini ditempatkan pusat pemindahan sementara di lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, tengah malam tadi.
Kuala Lumpur: Lebih 45,000 mangsa banjir kini ditempatkan pusat pemindahan sementara di lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, tengah malam tadi.
Ayam Pong Teh
Resepi Ayam Pong Teh amat mudah dibuat.Jika saya buka menu ini untuk jualan,memang ramai peminatnya.Resipi dari Chef Florence Tan. Ayam pong teh ialah ayam yang dimasak bersama pes taucu. Bahan-bahannya agak mudah dan serius anda takkan sangka dengan bahan tersebut menghasilkan satu masakan yang ada nyum-nyum!!. Bak kata anak saya yang baru berumur setahun 2 bulan ketika ini.Seakan2 masak kicap sedikit tapi ada beza, dan saya rasa, anak-anak mesti suka. Satu lagi rasa dia tak pedas..Dan anak saya Nailah Al Farafishah memang banyak suapnya bila buat menu ni..
22 Dis 2014
Anak Selsema ?
Bila anak selesema saya lah yang paling rajin nak cuba macam-macam untuk hilangkan selsema anak.
Disini saya juga kongsikan tips yang agak mudah untuk anda praktikkan..
Tips rawatan semulajadi untuk demam selsema bagi bayi dan kanak-kanak
Disini saya juga kongsikan tips yang agak mudah untuk anda praktikkan..
Tips rawatan semulajadi untuk demam selsema bagi bayi dan kanak-kanak
Tamar Cocoa
Tamar Cocoa keluaran mana? Di mana HQ nya?
Tamar Cocoa 100% keluaran bumiputera iaitu AL-Haddad Marketing.. Dan ia di jamin HALAL.. HQ terletak di Bertam Perdana..
Rasa
21 Dis 2014
Sotong Goreng Kunyit
Hari ini malam barulah bergegas untuk masak,itu pun hanya lah 1 menu sahaja.Petang pun tiada kudap-kudap seperti sebelum ini adalah juga buat kuih Badak Berendam (bluehyppo) , tapi hari ini hanyalah satu dah macam lagu
Punca tak masak tengahari dan petang hari ini,kami dah kenyang lagi
Bila dah malam terasa lapar,cek peti beku adalah ayam dan sotong.Untuk tunggu ayam lembut mahu makan masa 2 jam.Jadi saya pilih sotong sebagai pilihan hati.Fikir punya fikir,terfikirlah untuk masak sotong goreng kunyit ni.
sangat mudah ok!
1st tentulah kena ada sotong,cuci bersih,potong ikut suka,lumurkan dengan kunyit dan garam+ sikit lada sulah,biarkan terperap dalam bekas dia selama setengah jam.
Ambil,
sebiji bawang besar ,hiris dan leraikan
bawang putih 3 biji hiris nipis
cili merah
hiasan nanti leh tabur daun sup dan bawang goreng pun sedap
cara-cara
panaskan minyak
tumis bawang putih dulu,dah nampak keemasan
masukkan bawang besar,dan cili
bawang nampak layu,masukkan sotong ..
*tips sebelum masukkan sotong lumurkan sotong dengan sedikit tepung jagung,untuk kurang letupan huhu ..
perasakan dengan serbuh perasa..
SIAP!! makan dengan nasi panas-panas
saya makan dengan kicap manis pedas + sambal belacan
pergh memang sodap
19 Dis 2014
Bahaya Buaian pada Bayi Anda
BAHAYA BUAIAN PADA BAYI ANDA
Penggunaan buaian untuk bayi anda memudahkan kerja ??
TETAPI AWAS!! kerana tanpa ibu-ibu sedar bahawa penggunaan buaian untuk menidurkan bayi boleh mengundang bahaya pada bayi anda..bagaimana??
Spring, mesin automatik, dan kain penyokong buai sangat berbahaya kerana jika salah satu daripadanya rosak, kebarangkalian bayi terjatuh atau dihempap spring/ mesin adalah sangat tinggi.
Keadaan ini bertambah teruk jika bayi itu terkena kejutan elektrik
Buaian ini tidak menyokong struktur tulang belakang bayi..akan mengakibatkan tulang belakang bayi mudah lentur
Bagi bayi yang mula dapat memusingkan badan, bayi itu mungkin memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam kain buaian apabila bayi itu tersedar dari tidur
Risiko mendapat sindrom gegaran otak bayi adalah tinggi kerana ubun-ubun bayi yang berusia kurang dari 18 bulan masih lembut. It is known as Shaken Baby Syndrome (SBS)
Henjutan perlahan sememangnya tidak bahaya. Namun, dengan lantunan buai spring (pergerakan atas bawah) seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat. Bayi itu juga mungkin akan mendapat SBS
"..tapi anak saya tak boleh tidur la kalau takder buai..">>>ini kerana anda telah biasakan anak anda tidur di dalam buaian atau mendodoi anak sejak lahir lagi...

mungkin kita boleh gantikan buaian lama ini dengan rocker magic ini
"...bila saya enjut dia baru dia boleh tidur..kalau tak enjut dia xmo tidur pulak..">>>bayi memang akan tidur setelah dihenjut buaian kerana bayi anda berasa pening apabila badan dan kepalanya digoyang ke atas dan kebawah...cuba kita sendiri digoyang..pening juga kan?mesti la rasa nak tido..jadi mereka tidur sebab PENING!
Apa pula SBS tu???
Sindrom bayi digoncang (SBS) adalah suatu istilah penemuan perubatan berkaitan :
hematoma subdural(trauma kecedaraan otak)
pendarahan retina
edema serebrum (pengumpulan lebihan cecair di dalam ruang intrasel atau extracellular otak)
kesimpulan..SBS ialah penderaan kanak-kanak yang disebabkan oleh gegaran disengajakan.

Akibat dari SBS :
Membawa Maut
Kerosakan Otak yang TERUK
Mengakibatkan Kecacatan Seumur Hidup.
Anggaran kadar kematian di kalangan bayi akibat SBS daripada 15% hingga 38%. Sehingga separuh daripada kematian yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak yang dilaporkan akibat sindrom bayi digoncang.......... termasuk pelbagai peringkat penglihatan (termasuk buta), kemerosotan motor (contohnya cerebral palsy) dan kognitif kecacatan.
SHARING IS CARING
p/s Sumber Carian di Google dan diambil di pages E-baby Boutique
Ada sesuatu yang perlu anda tahu bagaimana nak selesaikan perkara ini dengan mudah,dengan hanya mungkin kerisauan anda tinggal 10% sahaja,selebihnya serahkan pada Allah SWT kerana kita sudah berusaha sebaik mungkin untuk anak-anak kita.insyaAllah ..
Ganti Buaian lama anda dengan buaian MODEN
nak share cara kegunaannya
ada yang masih tidak tahu cara menggunakannya? tak mengapa, sy dulu pun masa mula-mula memangtak tahu nak gunakannya :)
===========
LOKASI COD
===========
✔ WEEKDAYS ➛ PUTRAJAYA , TM BANGSAR & SERI KEMBANGAN
✔ WEEKEND ➛ CHERAS
DISKAUN Lagi Untuk Anda..
*******************************
BABY ROCKER MAGIC
*******************************
✔ Mudah diurus , Boleh DILIPAT dan DIBAWA KEMANA2
✔ Boleh juga dibuat KERUSI ketika mahu menyuap makanan baby..
✔ Mampu menampung baby Dari NEWBORN sehingga baby 18kg
✔ Mempunyai fungsi AUTO VIBRATE supaya baby lebih SELESA apabila tidur..
✔ Cover boleh DIBASUH.
Anda mesti mahukan yang TERBAIK dan SELESA untuk bayi anda kan?? Ayuh Order cepat STOK dah tak banyak ni.. Jangan nanti bila STOK HABIS
whatsaap/lines/we chat 018 955 2269

insta : fishahbaby_boo
pages fb : Fishah Baby Boo
14 Dis 2014
Mee Goreng Mamak
MEE GORENG MAMAK
by: Chef Hanieliza
1 bungkus mi kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 peket kek ikan - hiris nipis
1 peket bebola okan - hiris nipis
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar - boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar - cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau - hiris nipis
1 kiub ikan bilis - ayu tambah
2 sudu besar udang kering -ayu tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap dan mi. Kacau rata.
Ketepikan mi dan pecahkan telur ditengah2 kuali. biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan mi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.
credit untuk kak azlita manis punya blog yang sering menjadi bahan rujukan ayu jugak :D
Video & Gambar : Pesawat Air Asia Patah Balik,Pasangan MENGAMUK
Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.
Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.
Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.
Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.
Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.
Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.
Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo -Siakapkeli.com.my
Sumber : bangkokpost.com
9 Dis 2014
BR1M 4.0 2015
Assalammualaikum entri kali ini mungkin agak menarik kepada yang masih tidak tahu dekat mana nak update rekod/maklumat anda.Contoh nya tahun lepas anda kena ambil sendiri di tempat yang telah ditetapkan.Tetapi tahun ini anda terasa malas nak keluar rumah,anda mahu duit BR1M terus masuk dalam akaun anda.Jadi anda perlu update.Untuk permohonan baru bagi saya lah amat saya sarankan anda isi manual.Online isi juga,tetapi nanti anda perlu juga sertakan sekali pelbagai dokumen yang telah difotokopi contohnya surat beranak anak anda.
Saya kongsikan disini serba sedikit maklumat mengenai BR1M,
Saya kongsikan disini serba sedikit maklumat mengenai BR1M,
Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
- Ansuran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
- Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
- Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
- Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
- Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Untuk kemas kini maklumat anda klik sini Kemas Kini Permohonan
Untuk permohonan baru klik sini Permohonan Baru
BR1M, Mohon BR1M 2014
Untuk permohonan baru klik sini Permohonan Baru
BR1M, Mohon BR1M 2014
Dato Fuad Hassan Meninggal Dunia
Fuad Hassan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarham Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).
Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.
Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal Pada pilihanraya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B Mohamed Azmin Ali.
Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Kini beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan. Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan yang 'besar' dan 'berat' ini dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sekarang.
2 Dis 2014
BERSALAHKAH AKU?!
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Harus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Membaca status seseorang tentang kesayangannya sakit atau pun tidak sihat dan hampir lumpuh.Aku menaip dengan air mata.Aku tahu semua itu terjadi kerana sudah tertulis.Tapi hati ini masih rasa bersalah.Maafkan ku.
Kerana suatu hari dahulu,aku pernah mendoakan agar mereka mendapat balasan kerana menghina aku.Budak yang tiada pelajaran.Tidak setaraf denganmu.Punya pelajaran tinggi.Aku hanya budak flat.Sumpah,aku tidak menipu.Ini lah apa yang mereka pernah katakan padaku.Dan menyalahkan ku atas perbuatanmu yang separuh gila menyayangiku.Allah aku tidak pernah minta agar kau jadi begitu atau buatkan kau jadi begitu.
Aku ingat lagi dia pernah mengatakan biar terputus hubungan mu dengan dia,jika kau pilih aku.Akhirnya aku mengundur diri dengan cara paling kejam mungkin.
Ketika itu aku sedang muda.Aku pinta agar suatu hari nanti agar mereka mendapat balasan diatas apa yang telah dihinakan keatasku.Dan aku telah mengatakan walaupun kau sudah kahwin nanti,mereka akan terima balasan jua.Kerana fitnahkan ku.
Namun sekarang setelah membaca status updatemu,membuatkan ku terfikir..bukankah ada baiknya aku mendoakan agar mereka baik-baik sahaja dan cepat sembuh.Aku tahu semua orang tidak lepas dari melakukan kesilapan..
Moga kita semua dalam kebaikanNya dan dirahmatiNya..moga bahagia milikmu.
dan inilah coretan terakhirku, tentang kamu dan mereka,dan moga kamu juga maafkan aku diatas segala kesilapan ku dahulu.dan terima kasih diatas segala kebaikkanmu.
Langgan:
Catatan (Atom)