Nampak gambar memang langsung tak nampak menyelerakan pun hehhe..tapi rasanya insyaAllah memuaskan hati.maklumlah saya manalah ada kamera mahal-mahal nak snap pic lelawa..hehe
jom layan apakah bahan-bahannya..
p/s : saya tak letak daun sup hehe..
Selain kesukaan saya memasak makanan dari resepi baba dan nyonya ini,saya juga tak pernah lupa rendang daging yang dah sinonim dengan orang Melayu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/2 kiub pati ayam (optional)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 - 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
- Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
- Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: