Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Harus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Membaca status seseorang tentang kesayangannya sakit atau pun tidak sihat dan hampir lumpuh.Aku menaip dengan air mata.Aku tahu semua itu terjadi kerana sudah tertulis.Tapi hati ini masih rasa bersalah.Maafkan ku.
Kerana suatu hari dahulu,aku pernah mendoakan agar mereka mendapat balasan kerana menghina aku.Budak yang tiada pelajaran.Tidak setaraf denganmu.Punya pelajaran tinggi.Aku hanya budak flat.Sumpah,aku tidak menipu.Ini lah apa yang mereka pernah katakan padaku.Dan menyalahkan ku atas perbuatanmu yang separuh gila menyayangiku.Allah aku tidak pernah minta agar kau jadi begitu atau buatkan kau jadi begitu.
Aku ingat lagi dia pernah mengatakan biar terputus hubungan mu dengan dia,jika kau pilih aku.Akhirnya aku mengundur diri dengan cara paling kejam mungkin.
Ketika itu aku sedang muda.Aku pinta agar suatu hari nanti agar mereka mendapat balasan diatas apa yang telah dihinakan keatasku.Dan aku telah mengatakan walaupun kau sudah kahwin nanti,mereka akan terima balasan jua.Kerana fitnahkan ku.
Namun sekarang setelah membaca status updatemu,membuatkan ku terfikir..bukankah ada baiknya aku mendoakan agar mereka baik-baik sahaja dan cepat sembuh.Aku tahu semua orang tidak lepas dari melakukan kesilapan..
Moga kita semua dalam kebaikanNya dan dirahmatiNya..moga bahagia milikmu.
dan inilah coretan terakhirku, tentang kamu dan mereka,dan moga kamu juga maafkan aku diatas segala kesilapan ku dahulu.dan terima kasih diatas segala kebaikkanmu.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: