25 Dis 2014

Sekitar Banjir di Kuala Kangsar

Sekitar banjir 24 dec sehingga saat saat menulis entry ini di Kuala Kangsar,disebabkan saudara mara ramai di sana,jadi untuk dapat info cepat dan tepat ,insyaAllah agak mudah..

Esok 25 dec 2014,mereka jangkakan air akan naik lagi sekitar 3 kaki lagi.Memandangkan kampung saya di area Sayong,Menora.Atau senang cerita kampung Bendang Kering dan Rambai 7.Jadi gambar banyak area Sayong.


Moga keadaan akan pulih seperti sediakala dijauhkan dari segala musibah yang berat.Mmm..ameen.

Tidak lupa juga saudara kita di pantai Timur,dan negeri lain yang terlibat.Kami disini hanya mampu mendoakan agar keadaan menjadi pulih sediakala secepat mungkin.Kita sebagai umat Islam,doa adalah senjata paling ampuh.

Jom lihat sekitar banjir di Kuala Kangsar













Dan ini pula di Menora, Kg.Rambai 7


Dengar-dengar rumah ini sudah pun ditenggelami air,moga tiada perkara yang tidak diingini berlaku..ameen..


Ini kalau tidak silap titi pertama masuk ke rambai 7,saya tak ingat sangat tentang titi ni.


Kelihatan orang kampung sedang melihat keadaan,ketika ini sedang kita nyenyak tidur,mereka yang terlibat sudah pasti tidak dapat melelapkan mata.

Saya tidak habis fikir,bagaimana yang punyai anak kecil.Allah.. selamatkanlah kami semua.Ampunilah dosa-dosa kami.Tunjukkanlah kami jalan yang benar,pimpinlah kami semua.Hanya dengan RahmatMu dapat menyelamatkan kami dari segala musibah dan perkara yang tidak diingini.ameen ya Rabbal A'lamin.


Saya upload 1 video : - Keadaan banjir di kg sadang tengah layang-layang kiri menghala ke tg belanja





Kawasan pentadbiran Perak Tengah





Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com