21 Dis 2014

Sotong Goreng Kunyit


Hari ini malam barulah bergegas untuk masak,itu pun hanya lah 1 menu sahaja.Petang pun tiada kudap-kudap seperti sebelum ini adalah juga buat kuih Badak Berendam (bluehyppo) , tapi hari ini hanyalah satu dah macam lagu Nora lah pulak.

Punca tak masak tengahari dan petang hari ini,kami dah kenyang lagi terbongkang lepas makan kenduri kawin di dua tempat.Jawabnya malas sepanjang hari.

Bila dah malam terasa lapar,cek peti beku adalah ayam dan sotong.Untuk tunggu ayam lembut mahu makan masa 2 jam.Jadi saya pilih sotong sebagai pilihan hati.Fikir punya fikir,terfikirlah untuk masak sotong goreng kunyit ni.

sangat mudah ok!

1st tentulah kena ada sotong,cuci bersih,potong ikut suka,lumurkan dengan kunyit dan garam+ sikit lada sulah,biarkan terperap dalam bekas dia selama setengah jam.

Ambil,

sebiji bawang besar ,hiris dan leraikan
bawang putih 3 biji hiris nipis
cili merah anak dara dan hijau sebiji setiap nya hiriskan

hiasan nanti leh tabur daun sup dan bawang goreng pun sedap

cara-cara

panaskan minyak
tumis bawang putih dulu,dah nampak keemasan
masukkan bawang besar,dan cili

bawang nampak layu,masukkan sotong ..
*tips sebelum masukkan sotong lumurkan sotong dengan sedikit tepung jagung,untuk kurang letupan huhu ..

perasakan dengan serbuh perasa..

SIAP!! makan dengan nasi panas-panas

saya makan dengan kicap manis pedas + sambal belacan

pergh memang sodap


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com