16 Okt 2010

Ayah dan cik Bie

mmm cik Bie adalah kucing kedua yang kami bela..atas sebab-sebab orang dan jiran2 sering memukulnya (sedangkan ramai lagi yang bela kucing) kami terpaksa melepaskannya ke suatu tempat.Cik Bie baik sangat ngan ayah.selalu ayah balik dari kerja,Cik Bie mesti menyambut ayah dengan girangnya.Terbayang di ruang mata Cik Bie melompat2 mintak ayah mendukung nya.Kami bela Cik Bie sejak kecik lagi.Itu pun adikku amira jumpa dia kat tangga umah dalam kesejukan.Mula2 mak memang xnak bela,sebab saya dan adik yg no3 iaitu Tamar menghidap asma.Akhirnya mak akur untuk membela cik Bie,kerana kami telah berjanji akan menjaga cik Bie dan akan menjaga kesihatan kami juga.

Setelah 7 bulan berlalu,ayah terjumpa Cik Bie ditempat yang kami tinggalkannya.Ayah waktu tu baru pulang dari kerja.Semasa lalu dengan menunggang motosikal,ayah ternampak Cik Bie.Ayah menitiskan airmata.Ayah memanggil namanya,ternyata dia sudah tidak mengerti bahawa itu namanya.Tetapi ayah terus turun dari motosikal mendapatkan cik Bie,Cik bie memandang ayah dengan penuh kesayuan,dengan linangan air mata,ayah meraba kocek seluar lalu mengeluarkan wallet,dan mendapat wang kertas RM10.Ayah menghulurkan kepada cik Bie.Ayah mengucap panjang,ayah hampir terlupa bahawa cik Bie adalah haiwan yang pernah dibelanya.Ayah terus mendapatkan motor lalu menuju ke syarikat Mariam iaitu kedai runcit.ayah membeli whiskas.ternyata cik bie masih disitu.ayah terus memberi cik Bie makan.Ternyata dia begitu lapar.

Ayah teringin sangat mengambilnya semula namun apabila terkenang kejadian kemaluan cik Bie dipotong hampir putus ayah mematikan niatnya.Kami membelanya sangat baik,namun kami terpaksa membebaskannya.Yang kami pelik cik Bie hanya sekali sekala kami lepas kan diluar rumah.Tetapi kenapa manusia begitu kejam?Yang seagama dan sebangsa dgn kami??Semoga Tuhan saja yang membalasnya.Semoga cik Bie yg sekarang hampir 8 tahun umurnya masih sihat dan hidup lagi ketika ini..Ya Allah selamatkanlah cik Bie.Dan moga segala haiwan yang kami bela baik2 saja.Hanya Kau yang Mengetahui.

Cerita tentang ayah dan cik Bie,adalah apa yang disampaikan oleh ayah sebaik beliau sampai dirumah.Kami satu rumah menangis mengenang apa yang ayah ceritakan kepada kami....:(


14 Okt 2010

Tanda-tanda sebelum kematian

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah


11 Okt 2010

Pesanan Buat KEKASIH

• PESAN SEORANG AKHI
(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhawat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.



Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur

Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,

Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas

Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,

Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.


Animation 2D..aduyai

huhu...lect suh cari history ttg animation ni..dri awal smpailah avatar nya cite...aduyai..selasa lak tu nak tgk hohoho..ada masa ke aku nak wat ni?dh r asyik xsihat je..letih r..mmm sejak akhir2 ni rs mcm mls nak update blog..update ttg diri sdiri jelah..sesape leh tlg ke carikan history animation ni??



4 Okt 2010

Luahan hati dan Perasaan

tekanan betullah dengan keadaan yang makin kucar kacir ni..ngn masalah kolej lagi..aargh..peribadi lgi..ditambah pulak dengan yg xfaham2 bhs..org ckp xnak,xnak lah nape nak paksa2..org perempuan yg mcm tu mmg cm ni ke?eeee xtaulah nak ckp pe lgi..akhirnya amik wudhuk wat solat 2 rakaat bagi sikit tenang dihati...

Ya Allah cerahkan lah jalanku.tunjukkan lah jalan yg lurus lagi benar untukku supaya tidak aku hanyut dihunus nafsu..




30 Sep 2010

Penutup Tin Aluminium Rm800++ sekilo???

"sekilo rm800,aku ada 2 kilo..biar betul ?"
"betullah abg akk jual kat org tu,1000++ gak dia dpt.."
inilah statement yang kawan sy bgtau kt saya.. tapi aritu baru je tanya lagi mungkin xde rezeki kot dia kata org yg amik pnutup tin tu dh xde kat tmpat biasa... mmm

......................................................................................................

kaya...kaya..kaya...ha..jgn pandai senteng kat org2 yg geledah cari tin tu k..ntah2 dorg tgh duk goyang kaki dh skunk...kalau lah tau dri kecik dulu kan bagus..huhu

maybe penutup tin ni pure aluminium kot yg body die xsgt kot hehehe




huhu nmpak x ape yg saya nmpak DUIT2$$..hikhik

tapikan ada tak sesiapa tahu nak jual kat mana? kalau ada berkongsilah disini ya



28 Sep 2010

Allah sakitnya..




pelik aku pengsan pas aku habis mandi n waktu tu hujan selebat2nya,sedar2 je dh ats katil kat bilik aku..akhirnya bila dah xboleh buat apa..aku buat keputusan utk ke hospital..angah,faiz,mira,kwn baikku reen turut serta menghantar aku ke hospital dgn mendukungku..huhu..smpai hospital dh ada ats kusi roda...haish..sedihnya lah

semalaman duk kat hosspital..gara2 pengsan kaki terus xboleh gerak.dahlh xmkn
satu hari..akhirnya kna amik darah n masuk air..sakit sgt waktu kena
cucuk kai jarum tu.:(.dhlh waktu tu
langsung xde kudrat..n pernafasan pun xstabil.walaupun aircond dipasang dengan suhu yg agk tinggi sejuknya..tapi aku berpeluh macam dah kena hujan coz tahan sakit lagi kat kaki,dengan tusukan jarumnya lagi...akhirnya hampir 5 jam aku mampu bernafas spt biasa,alhamdulillah.doctor ckp high pressure.Ya Allah terima kasih diats kesempatan yg utk kesekian kalinya ini dan aku msh mampu melihat dunia.Semalam hanya satu yg ada dalam kepala ku..apakah aku bisa melihat dunia ini lagi?...sebab memg aku betul2 xboleh bernafas dengan baik...dan doc siap letak paper bag kat mulut aku supaya dpt nafas dengan tenang..nak masuk gas xboleh,coz perut aku kosong,kalau amik jugak dorang cakap boleh mengakibatkan maut...hanya padaNya aku berserah..namun jika aku pergi jua waktu tu,satu je yg aku pikirkan ...keluargaku..sahabat baikku dan semua insan yg menyayangiku...apakah mereka akan baik2 saja?sekali lg alhamdulillah kerana hingga kini aku masih disini..mengupdate blog usang ku ini...



22 Sep 2010

Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha


Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  •  Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

 
  • AKAN TETAPI, 
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].


terima kasih untuk maklumat ini...saya ambil dari

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/


21 Sep 2010

Rahsia 13




Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


11 Sep 2010

Hati ini menangis lagi

Dugaan apakah ini,hari ini lepas Isyak But2 pulak meninggalkan aku selamanya...ya Allah tabahkan lah hatiku..wat ms tdekat ni aku xnak bela lagi haiwan peliharaan yg baru...Hancur hati melihat But2 dh keras dlm kediamannya..:(


semoga But2 bahagia disana bersama Mia


10 Sep 2010

Hati Sedih dan Pilu di pagi Hari Raya Aidilfitri



malam tadi lepas Isyak,Mia tinggalkan aku selamanya...pagi raya ni bila pandang bekas dia,hati rasa sedih sgt.Yang tinggal hanya But2 je.kesian dia sorang2...Malam tadi juga aku dh tanam Mia,Xjauh dri rumah...Ya Allah aku berharap agar hati sedih ini akan terubat jua..Moga But2 xde pe2..dia pun asyik termenung dari malam tadi..


9 Sep 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Assalammualaikum semua...saya di sini ingin mengambil kesempatan,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin kepada semua umat Islam dan istimewa kepada semua pembaca2 blog saya...



walaupun saya dah besar panjang,namun ayah tetap belikan baju raya untuk saya..hehe..tahun ni ada 3 color baju raya,salah satunya yang nilah..:)...ayah memanh suka color2 tanah ni.



Inilah keluarga ku tercinta.Terdiri dari 7 orang semuanya...:)...Semoga dihari raya ini kami sekeluarga akan lebih erat lagi .. Dan semoga ayah,mak dan adik2 selamat pergi dan pulang dari kampung..


8 Sep 2010

Jom Raya : Semprit dan Chocolate Rice

Assalammualaikum semua..hye..heheh..malam tadi saya dengan rajinnya buat biskut raya untuk rumah sendiri.Dan yang paling best mak cakap sedap...Nak tengok tak hasilnya?

Selain buat kuih untuk hari raya , bila tiba musim raya cina pun saya jugak sibuk sekali,bukan sibuk apa,sibuk duk buat Ngaku Chip







ha ni proses pengadunan heheh...putarkan bagi adunan tu kembang dan nampak cantik
ha dah siap satu biskut raya..namanya semprit..tggal untuk dibakar je..









yang ni pulak adunan kedua dah pun siap dimasukkan ke dalam acuannya..nama biskut ni..coklat rice.
heheh..comel x?


yang bestnya saya bakar atas dapur guna api..pergh bukan main lama lagi tggunya..




ha bila dah siap dibakar mcm ni lah jadinya..coklat tu..saya letak coklat masak atasnya bersama coklat rice..






heheh...penat sungguh malam tadi..tapi hasilnya..MEMUASKAN!!

Sebelum ni saya dah pun buat Raya sebelum tibanya


nak resepinya?hehe..saya boleh kongsikan..ni bahan2 untuk wat biskut semprit..

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula dikisar halus
  • 1 kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate chips untuk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Di dalam satu mangkuk, pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung (gandum dan kastad) sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunkan dengan tangan sehingga menjadi doh lembut.
  4. Tekan dengan acuan kuih samprit dan hiaskan dengan chocolate chips. Bakar selama lebih kurang 20 minit. 


yang ni pulak untuk chocolate rice

Bahan

250 gm butter
150 gm gula halus
1 biji kuning telur
50 gm tepung jagung
230 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko

bahan hiasan
paper cup
coklat rice
badam cincang

Cara
1. Pukul buter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko.
4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata,
5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern.
6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang.
7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit.
8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.











2 Sep 2010

My Pebret Song




Ne Me Quitta Pas / Jangan Tinggalkan Daku

for u my lovely Shahrul Najmi


30 Ogo 2010

Untukmu Wanita



Untuk mu Wanita....

Sesungguhnya kejadimu terlalu unik , tercipta d...ari tulang rusuk Adam yang bengkok

menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah

Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....

umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun.....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada .......

sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu , yang penting engkau mempunyai azam, usaha & istiqomah.........

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.... seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu....

Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu

" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita "

berpandukan lah pada Al-Quran & Sunnah untuk setiap langkah & tindakanmu

jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yang bisa mengongcangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu....


diambil untuk dikongsi dari FB

Qudhamah Jannah's




29 Ogo 2010

Dinner

malam tadi pas terawih ada dinner kat subang..kat kg melayu..huhu..makanan dia not bad lah..sedap gak..lebih2 lg ayam sambal dia..asyik teringat je..


ha botol hijau tu air buah..HALAL punya :)

dorang sambut birthday gak .. ni lah kek yg dimakan malam tadi yg di taja khas oleh SECRET RECIPE..


boleh lah tahan rasanya..penuh ngan coklat...tapi saya kalau kat SECRET RECIPE lebih suka CHOC MUD die sedap sgt hingga menjilat jari..:P

penat jugak malam tadi coz dari ampang nak ke subang makan masa 1 jam lebih2 g kami semua sesat..lalala.
huhu pic kami2 xboleh diupload disini kerana sebab2 tertentu...jadi hanya pic food shj yg boleh diupload kat dicni..oklah xtau nak bebel pe lg pepagi buta ni...


27 Ogo 2010

TOPIK (HAIWAN PELIHARAAN)

Guinea Pig


ha...ni lah salah satu pasangan yg sy ada bela di rumah.lebih dikenali guinea pig.ok,jom berkenalan..yg 3 color tu,nama dia But2 jantina jantan,manakala yg putih tu nama dia Mia n pastinya betina :).

mulut dorg agk bising..twit...twittt..je.pantang lapar ckit,atau mknn or minuman dah habis dorg mesti bising.hehhee.sy letakkn dorg ni dlm akuarium ikan yg sederhana besar.

untuk mjaga kesihatan dorg sy kongsikan pd anda semua.mn tahu kalau2 ada yg teringin nak jg guinea pig ni selain dr hamster tu.

SYAMPOO MANDIAN


hhehee sy hanya gunakan syampoo yg biasa digunakan oleh bayi...


VITAMIN


ok..yg ni pulak vitamin utk dorg..yg ni mudah je..campurkan dengan 4 penutup cecair ni dicampurkan dgn 30ml air..


SNACKS


ha..yg ni namanya snacks utk dorg nya gigi n kesihatan gak...bagus benda ni..dia bersifat chewing...:)..n lmbat habis,jdi sgt jimat.


hehehee ok cukup untuk kali ni..banyak lagi ingin sy kongsikan.contohnya pewangi dia,tempat tidur dia.dan kita boleh latih dia mendengar kata yg mudah :) dan sy akn kongsikan juga apa yg anda perlukan sebelum membelanya...jumpa lagi nnti...











Ingin Jadi Nasrullah



Ingin jadi Nasrullah
(FAISAL TEHRANI)

Bukan puisi perang
bukan juga puisi keamanan atau
segala yang seerti dengan perdamaian
biar kita bicara dengan kejujuran
tanpa retorik atau kidung syahdu
bertangisan
sekali ini biar kita jadi penyair
dengan bom peledak, roket atau senapang
kita anggaplah dunia
tak akan kembali lagi
menjadi syurga buat merpati,
kita tulis puisi
tentang kemanusiaan yang sudah mati
tak ada harapan bangun lagi.

Jadi puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrullah?
Apa yang kau pupuk
pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing daripada selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?

Sungguh darah al-hussein
mengalir merah
setiap harimu 'Asyura
setiap inci tanah buatmu Karbala
tidak ada ibu selain Fatimah
tidak ada Amir selain Ali
setiap tanah adalah Fadak
wajib kita tebus kembali.

Labaikka Ya Nasrallah,
Komander Imam Mahdi,
izinkan aku bersama tenteramu
andai kau ragu aku dengan peluru
mengibar bendera memadai buatku,
menuju ke Khaibar dengan teriak selawat,
doa Ahlul Bait yang menyengat
nanti kalau ditakdirkan aku mati
di medan itu,
orang akan tahu
bahawa aku bukan penyair Saqifah
aku juga tak malu menjadi Rafidhah
kita semua bangga, malah ingin turut serta
ingin jadi Nasrullah
jadi anggota parti Allah.



Nuzul Al Quran

 

 SELAMAT MENYAMBUT NUZUL ALQURAN..

 

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

terima kasih untuk JAKIM diatas penerangan ini.






18 Ogo 2010

Solat Sunat Tarawih


Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).
Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.

HlKMAH

Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.
Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)
Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.

CARA

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat.(4) Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).(5)
Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.(6) Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,(7) sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.(8)
Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan (9), keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.
Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)(10).
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.
Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Nota:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)(11)

Lafaz niat:


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)(12)

Nota

(1) Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
(2) Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat NailulAutar, Juz 3, hlm 50.
(3) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 251; al-Jami’ al-Sahih, Juz 2, hlm 176; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
(4) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
(5) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(6) Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
(7) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(8) al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
(9) Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
(10) Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
(11) Quran, surah al-Ma’un (107), ayat 6.
(12) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.

Rujukan:

1. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd. m.s 37-41
2. Ad-Diyari.com


13 Ogo 2010

Ada sungai di dalam laut?



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” ( Al Furqan:53 )

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Captain Jacques Yves Costeau, saat menemukan patung-patung peninggalan kapal romawi kuno yang karam.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Captain Jacques Yves Costeau, saat melakukan pendakian di Gunung Alpine. Saat itu terjadi kecelakaan fatal yang menyebabkan dirinya hampir mati.

Fenomena ganjil itu membuat bingung Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering di identitikan dengan Terusan Suez.

Ayat itu berbunyi “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi,
“Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

PERKONGSIAN

catatan dari penulis:

Maksud Surah Ar-Rahmaan:22 "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan" dan Surah Ar-Rahmaan:58 "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan"

Apakah makna marjan?


Jwb:
Ia sejenis coral atau karang laut yg berwarna kemerah-merahan yg dijadikan barang hiasan perempuan. (Tafsir Ma'ani, Dr alHilali dan Dr Muhsin Khan, Darussalam Riyadh)

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad SAW yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.Mr. Costeau pun berkata bahwa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Subhanallah… Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.
Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w.
bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Waullahu a’lamu mishawab…

ini pula video dua air bertemu tapi langsung tidak bercampur antara satu sama lain..

sila lihat link ini  Did Jaques Cousteau convert to Islam? 

atau pun telah saya melayukannya disini..

KAPTEN (Jacques) Cousteau
(Perancis)
[Di Perancis Islam telah tersebar dengan kelajuan tinggi di antara orang-orang yang telah terkenal di pelbagai daerah. Jumlah orang yang telah meninggalkan Kristian dan memilih Islam telah mencapai seratus ribu sudah. Skor ini telah disahkan oleh Uskup Agung Paris, kedudukan tertinggi Katolik di Perancis.
Perlu dicatat bahwa orang yang lebih suka Islam tidak hanya dari antara pekerja dan pegawai negeri tetapi juga dari antara orang-orang terkenal dalam segala hal.
Di antara orang-orang yang telah memilih Islam adalah Kapten Cousteau, siapa seluruh dunia untuk eksplorasi erat tahu tentang kehidupan di bawah air.
Sebagai gelombang merangkul Islam menyebar di kalangan Perancis universal selebriti, Kapten Cousteau, paling terkemuka di dunia bawah explorer, mengumumkan bahawa dengan menerima Islam dia telah membuat keputusan paling tepat dalam hidupnya.
Kapten Cousteau, yang telah mendedahkan rahsia lautan satu per pertama dengan filem-filem yang dia buat dan yang sedang televisyen dunia di dalam program sub-menuju The Living Sea, mengatakan bahawa apa yang sebenarnya menolaknya untuk memilih agama Islam, selepas mengamati bahawa air dari Lautan Atlantik dan Mediterranean tidak campuran dengan satu sama lain, dia melihat bahawa fenomena yang sama ditulis dalam karim al-Quran yang telah diwahyukan seribu empat ratus tahun dahulu.]
Kapten Cousteau menceritakan peristiwa yang membuatnya menjadi Muslim, sebagai berikut:
"Pada tahun 1962 saintis Jerman mengatakan bahawa air Laut Merah dan Lautan Hindi tidak bercampur antara satu sama lain di Selat dari Bab-ul-Mandab mana Teluk Aden dan Laut Merah menyertai. Jadi kita mulai untuk memeriksa sama ada air dari Lautan Atlantik dan Mediterranean bercampur antara satu sama lain. Pertama kita menganalisis air di Mediterranean untuk mengetahui salinitas alami dan kepadatan, dan kehidupan di dalamnya. Kami mengulangi prosedur yang sama dalam Lautan Atlantik. Kedua massa air telah setiap pertemuan lain di Gibraltar selama ribuan tahun. Oleh kerana itu, dua massa air pasti sudah pencampuran antara satu sama lain dan mereka harus telah berkongsi identik, atau, sekurang-kurangnya, sama hotel di salinitas dan ketumpatan. Sebaliknya, bahkan pada tempat di mana dua laut yang paling dekat antara satu sama lain, setiap massa air diawetkan propertinya. Dengan kata lain, pada takat di mana dua laut bertemu, tirai air mengelakkan air milik dua laut dari pencampuran. Ketika saya berkata kepada Profesor Maurice Bucaille tentang fenomena ini, ia mengatakan bahawa tidak terkejut dan bahawa itu ditulis dengan jelas dalam Islam Kitab Suci, Qur'an al-karim. Memang, fakta ini ditakrifkan di dataran bahasa dalam Quran al-karim. Ketika saya tahu ini, saya percaya fakta bahawa Al-Quran al-karim adalah 'Firman Allah'. Saya memilih Islam, agama yang benar. Potensi yang melekat di rohani agama Islam memberi saya kekuatan untuk menahan rasa sakit aku telah menderita kerana kehilangan anak saya. "
 





Subhanallah.. Kagum kebesaran Allah.. Gerun rasa bila tengok.. Betul2 rasa kerdil..

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
-QS AR-RAHMAN 19-21-

Maha Benar Allah atas segala firman-Nya.

Renung-renungkanlah.


semoga ianya memberi kesedaran kepada kita semua.InsyaAllah..amin ya RABB..


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com