9 Dis 2018

Buat DUIT dari RUMAH

okay arini saje ayu nak share, untuk sesiapa yang pernah nak cuba nak tanya tapi segan silu nak tanya pasal ni..

"BUAT DUIT DARI RUMAH"

Bagi yang suka sangat menulis, kaki sembang, suka baca komen kat KRT oOpss..dan paling penting ada internet.. dan topup tiap bulan, hidupkan internet semata nak buat kerja tak mendatangkan faedah.. baik kau bikin duit dari RUMAH bolehlah buat tambah-tambah apa yang ada.

Lagi pun dengan hidup yang semakin tinggi kos sara hidup, kita perlulah BIJAK mengambil dan mencipta peluang..kalau tidak dok ajelah di takuk lama.


Baiklah.. mesti boring dah kan.. mana entry TAJUK asal.. buat duit dari RUMAH ni.



Untuk anak orang kaya setakat RM98 , mungkin tak ada makna untuk korang.. tapi apa yang ayu nak padaorang yang betul-betul nak tahu dan RAJIN cari macam mana nak buat duit.. benda ni dari ringgit boleh jadi ratus ringgit, ribu ringgit.. dan ada yang dah berjaya jadikan satu kerjaya lagi.. jadi yang tak nak tahu sila klik butang pangkah.

Okay jom kita mula.. apa yang korang kena 1st kena ada adalah blog. Blog ni tempat korang luahkan perasaan.. share benda berguna kat orang.. nak share benda tak guna pun boleh.. tapi kalau kena banned jangan nak maki hamun lak kan.. kehkeh

blog, korang boleh buat dekat blogger.com 
Senang je nak buatnya , ikut je step by step..
Ha untuk pengetahuan korang, blog ayu dah pun berumur hampir 10 tahun.. applause sikit..hihi alhamdulillah..

So sekarang korang dah ada blog kan? 
Sekarang korang boleh register blog korang kat bakal majikan korang pulak..hahaha.. diaorang lah yang akan bayar korang nanti, bila blog korang dah buat duit.. 

klik sininuffnang.com.my


Klik dekat join NUFFNANG


Register aje ikut step by step..

Okay dah settle bab register, sign in.. lepas tu pergi ke manage blog.. okay ni bab paling PENTING.. dan tolong jangan skip..


Bila dah klik.. korang akan jumpa macam kat bawah ni.. dah jumpa? cun tekan kat ADD A BLOG..



korang FOLLOW je step.. URL korang tau kan nak amik kat mana.. blog yang korang dah create kat website blogger tadi.. contoh nama minahbagicake.blogspot.com korang copy je kat bahagian atas tu.. bahagian atas blog korang ya bukan blog ayu.. kang jenuh , sampai akhir zaman lak tak jumpa-jumpa jalan .. huhuhu

dah settle bab tadi, blog url pun dah letak, sekarang klik kat + ADD UNIT.. ayu tak buat pun +ADD MOBILE UNIT.. tak dan lagi.. mungkin settle jap lagi bebel kat sini.. ayu buat add mobile tu pulak.. kiranya orang tu bukak pakai phone blog korang, dia boleh nampak iklan tajaan di blog korang..


okay nampak tak bintik atau circle kat bawah gambar tu.. yang tu korang kena klik satu demi satu okay? untuk pilih dekat mana korang nak iklan tu berada. Di atas ke.. bawah ke ..tepi ke.. korang klik je.. dan tekan NEXT..


okay dah klik , atau dah pilihkan kat mana korang nak iklan berjalan kat blog korang.. okay copy PASTE je.. benda tu dan tekan perkataan NEXT kat bawah dia..ikut STEP by STEP jangan ada tertinggal. 

okay SETTLE.. macam mana korang nak dapat duit? dengan ada nya iklan tu dari klik dari iklan yang datangnya dari blog korang.. korang akan dibayar.. tapi jangan lak korang klik sendiri.. tak ada maknanya okay? sebab pihak nuffnang leh detect.. apa pun GOOD LUCK.. nanti ayu share lagi cara buat duit dari rumah jugak,tanpa keluarkan modal.. tapi MODAL topup tu, still kenalah kan.. takkan tu pun nak berkira ya tak? topup semata nak berwassap dengan aweks atau boyfriend boleh pulak.. dah alang-alang tu .. seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..eh terkeluar pulak peribahasa hehehe.. 

okay ada benda nak tanya? Tinggal je komen kat bawah.. seandainya ada cinta ayu jawab.. eh silap seandainya ayu tahu.. ayu tolong jawab.. kalau tidak ku hanya mampu tersenyum jelah.. hahahaha

okay rasa bermanfaat sila share.. dan tolong klik iklan yang korang nampak dia lalu kat blog ni ya... hari ni korang tolong klik iklan ayu.. esok lusa mana tahu iklan korang pulak ayu tolong klik ye tak? 😆





7 Mac 2018

Langkah PERTAMA untuk kulit muka breakout cara saya




Walaupun ini bukanlah percubaan pertama saya selesaikan masalah kulit wajah breakout, tapi akhirnya jumpa jugak penyelesaian. Dah macam-macam try, suami yang tengok si isteri ni dok membeli produk skincare dari pelbagai jenama hanya geleng kepala. huhu..

Sebelum ni saya pengguna produk skincare dari jenama tempatan.. T*T*. bila mana kecoh pasal produk tu beracun, saya berhenti serta merta. Sebab rata-rata beritahu, ibu breastfeed yang guna produk ni, boleh ganggu otak baby. Sudah.. malam tu jugak saya buang skincare tu. Ada set yang baru beli pun saya buang sekali..

Nak dipendekkan cerita, dia tak breakout dalam masa 2 atau 3 hari, cuma mula-mula dia muncul binyik kecil-kecil macam pasir bertaburan atas muka.. tapi selepas dua minggu, dia kaw-kaw naik. Sampaipak mentua pun tegur kenapa dengan muka. Serius dalam gambar ni lagi elok, berbanding selepas 2 minggu berhenti dari guna produk tu.

Gigih google produk dekat drugstore yang boleh dipakai dan sesuai. 1st sekali saya guna cosmoderm, sebamed, dan ada dua lgi produk, tapi tak ingat nama. Dan akhirnya, saya jumpa juga produk yang sesuai untuk kulit muka breakout macam saya.

Untuk cuci muka, saya guna Himalaya dua kali sehari.. bangun tidur sekali, sebelum tidur sekali.. Himalaya ni boleh beli kat watson atau mana-mana farmasi berdekatan anda, insyaAllah ada.




Lepas cuci muka dengan pencuci muka himalaya, saya sapu face cream dari Linola.. yang ni boleh beli di Caring Pharmacy.. dengan harga RM69


Seminggu dua kali saya akan scrub muka dengan green tea scrub dari st ives ni.. memang segar je muka lepa scrub. Scrub ni saya beli dekat watson. Harga tak ingat. huhu.. tapi tak sampai RM30 pun. 


Akhir sekali untuk produk makan saya ambil vitamin C dan E dari brand kordel. Dua suppliment ni saya beli di Caring Pharmacy. Vit E dah habis, lupa snap pic. Tapi memang dari brand yang sama. harga vitamin C, saya beli dalam kotak kembar, ada 4 botol.. RM39. 90,vit E tak sampai RM50



Dalam masa 6 bulan akhirnya, hanya tinggal sikit je lagi parut jerawat kat pipi. Apa pun nak cakap cream face linola tu memang terbaik. Saya bercakap tak ada dapat bayaran apa-apa tau.. cuma rasa nak share tu meluap-luap lepas terbaca ramai yg wajah diaorang breakout lepas guna produk sama macam sy guna sebelum ni.

Barulah semangat sikit nak selfie.. boh bedak sikit kat muka.. klu tak sebelum ni.. boh bedak sikit tau pun foundation, dia jadi merekah, kering.. bedak ngan foundation melekt kat jerawat tu huaaaaa... 😭 nanti saya share cara nak hilangkan bintik hitam atau pun whitehead yang selalu ada kat hidung, tengah angara kening dan jugak tulang pipi.


28 Ogo 2017

Hilangkan Jerawat Arghh

Serius aku tension tahap nak terjun lombong.. hampir 18 tahun memegang rekod muka tanpa jerawat. Setakat whitehead tu adalah..

Semua sebab kedegilan aku.. tengok testimoni orang pakai elok aje.. adik sendiri pun pakai.. muka merelip usah cakap.. glowing sokmo sampai la ni.. cuma sekarang nampak kulit dia dah kemerah-merahan.. tapi still nampak okey.

Tension bila tengok muka sendiri yang tak menjadi.. sebenarnya ada aje baca sana sini muka diaorang pun jadi teruk juga.. tapi dah DEGIL kan, tak boleh nak buat apa lah...

Aku tetap gak nak guna T*** tu.. bila kecoh pasal ada bahan yang boleh rosakkan badan, dan rosakkan otak anak yang menyusu badan, terus aku berhenti. Tak pikir apa dah.. sejak tu, dia naik sikit-sikit.. dan sekarang..





Hamik kau... tu baru belah kanan, belah kiri, dahi tak mau nak tunjuk.. rasa nak menangis.. muka siap burn lagi.. dalam gambar tak jelas sangat.. kalau depan-depan, pak mentua yang tak berapa nak nampak tu pu , boleh tegur kenapa dengan muka aku... huhuhu..

Last sekali, aku gigihkan juga diri ni cari resepi yang boleh dibuat sendiri... bila dah kaji itu ini.. essential oil yang aku dapat percuma tu pu tak terusik sangat lagi, jadinya biarlah aku jadi testi yang pertama ke apa..

Mana aku dapat eo? alhamdulillah jugalah hasil dari buat ghostwritting, copywritting, dapat free je essential oil ni.. rezeki.. 


Berbekalkan semangat yang ada, maka terhasillah serum aku bikin sendiri..


'ACNE OVERNIGHT SERUM'

aku guna bahan utama dia grapeseed oil , beli di Aeon..tak igat pula berapa harga..

Dan bahan yang lainnya aku guna essential oil...



Acne overnight serum

Carrier oil (grape seed oil) 

4 drop frank
3 drop lavendar
2 drop tea tree
1 drop lemon

Guna 1 ke 2 drop setiap malam sebelum tidur 
Simpan tempat sejuk / elakkan dari terkena cahaya matahari dan simpan tempat gelap.
Cara buat :-
Aku letak segala EO tu dulu, baru tuang grapeseed oil.. botol dalam anggaran 10 ml.. 

Nanti ada feedback aku share, baik buruk aku share je nanti huhu..buat masa ni gatal-gatal kat muka waktu malam tak ada dah.. baru 2 hari guna serum ni.. hope leh licin seperti sediakala.. ameen..




27 Feb 2017

Novelis

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi.. sangat tak terjangka akhirnya cita-cita sejak zaman sekolah rendah menjadi kenyataan..

Sungguh kali pertama aku menghantar manuskrip Isteri aku nanny ke satu publisher, hati sangat berbunga ketika itu. Bagi aku waktu tu seakan mudah jalannya. Mendengar berita baik dari kawan-kawan, aku begitu yakin yang mss sulongku ini jua akan diterima.

Dan tibalah saat yang dinanti.. sangkaanku meleset sama sekali. Mss aku ditolak. Dua bulan penantian yang sangat terasa panjang, akhirnya mengguriskan hati dan perasaan.. sehingga aku menangis satu minggu mengenangkan nasib tak sudah-sudah hahahaha.. mujur ada kawan2 yang aku fikir mungkin dia orang pun sebenarnya gelakkan aku hehehe.. yalah sedangkan salah seorang dari kami entah berapa kali merasakan mss nya ditolak. Aku yang baru sekali ni dah terasa tak mahu menulis lagi kakakaka.. tragis betul.

Sehinggalah satu hari terbaca karangkraf cari manuskrip baru. Mula2 memang was2.. tapi aku tekad juga hantar setelah baiki sikit2 mss Isteri Aku Nanny tu. Aku hantar senyap2 aje tanpa diketahui sesiapa. Maklumlah malu punya pasal. Company besar tu huhu.. sedangkan yang sebelum ni pun tolak mss aku.. inikan pula yang besar..mau gelak dek orang zaman bzaman.

Hampir 3 bulan penantian.. aku terima email yang sangat memgejutkan. Alhamdulillah aku sujud syukur.. mss aku diterima. Dan saat itu bermacam yang aku lalui. Dari permulaan sehinggalah makan masa satu tahun.. kesabaran ini hadiah diakhirnya begitu besar..

InsyaAllah bulan Mac, bulan kelahiran aku.. tak tahulah sama ada sememangnya Alaf 21 pilih mac sebab sengaja tahu bulan kelahiran aku, atau sememangnya bulan 3 itu sudah sinonim dengan aku. Yalah saat aku terima email mengatakan mss aku diterima pun bulan mac juga.. mac 2016 hehe..

Dan sedikit masa sahaja lagi, insyaAllah dengan izinNya dapatlah aku peluk novel sulong aku dibawah penerbitan Alaf 21.. dengan tajuk yang dikekalkan #isterikunanny

Moga ianya menjadi mss sulong yang memberansangkan.. diulang cetak.. laku keras.. dan diterima oleh semua golongan pembaca.. ameen..



18 Mei 2016

Usah Lagi Seorang Diri

Tajuk : Usah Lagi Seorang Diri
Tema / Genre : Lif / Seram
Penulis : Ayubalqishah




BUNYI WhatsApp dari Honor 5x Dhia, telah memutuskan lamunannya sedari tadi yang masih berteleku di tikar sejadah. Siapa pula pagi-pagi buta ni, hantar WhatsApp. Dhia menggeretu di dalam hati. Lalu Dhia bangun dan terus mencapai telefon bimbitnya  yang berada di meja sisi katil. Dhia duduk di kepala katil, bantal tidur diletakkan di belakang tubuhnya, lalu bersandar santai. Telekung masih setia terbungkus ditubuhnya.
Kau jadi ke datang awal hari ni? - Nani
Mestilah jadi. Akukan memang hari-hari orang pertama yang akan terpacak depan 'office' selepas pak 'guard'. - Dhia
'Okay' cun! Aku tunggu sana. Jam 7 aku sampai. Kau jangan lupa, belikan aku nasi lemak Cik Timah tu. Lauk sambal sotong. - Nani
Insya ALLAH. - Dhia
Dhia Adriana, merupakan pekerja baru di Kemboja Holding sebagai Interior Designer. Dan dia juga merupakan pekerja paling awal sampai ke pejabat. Baginya, selepas solat subuhlah, rezeki mudah nak masuk. Itulah yang dia pegang sejak dari bangku sekolah lagi.
Dhia lihat jam bulat yang tergantung di dinding bilik, sebelah kanan. Baru pukul 6.15 pagi. Daripada rumah ke pejabat hanya makan masa 10 minit sahaja untuk sampai. Dhia baru perasan, dia masih lengkap bertelekung. Dhia buka telekung, lalu dililat kemas dan diletakkan di atas katil.
Dhia capai baju kerja yang sudah siap digosok malam tadi bersama tudung Adijuma pilihannya. Pantas Dhia bersiap-siap, wajah dioles dengan solekan tipis. Jam tangan Swatch dikenakan ke pergelangan tangan kanannya. Lalu Dhia mencapai kunci kereta Myvi yang sudah tiga tahun memberi khidmat padanya.

SELESAI urusan jual beli nasi lemak dan sedikit kuih, kereta Dhia terus meluncur laju membelah jalan. Tidak lama kemudian, Dhia sampai di depan pintu masuk utama pejabatnya yang terletak di tingkat bawah bangunan. Seperti kebiasaannya, kereta Dhia akan berada betul-betul di hadapan pintu pejabat. Dhia lihat-lihat keliling mencari Nani. Hisy! Nani ni... betul ke tidak dia ni. Janji nak sampai awal sama-sama. Dhia jeling jam di tangan, lagi 5 minit nak masuk jam 7.00 pagi.
"Kau... kalau dengar apa-apa dalam office ni, kau buat tak tahu aje, okay? " Pesanan dari Nani sebagai pekerja lama di Kemboja Holding dipegang kemas.
Bukannya Dhia tidak pernah diganggu, sudah banyak kali Dhia sering diusik oleh sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dari mana wujudnya. Namun bagi Dhia, selagi benda mengganggu itu tidak wujud di hadapan matanya sendiri, selagi itulah baginya perkara itu, tidak perlu diambil pusing. Buang masa!
Tok! Tok!
Cermin keretanya diketuk, tetapi tiada kelibat. Dhia buka pintu laju, siang-siang apa nak ditakutkan.
"Ba!" Nani sergah dari belakang.
"Opocot! Terkejutnyalah sangat..." Dhia jelir lidah pada Nani dan jongket kening sebelah. Sudah macam budak-budak lagaknya.
"Jomlah aku lapar ni," ujar Nani sambil mengosok-gosok perutnya yang ramping.
"Asal kau tak pakai tudung hari ni? Bukan ke hari Jumaat, kau selalu pakai instant shawl? " Dhia soal Nani sambil anak matanya pandang Nani atas bawah.
"Parah kau ni, hari pun dah tak ingat. Hari nikan hari Sabtu. Hari Sabtu, mana ada aku pakai tudung," Nani senyum senget pada Dhia.
"La... ya ke?" Dhia tepuk dahi. Baru tujuh bulan dia di situ, kalau setahun entah apa lagilah yang dia akan lupa.
"Emm... jomlah naik. Kita melahap dulu. Lepas tu, aku nak kena siapkan design bilik Datin Maznah tu. Dahlah kena submit hari ni," Dhia tarik lengan Nani menuju ke pintu utama. Dhia  berikan senyuman manis pada Encik Kamal, pengawal keselamatan Kemboja Holding.
"Terima kasih uncle, sebab jagakan office kami dari hantu," sempat Nani bergurau sebelum ikut masuk sama dengan Dhia. Butang lif ditekan.
"Cepatlah! Kata lapar tadi," Dhia terjerit sedikit memanggil Nani yang terkial-kial berjalan dengan kasut tumit tinggi tiga incinya itu.
"Ya... ya. Sabarlah. Kaki aku ni tiba-tiba pula sakit," jawab Nani lantas cuba berjalan pantas ke lif.
Memandangkan pejabat kreatif, berada di tingkat lapan, Dhia dan Nani terpaksa menggunakan lif untuk sampai ke pejabat mereka. Kalau guna tangga, boleh 'tumpo' kata orang Perak.

"KAU confirm ke nak stay ni?" Soal Nani apabila Dhia menyampaikan hasratnya untuk kerja lebih masa sebentar tadi.
Dhia yang masih khusyuk mengadap laptop beserta kertas-kertas kerja berselerakan di mejanya, langsung tidak menjawab atau pun menoleh pada Nani yang sedang sibuk mengemas untuk pulang.
Nani pandang sekejap pada Dhia," aku balik dululah. Kau jangan lupa tutup semua lampu nanti. Jangan lupa kirim salam dekat hantu office ni tau."
Dhia berkalih pada Nani yang berdiri di hadapan meja. "Ucapan tak ada ke?" Soal Dhia dengan wajah serius.
"Dengan ucapan, tengah buat apa tu," tanpa tunggu balasan daripada Dhia, Nani tinggalkan Dhia di meja dengan lambaian selamat tinggal.
"Kurang asam kaukan. Dah cakap macam tu, boleh blah gitu aje," ujar Dhia. Matanya tak lepas pandang pada Nani sehinggalah sahabat baiknya itu lesap ditelan lif.
Tanpa memikirkan apa-apa, Dhia meneruskan pekerjaannya yang perlu dihabiskan hari ini juga. Dia perlu emailkan pada Ketua Bahagian Kreatif untuk dinilaikan. Setelah itu, ketuanya sendiri yang akan emailkan kepada Datin Maznah. Sekiranya Datin Maznah setuju dengan semua rekaan untuk setiap bilik tidur di rumahnya itu, barulah Dhia boleh tarik nafas lega. Dia perlu siapkan lima design untuk setiap empat bilik yang diminta. Masa pula hanya satu minggu yang diberi, dan hari ini hari terakhir. Dhia tiada pilihan selain daripada stayback.

DHIA ADRIANA terdengar bunyi orang menaip saat dia menekan tetikus. Klik! Klik! Dhia tekan lagi. Maklumlah guna photoshop ni, mana mungkin tak guna tetikus. Serentak dengan itu, Dhia dengar bunyi orang menaip. Sama banyak dengan jumlah kliknya pada tetikus. Dhia belum ada rasa takut lagi, sebab dia dah pun setkan mindanya dengan perkara positif. Mungkin ada lagi orang yang sedang kerja lebih masa seperti dia.
Tiba-tiba Dhia teringat yang dia perlu cek email, dan membalas email Encik Farhan yang bekerja dibahagian marketing. Saat inilah Dhia tidak tahu, ada sesuatu sedang cuba menguji tahap keberanian Dhia Adriana. Dari kejauhan 'sesuatu' itu sedang menyeringai tersenyum padanya.
Dhia buka email lalu menekan-nekan papan kekunci. Tap! Tap!
Dhia pandang belakang. Tak ada pula orang. Dari mana juga bunyinya ni. Takkan benda ni bunyi dua kali, kalau aku taip. Dhia renung pula kiri-kanan. Bulu tengkuknya meremang tiba-tiba. Dhia gosok batang tengkuk kuat-kuat sambil baca bismillah.
Tanpa fikir panjang, Dhia teruskan juga menaip. Tiba-tiba dia terdengar pula bunyi orang menaip sama seperti dia menaip, betul-betul sebelah dia. Iaitu tempat duduk Nani! Dhia pandang kanan.
"Nani... Kau jangan nak main-main, aku tak takutlah setakat tiru-tiru ni," ujar Dhia selamba. Lalu jari-jemarinya kembali ligat menaip. Dan serentak itu juga, terdengar taipan yang sama, dari arah yang sama juga! Dan macam copypaste.
Dhia taip selaju boleh, bunyi menaip dari jiran sebelah juga turut sama laju. Dhia geram. Pantas Dhia bangun dan pergi ke tempat Nani.
Sampai di meja Nani, apa pun tak ada. iMac Nani pun gelap. Sah dia kena main. "Tolonglah jangan ganggu aku... Aku ada benda penting nak siap ni. Tolong ya," rayu Dhia pada meja kosong. Macam bodoh pun ada.
Dhia duduk kembali ke kerusi. Lalu sambung menaip yang tidak habis tadi. Namun tidak sampai 5 minit dia memujuk agar tidak diganggu, akhirnya benda itu meniru gerak bunyi menaipnya kembali. Dhia geram. Panas hati. Semuanya menjadi satu.
Pam!
Dhia ketuk meja dengan kuat, tanpa segan silu Dhia bersuara lantang,"kau dah kenapa ha? Tak ada kerja erk? Kalau berani muncullah depan aku, aku bagi kau kerja."
Dhia seolah mencabar kredibiliti 'sesuatu' itu. Hampir setengah jam, Dhia damai dan tenang tanpa sebarang bunyi. Jam di dinding pejabat dikerlingnya. Hampir senja juga, baru nak siap kerja. Semua kau punya fasallah bunyi yang datang entah dari mana. Hatinya berbisik. Dhia tutup semua tenaga elektrik berdekatan meja. Saat dia mahu matikan suis pengecas telefon bimbitnya, tiba-tiba...
Pap!
Bunyi 'keyboard' jatuh ke lantai dengan kuat. Tubuh Dhia terasa sejuk beku. Menggigil tangan tatkala mencabut pencucuh 'charger' dari telefon bimbitnya. Pantas Dhia capai tas tangan Coach miliknya dan berjalan laju menuju ke pintu lif.
Dhia tekan banyak kali butang lif untuk turun ke bawah. Secara mendadak, bulu roma di tengkuk dan di tangan sudah  meremang. Jantung Dhia berdegup laju. Dhia menyapu-nyapu tangannya antara satu sama lain, bagi mengurangkan rasa takut yang sudah pun berjaya menguasainya.
 Menanti 5 minit  pintu lif untuk terbuka, terasa bagaikan berjam-jam lamanya.  Padahal setahu Dhia, mana ada orang lain lagi dah dekat tingkat atas, yang ada pengawal ajelah. Itupun di tingkat bawah.
Dhia tekan lagi sekali butang lif untuk turun.
Ting!
Akhirnya pintu lif terbuka luas. Dhia menghembus nafas lega. Saat sampai di tingkat tiga, tiba-tiba pintu lif terbuka sendiri. Suasana di tingkat tiga sememangnya sudah gelap-gelita dan sunyi. Lekas-lekas Dhia tekan butang tutup sambil baca bismillah.
Saat Dhia terbatuk, pandangan Dhia tertunduk sedikit dan mata pula terpejam beberapa saat.  Apabila Dhia membuka mata, dia terlihat dirinya sedang tersengih di dalam cermin, sedangkan dia tidak melakukan itu.
Dhia kaku. Keras. Tangan langsung tak boleh bergerak. Jantung seakan berhenti, peluh mula menitik walaupun keadaan sebenarnya adalah sejuk. Tiba-tiba dirinya yang kejung itu, di dalam cermin sedang gelak-gelak tanpa bunyi sambil menutup mulut menggunakan kedua-dua belah tangan.

HARI Isnin, kecoh mengenai Dhia yang ditemui pengsan oleh Encik Kamal. Hampir seminggu Dhia di masukkan ke hospital kerana demam panas. Nasib baiklah Dhia tidak meracau.
Sungguh besar impaknya di atas kejadian yang berlaku di dalam lif Kemboja Holding tersebut. Sejak dari hari itu, Dhia takut menaiki lif seorang diri. Melihat diri di cermin pun dia tak berani. Nani juga tidak lagi bergurau perkara yang bukan-bukan. Tiada siapa juga yang sanggup kerja lebih masa atau pun masuk ke dalam lif seorang diri, melainkan secara berkumpulan termasuklah bos besar Kemboja Holding.






19 Apr 2016

Ayubalqishah

Nama pena masih guna nama yang biasa orang kenali, Ayubalqishah
Lahir pada 18 Mac 1987 - Pisces baby
Sangat suka menulis sejak dari bangku sekolah 
Simple person, kalau yang belum kenal saya, akan fikir saya ni sombong :) , tapi bila dah kenal 
insya-ALLAH, saya sangat banyak bercakap. Pendengar yang setia. Senang cakap 
simple yet ordinary (in my own way) person.
Part time writer selebihnya suri rumah + ada menjalankan bisnes online kecil-kecilan.
Seorang ibu kepada dua bidadari SYURGA.

Life moto : Hidup perlu sentiasa bersyukur, jangan asyik memandang ke atas. Dan paling penting hargai hidup yang ada.







15 Dis 2015

Nostalgia : Roti Kapai

Roti kapai ni memang legend.. susah nak dapat stock pulak tu... roti ni ada yg panggil roti kapal atau roti mayat pun ada. Saya selalu buat pengat atau serawa roti kapai ni. Sekarang saya juga buat jual roti ni. Sesiapa yang mencari boleh pm atau wassap / we chat / tele ke 018 955 2269.. boleh pos insyaAllah..

Roti kapai
150gram / rm 3
1/2 kilo = rm 10
Pos rm 6

Dulu masa zaman arwah atuk masih ada selalu makan roti ni. Memang menggamit memori...




12 Dis 2015

Masih berpantang hari ke 56

Czer? kali ni memang menyakitkan, luka luar cantik dah kejadiannya. Tinggal kat dalam masih sakit dan terasa koyak. Ya koyak. Rasa macam kena hiris pisau pun ada. Walaupun dalam keadaan macam ni aku masih lagi aktif memasak, basuh baju guna tangan tapi guna mesinlah. Gila ko nak pakai tangan? ada lah sekali ritu basuh guna tangan sebab mesin basuh hantar repair... aktif lagi sidai dan lipat kain... menjahit? mm pun aktif jugak.. yelah cari duit lebih katakan..

dan sekarang dok menulis kisah seram yg xberapa nak seram kot.. seram + humor + kekeluargaan

sebenarnya xtau nak type apa la ni.. saje je xnk bg blog ni bersawang.. then nak share menu orang dalam pantang..

SUP IKAN HARUAN


resepi ?

ikan haruan seekor
halia + bawang merah + bawang putih tumbuk
lada hitam pun tumbuk

tumis bahan tumbuk dan mendidih masukkan 2 cawan air, tunggu air didih masukkan ikan.. letak garam sikit, tunggu ikan masak,, siap..



TUMIS SAWI






Untuk anak saya gorengkan ayam sahaja .. then mak mentua request peria katak










2 Nov 2015

Berpantang

Aku selamat bersalin anak kedua secara czer/pembedahan. Dan alhamdulillah aku dapat baby girl. Berat 3.6kg. Kali ini aku bersalin di Hospital Seri Manjung. Dan kesemua nurse dan doktor baik-baik belaka. Rasa nak bagi reward pun ada di atas layanan terbaik yang diberikan. Punca aku czer, kata doktor jantung baby lemah. Lagi pun contraction aku masa tu dah strong bukaan hanya 1 cm. Mungkin aku memang dah ditakdirkan tak boleh melahirkan anak secara normal. Tapi tak pelah yang penting ibu dan anak selamat.

      Mengenai czer kali ini, 1st and 2nd day, aku okay je.. dan rasa kuat untuk bergerak lebih cepat berbanding anak yang pertama dulu. Tapi bila masuk hari ke tiga sehingga lah hari ke 10 sakit belakang menjadi-jadi. Tempat czer pun asyik ngilu. Dalam perut rasa macam ada banyak luka.

      Bila mengingatkan kembali waktu cucuk belakang ni, rasa macam banyak kali doktor cucuk, last sekali tu baru betul2 punya cucuk(maksudnya jarum betul2 habis masuk) sebelum ni jarum macam masuk separuh lepas tu dikeluarkan balik. Lepas operate tu menggeletar usah cakap, tinggal badan dengan kepala je tak menggeletar, yang lain semua menggeletar termasuk jantung gamaknya.


NAIFAH AL FATIHIYYAH  
3.6 kg / 16 Okt 2015 / Jumaat ( pagi )

     Mmm.. cerita tentang anak pulak, hari ke 4 nurse detect ada kuning. Terpaksalah berulang ke klinik pi cek kuning anak selama 6 hari, bermaknanya 6 kali darah anak diambil ditumit kakinya yang cenonet comel tu. Kesiannya lah dia. Inilah pengalaman pertama anak ada kuning. Hari ke 5 titik anggur hitam dalam mulut, turun sikit kuningnya, esoknya mak mandikan baby dengan air rebusan pokok dukung anak. Alhamdulillah turun lagi, dalam masa yang sama aku berpantang makan benda-benda panas. Hari ke 10 akhirnya kuning baby turun 9.7, dan nurse beritahu tak perlu lagi pergi klinik cek kuning. Fuh lega.

      Buat masa ni aku makan nasi putih atau bubur dengan ikan bilis, sup ayam hitam dan ayam kampung, ikan kerisi, ikan selar kuning, ikan talipia .. akan datang tak tahu lagi. Ikan tenggiri dengan cencaru ada, tapi ada yang beritahu kedua-dua ikan ni boleh menyebabkan gatal. Jadi aku pikirkan dulu nak makan atau tak.

    Dalam sibuk berpantang, aku masih aktif menulis, dah dapat tawaran dari satu penerbit, sebab dia orang dah baca mss yang aku upload di ilham, diaorang berminat, tapi aku masih fikir-fikirkan dulu. Moga aku berjaya menjadi seorang penulis. Cita-cita dari zaman sekolah lagi. Ameen. Yang nak baca boleh lah intai-intai dia ilham.

#isteriakunanny! Jempu baca di ilham,
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5234&idc=29514




9 Jul 2015

Hobi baru,Pengalaman baru

Akhir bulan may saya sudah mula berjinak-jinak join pelbagai contest.Tapi saya hanya memilih dalam 3 ke 4 contest sahaja yang betul-betul saya follow.Pertama kali saya menang untuk contest di FB dengan meneka kuantiti helaian baju yang dibungkus rapi.Alhamdulillah tekaan saya hampir kepada jawapan.Dan saya  dipilih sebagai pemenang.Hadiah nya saya dapat sepasang baju untuk Nailah Al Farafishah.Alhamdulillah,sejak dari tu,saya mula mengisi masa lapang saya dengan join pelbagai contest.Seperti yeos,drinho,t3,dutch lady,dan macam2 lagi hehe.Untuk kali kedua saya memenangi hadiah harian utama untuk contest yeos.Saya mula masuk pada hari ke 5 dan menang pada hari ke 14,dan buat masa ini,contest yeos adalah nilai paling besar yg telah sy menangi sebyk rm 3k..alhamdulillah,syukur tak.terhingga.Dan alhamdulillah selama sebulan lebih saya join pelbagai contest,saya berjaya memenangi 7 hadiah dari company berlainan.

Inilah hadiah pertama yang saya menang .. perasaan memang sangat2 happy..

Dan sekarang saya sedang follow contest high 5 dan juga dutch lady..tapi paling saya follow ada lah high 5 heheh..

Saya ada lagi pengalaman baru..nanti sy share di entry akan datang.insyaAllah



10 Feb 2015

Kongsi Resepi dan Menang IPHONE 6PLUS


Sebenarnya saya baru sahaja tahu perkara ini LetsMasak semalam di instagram mereka.Saya sangat tertarik dengan resepi-resepi yang ada dalam instagram tersebut.Tengah jalan-jalan usha-usha resepi,tiba-tiba terbaca yang info memasak pun boleh menang IPHONE 6 Plus 64gb!!




Hanya dengan share resepi anda,anda berpeluang menangi IPHONE 6 Plus yang awesome ini.Bukan itu sahaja!siap ada 4 lagi tawaran menarik berbentuk wang tunai.

Suri rumah dan memerangkap peniaga online seperti saya ni, sudah tentu banyak masa di rumah.Hobi pula memasak.Jadi apa salahnya hobi kita ini, kita jadikan juga sebagai sumber pendapatan.

Dalam blog saya ni pun ada banyak juga resepi yang sedap-sedap terperam je dalam ni.Entah ada ke tidak orang membacanya.

Jika kita lihat di website LetsMasak , kemudahan kita sebagai pengguna untuk mencari sesuatu resepi amat mudah,hanya type resepi yang anda cari,insyaAllah anda akan menjumpainya.Atau pun anda hanya pilih kategori contohnya ayam,sotong dan lain-lain mengikut pilihan anda.Dengan gambar-gambar yang menarik dan resepi-resepi baru dan segar,pasti menambahkan lagi semangat anda untuk memasak.





Walaupun LetsMasak nampak seperti kebanyakan laman komuniti yang membangunkan perkongsian resepi,namun sebenarnya ianya ada kelainannya.Dengan adanya LetsMasak Rewards System dengan hanya berkongsi resepi, kita sudah boleh menjana pendapatan darinya.Menarikkan? Hantar resepi & gambar dengan cara kreatif anda,jadi penyumbang aktif,kumpul points dan dah boleh tebus wang tunai :) ..

Namun setiap pertandingan sudah pasti ada cara dan syarat-syaratnya.Jom tinjau apa agaknya syarat-syarat tersebut.

LETSMASAK REVIEWS CONTEST 2015

Kita tengok hadiah-hadiah yang boleh korang menangi

  1. Tempat pertama: iPhone 6 Plus 64Gb
  2. Tempat kedua: Wang tunai RM500
  3. Tempat ketiga: Wang tunai RM400
  4. Tempat keempat: Wang tunai RM300
  5. Tempat kelima: Wang tunai RM200
Langkah-langkah untuk menang

♥ mestilah register dulu di link kaler biru yang saya dah beri kan diatas,klik sahaja

♥ mencapai sekurangnya 50% progress sebelum hantar review.Amat mudah macam kita register facebook dulu mula-mula. 


♥ Tulis review anda di blog anda

♥ Dapatkan ahli berdaftar di bawah anda sekurangnya 20% dikira sebagai refferal

♥ Akhir sekali jangan putus asa dapatkan ahli register dibawah anda

mudahkan? Jom sama-sama kita usaha untuk martabatkan budaya memasak sambail menjana pendapatan..

Habis dah baca ? Semangat ?! Ok ucapkan terima kasih kepada penaja Hai Blogger! 

"Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com"








21 Jan 2015

kembali diet

Since badan dah naik sehingga 66.7kg,selalu sangat cepat letih.Dengan ketinggian 163cm,mungkin orang fikir berat yg ada skrg sudah ok.Tapi untuk tuan punya badan,memang sangat KO!

Tengok adik dah semakin kurus dan semakin cantik huhuhu..rasa cemburu agak menghantui.wassap dia rahsianya.Katanya dia tak lah diet sangat.Just jaga pemakanan.Makan nasi time lunch je.Tu pun tak banyak.Bila terasa lapar,dia ratah sayur.

So bila dikaji.. apa kata cuba je ikut step dia.Tapi aku lebih prefer atkin tapi bukan strict atkin,kadang2 terbabas jugak.heheh

So kalau dikutkan dah 5 hari jugak kot kawal pemakanan.Asyik makan ayan dan sayur sahaja.Nasi ada jugak ambik.tapi sangat jarang.

Target sebelum 17 Feb berat sekurangnya dah turun 10kg.Bermakna 56 macam tu.






Ini adalah antara menu diet ku kononnya..hehe.Hope bila dah turun berat ni..kuranglah stress.Sebab memang perasan,bila berat naik,tekanan masalah yang dihadapi dengan tubuh badan yang agak berisi..stress yang dialami agak berlebih2.dah la stress dengan masalah keliling..masalah diri sdiri.. lepas tu bila tengok cermin muka tembam.. lagi bertambah stress..adoi..

Hope segala masalah yang ku hadapi ketika ini,dapat selesai secepat mungkin.Dan moga target tercapai dan berjalan mengikut apa yang dirancang.Kita merancang,Allah jua merancang.Sesungguhnya perancangab Allah itu lebih baik.


8 Jan 2015

Malaysia bakal dilanda musim SEJUK


Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri disebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian hampir Rm1 billion untuk negeri Kelantan sahaja.

Keratan KOSMO!

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin yang dipetik akhbar KOSMO!


7 Jan 2015

Jual Ngaku chips pula!



Ada ke penggemar kerepek kat sini?pernah tak rasa NGAKU CHIPS?
Ngap!Ngap!Ngap!
Tak sedar dah habis..licin..

Rasanya yang lemak-lemak.. memang lain dari yg lain..
Nk cuba?
Lagi 1.. NGAKU CHIPS ni hanya ada setahun sekali shj!

Tak mahal pun.. hanya Rm 12 sebalang postage Rm 7
Sesuai dgn rasa.. dan cara penyediaannya..
TERUJA!!!??
Baik korang cecepat follow ig shop @fishahbabyboo

Berminat terus whatsap 018 955 2269

 #sayajualkerepek #kerepeksedap #ngakuchips


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com