24 Jan 2012

Amalan yang membolehkan terselamat dari siksa KUBUR

Kematian adalah ‘hidangan’ buat setiap makhluk yang hidup. Itulah azali penciptaan kehidupan. Apabila matinya seseorang, maka terputuslah hubungan sesorang dengan dunia melainkan anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat atau sedekah jariah. Beberapa ketika ini, penulis telah bertemu dengan beberapa kejadian yang amat menginsafkan bagi manusia seperti penulis. Kejadian-kejadian kematian yang amat mengagumkan serta tidak kurang juga yang amat mengguris hati. Sesungguhnya, hanya Allah jua yang mengetahui samada baik atau tidaknya nasib si mati tersebut di alam barzakh sementara menunggu sangkakala yang ditiup oleh Israfil a.s. Seruan kebangkitan ke padang mahsyar.

Terlebih dahulu, marilah kita ketahui sejarah susur galur Surah Al-Mulk (Kerajaan) ini dan sama-sama kita amal dan hafalkan kandungannya semata-mata kerana Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.

(Riwayat Imam Ahmad)

Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalahkubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.

(Riwayat al-Tirmidzi)

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).

(Riwayat al-Tirmidzi)

Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh kebajikan. Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk.

(Riwayat al-Tabarani)

Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu: Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Seterusnya daripada anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:”Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya daripada kitab Allah kecuali “tabaarakal-Lazi”. Maka apabila di masukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu adalah kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.

Sesungguhnya jika kamu hendak memberi manfaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintaklah syafaat daripadaNya. maka dia (surah al Mulk) pun menemui Allah. “Wahai Tuhanku, si fulan ini(si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan da pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya? Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab (surah) : “Sesungguhnya saya marah.” Allah SWT berfirman: “Pergilah sesungguhnya Aku memberi Dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.”

Nabi SAW bersabda: “Surah itu akan datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiada menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.”

Semoga beroleh manfaat. Amalkanlah surah ini, hafalkan dan sematkan di dalam hati, kerana inilah surah yang banyak membawa hikmat dan keberkatan terutamanya semasa kita di alam barzakh.


Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatimah r.a)

3. Husin (anak Fatimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.



Jangan Menangis Lagi

Tangisan kerinduan
Ratapan yang bukan pemergian
Tangisan tanpa henti
Bagai dicucuk sembilu senja
Dunia sementara
Menyesal tiada guna

p/s

Aku melihat salju,

Di tengah kering Sahara,
Sejuk ia mendamaikan,
Menarikan siulan lagu-lagu kehidupan,
Untuk jiwa-jiwa yang pasrah.
Beku ia mendinginkan,
Menghentakkan auman jerit-jerit kemusnahan,
Untuk jiwa-jiwa yang patah.

Kalau engkau diberi pilihan,
Di kiri sejuk di kanan beku,
Salju yang mana engkau sajikan?

p/s lagi : saya terjumpa sajak ini disimpanan saya .. tapi yang pasti bukan tulisan saya ..


20 Jan 2012

Rezeki,Syukur Alhamdulillah


assalammualaikum, alhamdulillah hari ini 20 Jan 2012 saya mendapat peluang untuk menjual moist choc cake saya di Petronas Tmn Tun ... Alhamdulillah sekali lagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya sendiri atau pergi ke laman web kami


18 Jan 2012

14 Jan 2012

Ustaz Don & Mat Lutfi adik beradik ?





setelah mendengar tazkirah dari ustaz Don Daniyal yang sedang meletup2 namanya sekarang , tiba2 saya terkenang semasa lalu hehehe ... ttg seorang vlogger yg agk popular Mat Lutfi ... cara penyampaian , percakapan , mereka agak byk persamaan .. dan secara tidak sengaja saya teringat ustaz Don ada juga seorang adik mungkin yang belajar ambil course arkitek ... dan Mat Lutfi juga xsilap sy mengambil course yg sama di Australia .. :) .. tapi ini hanya lah seingat sy ... adakah mereka adik beradik ? xsabar2 sy nak tahu sebenarnya ... siapa yg tahu info2 lah dicni ya ...

MAT LUTFI



USTAZ DON


penyampaian beliau yg santai dan mudah diterima dan dfahami .. punya isi yg amat berguna

ustaz Don penyampaian nya begitu mudah difahami dan sangat memuaskan :)


13 Jan 2012

Minta Bantuan

Assalammualaikum saya ingin meminta bantuan para pembaca jika tahu dimana saya boleh mengambil kursus wajib dalam perniagaan makanan di sekitar Lembah Klang.Dan juga kursus pembuatan makanan dari bahan coklat.Jika ada sesiapa yang mengetahuinya sila hubungi saya di talian celcom saya ayubalqishah : 019 3603659 bantuan anda amatlah dihargai :)




9 Jan 2012

Subhanallah

Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.




Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini)

“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.'

Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.


8 Jan 2012

10 Akibat Jahil Agama

Zaman tidak lama sebelum kedatangan  Nabi Muhammad s.a.w, dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan terseleweng dari yang asal.

Dan malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.

Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik."   (Hadis riwayat Ibnu Adi)

Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu' (ulama' jahat / ulama' dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.

Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama.


1 - Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.

Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith.

Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga.  Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah dengan syara'.

Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang."  (Hadith Riwayat Thabrani).


2 - Mudah mengutuk dan menghina ulama'.

Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama' jika mereka mendengar suatu ucapan ulama' yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama' itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan menyanggah ulama'.

Kita bukan disuruh ta'asub kepada seseorang ulama', tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama' yang memperjuangkan Islam.  Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghinanya.

Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."  (Hadith Riwayat Ahmad).


3 - Membela orang-orang yang jahil sepertinya juga.

Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka.  Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran.

Sebagai contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan, dan manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka, sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan dilarang oleh Tuhan.

Memang nampak seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina, kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan mudah dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain pula nanti.

Dan bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia?  Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?


4 - Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan.

Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana keta'asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan manusia.

Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar.  Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?

Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka dan kekal berkuasa.


5 - AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata.

Ramai yang membaca AlQuran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta'ala menurunkan AlQuran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada kita?

Adakah Allah sembang kosong dalam AlQuran?


6 - Hukum-hakam Allah akan direndahkan martabatnya dan dihina

Undang-undang dari Allah yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajah dulu lagi, kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.

Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi. Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.

Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, "Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam  dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat".  (Hadith Riwayat Ahmad)

Hinggakan sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam AlQuranul Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat.


7 - Amal ibadah tidak diterima oleh Allah s.w.t

Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,  sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.”  (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.


8 - Maksiat dan jenayah semakin berleluasa.

Apabila sudah jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.

Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang.

Kejahatan baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki lain yang melihatnya.

Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.

9 - Akan terjadi perpecahan dan peperangan sesama sendiri

Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Ramai yang bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.

Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah?  Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas?

"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu,  kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian,   yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."  (Surah An-Nisaa' : Ayat 59)


10 - Generasi akan datang akan terdidik dalam keadaan jahil.

Kesan dari wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.

Jika sekadar mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul matapelajaran Agama Islam di sekolah.


Kesimpulan

Maka ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak.  Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan ditipu dan diserang oleh musuh.

Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, "Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;

1 - Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 - Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 - Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 - Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 - Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 - Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.

Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, "Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, "Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat." Iblis itu bertanya, "Adakah mereka itu mencintai dunia?"  Tentera itu menjawab, "Ya".

Lalu Iblis menyambung, "Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala.  Sesungguhnya aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;

1 - Mengambil harta dari bukan haknya.
2 - Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 - Menahan harta dari haknya.

Dan kesemua kejahatan itu akan timbul dari yang tiga ini.  [Ihya Ulumuddin , Kitab tercelanya dunia]

Rujukan:

1 - Ihya Ulumuddin - Imam Al-Ghazali

2 - 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman - Abu Ali al Banjari An Nadwi

syukran kepada http://unikversiti.blogspot.com di atas perkongsian yang amat berguna ini


Aku mencintaimu kerana Allah

Uhibbuka Fillah


حدثنا مسلم بن إبراهيم حدثنا المبارك بن فضالة حدثنا ثابت البناني عن أنس بن مالك

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibraahiim, telah menceritakan kepada kami Al-Mubaarak bin Fadhaalah, telah menceritakan kepada kami Tsaabit Al-Bunaani dari Anas bin Maalik:

أن رجلا كان عند النبي صلى الله عليه وسلم فمر به رجل فقال يا رسول الله إني لأحب هذا

Bahwasanya seseorang sedang berada di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam, bersamaan dengan itu ada orang yang lewat di hadapan mereka. Lantas ia menyatakan: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku benar-benar mencintai orang ini (yang baru saja lewat)..”

فقال له النبي صلى الله عليه وسلم أعلمته قال لا قال أعلمه قال فلحقه فقال إني أحبك في الله فقال أحبك الذي أحببتني له

..maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam berkata kepadanya: “Apakah engkau telah memberitahukan hal tersebut kepadanya?” Ia berkata: “Belum.” Beliau berkata: “Hendaknya engkau utarakan kepadanya”. Maka ia langsung mengejar orang itu dan mengatakan “Inni uhibbuka fillah” (sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah), orang tersebut menjawab: “Ahabbakalladzi ahbabtani lahu” (Semoga mencintaimu Dzat yang engkau mencintai aku karena-Nya).

Takhrij Hadits:

Hadits ini diriwayatkan Abu Dawud 5125 dalam sunannya “Bab Ikhbarir Rajuli Ar-Rajula bi Mahabbatihi Iyyah.” Hadits ini di nilai Hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan Abi Dawud.

Hadits ini juga diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnadnya 3/150 dan Al-Hakim dalam Mustadraknya 4/171 dan beliau nilai shahih sanadnya. Imam Ahmad dalam Musnadnya 3/140-141 dan Ibnu Hibban membawakan sanad penyerta (mutabi’) dari Al-Husain bin Waaqid, telah menceritakan kepadaku Tsaabit Al-Bunaani dari Anas bin Maalik radhiyallahu ‘anhu.

Abu Ya’la dalam Musnadnya 6/162/3442 membawakan sanad penyerta dari ‘Abdullah bin Az-Zubair Al-Baahili, telah menceritakan kepada kami Tsaabit Al-Bunaani dari Anas bin Maalik radhiyallahu ‘anhu. Selengkapnya silakan merujuk As-Silsilah As-Shahihah 3253.

Uraian Sanad:

Syaikh Abdul Muhsin Al-’Abbad hafidzhahullah menerangkan Muslim bin Ibraahiim adalah Muslim bin Ibraahiim Al-Faraahiidi, rawi tsiqah (terpercaya), Al-Mubaarak bin Fadhaalah, shaduq (jujur), sebagaimana dikeluarkan Al-Imam Al-Bukhari secara mu’allaq, Al-Imam Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah juga mengeluarkannya. Adapun Tsaabit Al-Bunaani adalah Tsaabit bin Aslam Al-Bunaani, rawi tsiqah, pengarang kitab yang enam mengeluarkan riwayatnya. Dan Anas bin Maalik adalah pelayan Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam, beliau salah satu dari tujuh orang yang dikenal banyak meriwayatkan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam. Hadits ini merupakan “empat rawi” yang tergolong sanad paling tinggi dalam Sunan Abi Dawud. (Syarh Sunan Abi Dawud 481 – 598/Maktabah Syamilah)

Syarh atau Penjelasan Hadits:

Pernyataan “inni uhibbuka fillah” (sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah) yakni semata-mata dalam rangka mencari keridhaan Allah, sebagaimana hal ini diterangkan oleh Muhammad Syamsul Haq Al-’Adzhiim Abaadi dalam ‘Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud 5125.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah dalam Syarh Riyadhus Shalihin 1/439 menerangkan. “Termasuk Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam jika engkau mencintai seseorang, engkau katakan kepadanya “sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah”. Karena pada kalimat yang demikian itu akan mempertemukan kecintaan di dalam hati, dan seorang insan jika ia mengetahui bahwa engkau mencintainya, maka ia akan membalas cintanya kepadamu.

Di samping itu hati-hati manusia memiliki kepekaan untuk saling mengenal dan saling bersesuaian, walaupun lisan-lisan mereka tidak mengutarakannya. Hal ini sebagaimana yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam sabdakan:

“Keadaan ruh-ruh itu bagaikan tentara perang yang disiagakan, apabila saling mengenal maka akan terjalin hubungan yang kompak, namun apabila saling mengingkari (tidak ada keharmonisan) maka yang terjadi adalah percekcokan.”

Akan tetapi jika mengungkapkannya secara lisan, justru akan semakin menambah kecintaan hati ia kepadamu, ketika engkau mengatakan kepadanya “inni uhibbuka fillah” sesusungguhnya aku mencintaimu karena Allah..

Fikri Abul Hasan


Lagi satu perkongsian BERMAKNA



Masya Allah .. Moga kita tergolong di dalam orang-orang baik di dalam agama dan taat pada agama .. amin ya Rabbi ...

Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah yang bermaksud:

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu,maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.”


Berkatalah anak Adam: Hartaku! Hartaku! Maka sabda Nabi :

“Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam surah al-A’ala ayat 14-17 yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu ) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.” (Riwayat Ibnu Majah)

Ya Allah ya Tuhan ku jadikan lah aku seorang yang cintakan akhirat ... Matikanlah aku didalam ISLAM .. matikanlah ahli keluargaku, saudara maraku dan seluruh umat ISLAM mati didalam agamaku agama ISLAM .. ALLAHUAKBAR!!

amin ya ALLAH ... selawat ke atas NABI SAW ...

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)


Perkongsian yang sangat bermakna





Malam ini terasa ingin berkongsi sama2 apa yang saya lihat dengar dan cuba fahami. moga sama2 kita dapat rasainya bersama insyaAllah ...


5 Jan 2012

Penat sangat

Hari ini penat sangat .. rasa sembab je ... tak tahu kenapa..asyik demam je..doc suruh tunggu dalam 2 hari lagi kalau demam lagi terus gi hospital... hari ni jejalan gi jual kek kat galaxy ampang dan ampang point... sambil menjual ,saya jalan2 cari makan juga..maklum lah saya kalau demam ,ada je pilihan macam2 nak makan .. mmmm hari ni sy makan spagetti ...  di secret recipe .. sedap jugak nama aglio apa ntah langsung xingat namanya hehe


bila dipikirkan keadaan tubuh badan dan stamina fizikal , mungkin ada kaitan dengan keguguran yang pernah saya alami.. mm yelah saya tak gi jumpa doc pun.. hanya makan ubat beli ... last jumpa doc masa kandungan berusia 9 minggu itu pun kali pertama jumpa doc..selepas dikira2 mmg 9minggu patutnya baby dalam perut sy .. tapi setelah discan tak capai 9 mggu pun , bawah 1 minggu doc tu ckp .. bila difikir semula mungkin janin dah tiada waktu awal kehamilan .. mmm .. xnak pikir dah ..dan jgn ditanya xde nak hamil lg ke.. mm buat ms ni ,belum lg ... masih fobia lagi .. macam2 org ckp mngkin kerana buatan org dulu2 ke , ada yg kata coz xhbis berubat ke .. mmm ...

mak marah jugak sbb takut nak g cuci masa mula gugur tu ... skrg dh hampir 3 bulan keguguran tapi lgsg xcek doc .. dan apa yg sy alami skrg ramai yg ckp kemungkinan sbb sy xjaga kesihatan betul2 dan sepatutnya sy perlu buat rawatan lanjut selepas keguguran krn x cuci kandungan...sy bukan xnak cuma sy rs xperlu dan rs ok walaupun sbnarnya berasa KO ..

hari ni mmg penat ,bukan hari ni je , sejak 3 4 hari ni mmg sgt penat ... badan sakit2 ...

tdi suami ada bertanya xnak ambik lesen ke , xnak g jumpa doc ke .. sy hanya mmpu jawab mm nak wat pe habis duit .. hari pun semakin dekat dgn phujungnya , xguna semua tu .. mm entah lah knp perlu itu jwpan yg diberi ... suami fhm sy ttekan dgn bmcm bebanan perasaan..segala masalah semua sudah diketahui... sy bsyukur dia boleh terima sy seadanya ... harap selamanya dia boleh terima sy .. kekurangan sy , kebodohan sy , keterlanjuran sikap sy , ketidaksempurnaan sy .. dan segalanya ttg sy ... alhamdulillah dia memberi sy waktu utk sy mberi masa pd diri sdiri ... dia sgt bersabar .. dgn kepelbagaian karenah sy dan mood sy ...

hari ini juga suami sy telah menggantikan telepon lama sy kpd yg baru, dia meminta agar ambil yg nampak lebih baik lg tapi bg sy .. wlupn xcanggih , bcukuplah boleh menerima call dan msg sudah ckup ..  telefon yg lama sudah rosak speakernya .. yelah hp lama itu pn pinjam dri amira .. amira (adeq ) pula dpt dri kwn lama nya 3tahun yg lalu heheh ...

:: sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu, dia bersyukur.. dan bila tidak diberi apa-apa, dia bersabar.. yang menyenangkan hatimu, bila kamu melihatnya.. dan mentaatimu, bila kamu menyuruhnya.. ::

 ha yg ats tu adalah air mineral yg sy minum 2 kali sehari .. dan makan buah2 juga .. sy perlukan tenaga jdi perlu makan dan minum yg bkhasiat .. tapi rsnya antibodi masih begitu .. asyik lemah je .. nak bangun pun xlarat ... sellu juga pening .. nak buat rawatan susulan , sudah banyak kali sy pergi namun keputusannya ... macam2 , dan ada2 je .. 
dan apa yg sy takutkan skrg adalah leukimia .. sy takut ia kembali .. kerana tanda2 nya sudah ada .. harp2 tidaklah ... ya Tuhan jauhilah aku dri segala penyakit .. aku tahu setiap kesakitan itu adalah salah satu utk mngampunkan dosa2 kecilku namun aku kadang kala sudah tidak sanggup lagi menanggungnya...
kali entry sy mungkin agk merapu .. kerana sy sdri pun xtau dan pelik apa lah yg sy merepekkan hehehe ... tapi ini semua hanya perkongsian jika ada yg tbaca dan berasa tidak elok atau pun seangkatannya dgn nya diharap anda boleh menegur sy scr berhikmah dan berhemah .. boleh PM sy di YM :) semoga berjumpa lagi
 



4 Jan 2012

Pokok Besar Rimbunan itu ..

pokok besar rimbunan itu
akar membesar menjalar ke tanah
bersama dedaun teduhan

pokok besar rimbunan itu
begitu banyak kisahnya
merasa manis buahnya
di alam yang tidak nyata

pokok besar rimbunan itu
meneduhkan hujan panas
tempat melihat pelangi

pokok besar rimbunan itu
apakah akan ada cerita lagi
cerita tentang huluran tangan
cerita tentang membangkitkan perasaan

pokok besar rimbunan itu
apakah akan berakhir dengan selendang biru
seiringan berpimpinan menuju yang SATU

pokok besar rimbunan itu
mungkin akan hanya begitu
kekal tidak nyata
atau juga bertaut semula menjadi rona

pokok besar rimbunan itu
punya 1001 cerita
hanya menanti kesudahannya

pokok besar rimbunan itu

meminta akan ada SUATU MASA ...


3 Jan 2012

Ganjaran Dunia

Penat seharian hari ini ke sana ke mari dok menjual coklat kek & ikan pekasam ... Tuhan je yang tahu kepenatannya .. dari Ampang ke Jalan Ipoh ke Jalan Duta ...

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti makan di Kompleks Mutiara kalau tak silap berdekatan Jalan Ipoh rasanya ... dan memilih Pizza Hut ...Inilah yang dikatakan ganjaran dunia di atas kepenatan mencari rezeki ...





banyakkan saya makan? huhuhu ... alhamdulillah di atas rezekiNya ... semoga Allah swt melimpahi rahmat dan keberkatan di atas segala usaha yang dilakukan ini .. :) amin


Tonton Kartun UP

tadi sambil tengok2 kartun yang nak di tonton , tetiba terasa nak tengok kartun UP ... best + sad :(
 .. pastu terjumpa subtitle dia arabian .. n saya ngan baik hati nak paste kan sebabak dari cartoon UP ni ..


bila tengok cerita terkenang kisah yg pernah singgah dalam hidup ini..saya mengakuinya bahawa saya berasa amat bersalah ,kerana mungkin tidak pandai menghargai atau pun buta,atau pun hati sudah tertutup ataupun bagaimana??? kadang2 rindu menyinggah..namun apa yang mampu saya doakan agar dia bahagia bersama pilihannya sekarang.. kerana kita tidak sedarjat tidak sekufu.. sy bukan budak pintar,sy bukan pilihan yg direstu,dan sy pernah dikhianati kamu... apakah kerana itu sy berubah?wallahualam..


dan saya masih ingat

" BILA RINDU BERSUARA , DARI BALIK BULAN , DARI TERANG BINTANG , AKU MENULIS CERITA TENTANG HATI INSAN , TENTANG KASIH DAN SAYANG " .. dan dulunya sayang saya pada awk ..

Maaf sekiranya saya mengingati kisah lama , saya akan padam kannya , dan memaafkannya dan semoga dia juga begitu ...


Novel Baru dimiliki

Tadi mak panngil masuk bilik tunjuk novel yang baru dimilikinya dari sepupu di Perak ... ada 6 semuanya ... 2 dari novel tersebut penulisnya Faisal Tehrani manakala selebihnya Ramlee Awang Murshid ...


Selamat Tahun Baru

Tahun baru 2012 , bulan Mac nanti masuk dah umur saya 25 tahun insyaAllah kalau panjang umur.. Hari ini petang baru siap coklat kek yang nak dijual di serata tempat yang berdekatan dengan rumah.Penat memang penat tapi hidup mesti diteruskan.Doa dipanjatkan kepadaNya.

Masalah masih begitu , entah bila akan selesai .. hati kadang-kadang berasa tak tenteram , asyik rasa sedih je .. kenapa ya? Sejak 2,3 hari ni sering mimpi ngeri.Kesihatan semakin menurun.Demam malam dan asyik diserang asma.

Betul pernah dikata seseorang .. wang taklah begitu penting.Ada rezeki pasti ada untuk kita.Tidak perlu didesak.Yang penting kesihatan dan kebahagiaan.

hari ini saya ke tesco Ampang duduk diparking tunggu2 sama ada ,ada rezeki disitu tapi hampa.Mungkin belum lagi.Akhirnya saya putuskan utk ke POPULAR dan membeli sebuah buku ..
















Dan bila ditengokkan dirak buku banyak pula buku karangan Ramlee Awang Murshid .. sejak nenemu seseorang dulu saya jatuh cinta dengan karya Ramlee ini :)




27 Dis 2011

Doa seorang kekasih

Tidak salah jika anda berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la..). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan muslimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, bagi yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,
Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…

Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S


Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik





Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).



Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.


Kem lagi

kalau sebelum ini saya menjadi facilitator kepada student2 di sg congkak yg mengikuti kem kami .. tapi kali ini saya pula yg mnjadi peserta di kem yg tidak jauh dari tempat sy menjadi faci disalah sebuah Pusat Bimbingan disana ..

p/s doakan semuanya berjalan dengan lancar ya ... ohya sesiapa yg ingin mengikuti kem ini sila call num yg tertera ... tapi hanya terbuka kepada PEREMPUAN sahaja :)


Wanita Cantik


 Di manakah kecantika wanita solehah sebenarnya?

Terdapat sembilan keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita yang lain. Dengan menghayati sembilan perkara wanita solehah akan memiliki kecantikan yang sebenar.

Pertama : Menundukkan pandangan (ghadhdul bashar) kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" (Surah an-Nur ayat 30-31)

Kedua : Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi semakin manis.

Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut siddiq (orang yang senantiasa jujur). Sedang dusta mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar (jujur)" (Surah At-Taubah ayat 119).

Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman, yang maksudnya: “Jikalau mereka jujur kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka” (Surah Muhammad ayat 21)

Ketiga : Rasa malu yang lahir daripada Iman.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman."
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sifat malu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukan. Dengan sifat malu juga akan meningkatkan darjat keimanannya.

Sayyidina Ali bin Abi Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”

Keempat : Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di lakukan.

Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabipun yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar. Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang telah mereka perbuat sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Araf ayat 23 maksudnya :" Keduanya berkata "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Kelima : Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.

Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."

(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Firman Allah SWT maksudnya :"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". (Surah An.Nur ayat 31)

Keenam : Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya : "(Mereka) keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka..." (Surah al-Fath ayat 29)

Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyuruh Nabi-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud : "dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman." (Surah Asy-Syu'ara ayat 215)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyambungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketujuh : Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri .

Dari Abu Malih Al- Hudzli : Kaum perempuan kota Himsh atau penduduk Syam menemui Aisyah. lalu Aisyah berkata " Kamu adalah kaum perempuan yang masuk ke kamar mandi. padahal, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Siapa saja perempuan yang meletakkan pakaiannya bukan di rumah suaminya, Allah akan membuka aibnya"
( Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim )

Abu Hurairah r.a pun menyebutkan, ketika turun ayat al- Mula'anah ( tentang suami-isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan serong ) Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia akan tidak memperoleh apapun dari Allah SWT dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga "

Dari Aisyah ra berkata : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki beberapa kelebihan. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita lain yang lebih baik daripada wanita kaum Anshar dalam hal keimanannya terhadap kitabullah dan apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika turun surat An-Nur, pada potongan ayat (yang artinya) : Dan hendaknya mereka memakai tudung sampai menutupi dada mereka. Maka saat itu pula para suami membacakan kepada anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, maka tidak ada satu wanita pun kecuali mereka memakai tudung (jilbab) lalu mereka melipatkannya di atas kepala mereka. Hal itu dilakukan kerana kepercayaan dan keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam , mereka terlihat sudah mengenakan jilbab. Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung ghirban.”

Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah yang akan menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita senantiasa menjaga kesucian diri mereka dan elakkanlah segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.

Fitnah dizaman morden ini adalah berhati-hati di dalam perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram di alam maya samaada melalui facebook atau blog atau hubungan telifon bimbit dan mengelakkan meletakkan gambar-gambar peribadi yang mungkin boleh disalah gunakan oleh mereka yang telah rosak akhlaknya.

Kelapan : Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.

Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wuduk."

Kesembilan : Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah SWT sebagai ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat samaada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang menutut ilmu akan dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi SAW bersabda maksudnya, “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.
BISMILLAHIROHMANIROHIM...

Sahabat yang dimuliakan,

Wahai wanita solehah! Apabila piala hati kalian telah dipenuhi kecintaan dan kesetiaan yang mendalam kepada Allah, barulah mudah fizikal dan akal diarah untuk melakukan sebarang bentuk kebaktian. Sesungguhnya kebaktian yang utama dilakukan oleh wanita solehah yang sedar ialah membantu agama Allah supaya syariat Islam mewarnai seluruh hidup insan. Setiap saat seluruh tenaga akan digembeling untuk menyebarkan seruan keyakinan supaya setiap anggota masyarakat menepati tujuan manusia diciptakan.

Oleh itu berhati-hatilah didalam menjalani kehidupan ini, hiasilah akhlak kalian dengan sembilan perkara seperti yang dinyatakan di atas. Jangan kecundang dengan tipu daya dunia dan terpengaruh dengan pujuk rayu anak Adam. Sekiranya kalian kekal dengan status wanita solehah insya Allah pasti kalian akan mendapat kebahagiaan di dunia dan mendapat kemuliaan di hari akhirat. Yakinilah bahawa kalian bakal menjadi ketua bidadari di syurga yang lebih cantik daripada bidadari bermata jeli!



p/s : Wahai Tuhan yang Bijaksana lagi Maha Mengetahui, ampuni aku .. kerna aku pernah lupa .. pernah alpa ... maka sekarang ini aku benar2 rasa sangat berdosa ... semoga Engkau mengampuni ku dan mengampuni semua umat Islam di dunia ini dan tunjukkan kami jalan yang lurus..amin ya Rabbbb



Pulang ke Lumut lagi

hari ini senyap2 sahaja pulang ke Lumut... esok Selasa ingat nak pulang ke KL setelah siap urusan disini .. namun mak dan abah minta pulang ke KL bersama mereka .. kerana abah kurang sihat dan tidak boleh drive .. makanya kami akan pulang 2 kereta lah nampaknya ..

sampai sahaja di Lumut , berehat2 sebentar dan keluar semula kerana saya teringin nak makan sushi .. ingat nak beli sushi tesco je tapi suami memujuk agar makan di sushi king .. agak keberatan sebenarnya .. namun akhirnya saya akur kerana telah digula2kan dengan barangan stitch yang baru :P ..


ha yang ni pula sushi yg kami makan ... :)

mata penat tapi xboleh lelap pula .. walaupun dah pasang forest soundtrack relaxation (maaf lah kalau tunggang langgang heheh )


25 Dis 2011

Bekas Air BARU saya :)

koleksi stitch baru sy ... baru dpt mlm tdi yeah!! :)


Moga dikau bahgia




Love of my life - you've hurt me
You've broken my heart and now you leave me
Love of my life can't you see
Bring it back, bring it back
Don't take it away from me, because you don't know -
What it means to me

Love of my life don't leave me
You've taken my love and now desert me
Love of my life can't you see
Bring it back, bring it back
Don't take it away from me, because you don't know
What it means to me

You will remember -
When this is blown over
And everything's all by the way -
When I grow older
I will be there at your side to remind you
How I still love you - I still love you

Back - hurry back
Please bring it back home to me
Because you don't know what it means to me -
Love of my life
Love of my life



sudah punya pengganti sudah... mirip pula lagi ... moga direstui dan bahagia selalu ...

.... kisah di adaptasi dari seseorang ....

pesannya kepada seseorang itu moga bahagia .. dan moga pilihan hati yang baru akan kekal hingga ke sana ... amin .. dan moga sesuai dengan kamu yang baik hati ... dan pasti pilihan kamu itu tentunya pilihan yang benar2 telah dipilih sebetulnya .. baik agamanya ,baik budinya , baik tutur katanya  ...

...insyaAllah ... 



24 Dis 2011

My Stitch :)



kesemua koleksi di atas saya beli di Tesco yang terletak di Lumut .. adalah beberapa seperti kasut tu saya beli di Tesco Ampang dalam Living Cabin .. and towel kecik tu beli kat Sungai Wang .. saya masih mencari - cari koleksi stitch ni .. sesiapa tau di mana gtau la ye :)


Kekasih Insan Sebenar

Muhamad Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kite syg? Macam mana juga kasih syg itu nak brkekalan?

Cikgu : ok, kamu ikut ape yg sy suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dh petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya.

Cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : tadi mse sy berjalan, sy carilah rumput yang paling cantik. Memang ade bnyk yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pn terus berjalan ke hadapan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, sy x jumpa pn yang paling cantik. Mungkin ade di antara yg di belakang sy tadi rumput yg paling cantik tapi dah cikgu cakap xboleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg boleh sy petik.



Cikgu : ya itulah jawapannye. Maknenye apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yg kite syg, janganlah kite mencari yg lebih baik dari itu. Kite patut hargai org yg berada di depan kite sebaiknye. Jgn kite menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. dan ingatlah org yg paling kite syg itulah yg paling cantik dan paling baik walaupun nak ikutkan bnyk lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi…


22 Dis 2011

Musim Demam

Masuk hari ini dah 3 hari saya di Lumut .. lawat mak abah yang demam .. sampai saja di lumut , tengok mak abah tidur di dapur .. ditanya mereka tidak larat hendak ke bilik ... Kesian sangat rasanya ...

Esoknya masak sup ayam dan bubur ayam untuk mak abah dan adik ku Faiz dan Tarif ... dia orang nak ikut sekali ... Hari ini saya jadi nurse :) .. hantar makanan dan bagi ubat pada pesakit .. hari ini adalah hari kedua ..

hari ketiga ...

masak ikan siakap kukus , dan akhirnya hari ini mak makan juga ... hampir seminggu mak tak makan nasi ... abah juga nampak berselera hari ini ... lega mak dah boleh bangun abah pun sama ... akhirnya saya nurse yang berjaya tanpa diiktiraf :P ... petang2 lagi Faiz dan Tarif memancing di Teluk Batik bersama abang iparnya ..

dan saya hari ini kemas rumah dan memasak dan mengemas lagi ..lagi dan lagi ... cari baju yang ingin dibawa ke KL ... dan akhirnya saya akan jadi orang sana kembali ...

Hujan agak lebat .. masuk bilik mak n abah tutupkan air cond diaorang .. esok saya akan pulang ke KL .. harap2 diaorang akan sihat2 sahaja...

dan esok juga kami akan mulakan hidup baru fasa baru .. insyaAllah ...amin

p/s saya juga demam , batuk2 dan sakit kepala sangat ... hanya baring sambil ratah ikan  didalam kesejukan penghawa dingin  (bahasa melayu baku ke?) :P bersama hujan diluar ... dah nak masuk maghrib xleh tido .. huhu


19 Dis 2011

Jalan-jalan cari BIG apple

assalammualaikum semua...

malam tadi tak pergi pun big apple cheras tapi gi big apple wangsa maju :) ... tapi donut kegemaran iaitu oreo tu tak de huhuhu ... n yang best beli 6 pcuma 2...dorg dh xde wat yg lekat2 tu...

tapi punya lah beria nak kan donut,saya langsung tak sentuh pun donut tu...balik dari ctu terus makan di bangi kopitiam yg bdekatan ngn umah .. ingat kan nak makan di Timor Place tpi aduyai ctu xde tempat yg agk ttutup..mm beselah dgn cara pemakaian yg sy bawa sekarang agak mbataskan dan sering mnjadi phatian...kadang2 ada juga dgr ada suara2 yg kurang enak di dengar .. dan ada juga yg enak di dengar. .. sya xmahu kan kedua2nya.. sy mahu kehidupan yg biasa..tak dipuji dan xdikeji..

balik dari bangi kopitiam ingat kan nak g shah alam g downtown ke uptown erk kat shah alam tu hehehe..tapi tgk waktu dh lewat akhirnya kami berempat ke cheras shj..sy hanya membeli tabung bear color itam utk mngisi duit singgit2 sy :)...



bercerita tentang downtown dictu.. itulah kali ptama sy g ke ctu dgn berpurdah...agak kekok krn mnjdi phatian.. mmm .... apa yg sy telah bulatkan di hati .. biar apa pun sy akan kekal begini ... dgn cara yg sudah di nazarkan ...alhamdulillah sy belum pernah lgi tpikir utk mbuka kain kecil yg mnutupi separuh wajah sy ni....ya Allah aku hanya mahu aku terus berasa selesa dan selamat dgn apa yg ku pilih skrg ...


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com