hari ni dah hari ke 45 untuk ayu .. bermakna semalam hari terakhir tempoh ayu berpantang.Tapi walaupun dah habis pantang,ayu tetap kena berhati-hati dalam memilih makanan,sebabnya ayukan bersalin secara czer,lagipun boleh lah maintain kan berat badan ayu ni hehhehe..sebelum pregnant berat 62 ke 63kg,waktu pregnant 64kg,last timbang 67.6kg.naik sikit je dari sebelum pregnant.lepas je bersalin,badan kembali ke berat sebelum pregnant iaitu 62kg.Hari ke 4 berpantang,berat badan terus turun 7kg,bermakna berat sekarang 55kg.Alhamdulillah rasa ringan sikit badan.
hari ni ayu dah boleh mandikan baby sendiri.Dah berani sikit :).Alhamdulillah.Kat sini ayu kongsikan tentang berpantang.Ayu google je and baca :),jadi ayu kongsikan apa yang ayu baca untuk kita semua.
TQ utk DEMC diatas perkongsiannya..
Dari
segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi
adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh
puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala
boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta
adat resam individu.
Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya memfokuskan
daripada segi sajian makanan serta minuman sahaja. Malahan ianya turut
merangkumi hubungn kelamin, aktiviti harian seperti amalan mandi atau
amalan berurut. Pada kebiasaannya, adalah tidak menggalakkan hubungan
kelamin pada tempoh masa tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan
hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut
telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas
melahirkan).
Daripada segi tempoh perubatan pula tempoh berpantang ini sebenarnya
adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang
wanita bagi memastikan luka jahitan episitomi atau jahitan pembedahan
(Caesarean) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah
nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah
mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan
masa bersama bayi dan suami. Selain daripada itu, sesetengah wanita akan
mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa
bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya akan mengambil masa yang agak
lama bagi mengatasi trauma tersebut.
Manakala daripada segi kesihatan pula, darah nifassebenarnya
mengandungi bacteria dan juga lendiran daripada lapisan dinding rahim
system peranakan. Keadaan anatomi salur kencing dan salur dubur yang
berdekatan dengan salur faraj menyebabkan berkemungkinan jangkitan kuman
mudah dihadapi. Luka jahitan episitomi juga mugkin boleh terbuka atau
koyak jika berlaku tukusan semasa hubungan kelamin tersebut.
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan, mengikut kepercayaan senarai
makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang
diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’seperti kangkungserta jenis ikan
yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung. Ibu yang
sedang berpantang juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau
sjian yang pedas kerana dikhuatiri akan’disalurkan’ melalui susu ibu
kepada bayi tersebut.
Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air
walaupun dari segiperubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi
yang sering terjadiakibat amalan ini adalah masalah sembelit serta
dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan
air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang
berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau
air suam antara tiga hingga lima gelas sehari berikutan kehilangan
banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran
darah nifas juga penyusuan ibu. Namun begitu, minuman berais ataubergas
adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Secara kesimpulannya contoh-contohyang disebutkan tadi hanya
merupakan sebahagian amalan berpantang yang seringkali dipraktik dan
diamalkan. Namun begitu, terdapat juga amalan-amalan berpantang yang
tidak begitupopular yang sudah ketinggalan zaman kernan tidak sesuai
dengan keadaan terkini dan tidak diwarisi lagi. Daripada huraian di atas
boleh disimpulkan bahawa tidak semua amalan semasa berpantang itu
membawa kesan negatif malahan ada juga yang secara logiknya memberikan
kebaikan kepada kesihatan kita.
Yang ni pulak ayu baca di BabyCenter
Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang
baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa
yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita
Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang
rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal
mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita
dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.
Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh,
bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.
Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang
NR) dan penulis buku
Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan
berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan
pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara
keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri
dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih
berpegang kepada amalan berpantang.
Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu
selepas bersalin.
Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah
berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas
pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.
Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang
kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu.
Elemen-elemen itu ialah:
- tanah, yang bersifat kering;
- api, bersifat panas;
- udara, sejuk;
- dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan
keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu
wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan
kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa.
Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan
berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang
dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung
dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
- bidan kampung;
- pengasuh khusus;
- emak sendiri atau ibu mertua.
Memang
diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk
mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.
Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai: