tetiba malam tadi saya begitu rajin nak buat kuih ni.. orang panggil kuih bom/bijan..bagi saya resepi dari ibu saya ni agak sedap..dan yang paling penting tak meletup bila goreng..nak tau resepinya?mudah je..tapi untuk sukatan tu,saya tak ikut sangat pun..saya main agak je..
ok untuk doh :-
tepung pulut lebihkan sikit + tepung gandum
air,santan ..
uli sampai jadi doh yang senang dibentuk nanti
intinya pula :-
gula kabung
*masak dalam kuali,campurkan sekali + air / air kelapa tadi tu untuk lagi sedap ..
dan masak hingga kering ya..
lepas tu masukkan inti,dan bentuk kan jadi bulat-bulat,lepas tu salutkan dengan bijan.
biarkan dalam sejam,baru goreng.jangan lupa untuk tutup doh yang dah siap tu sebelum digoreng,takut masuk angin nanti dia keras pulak..
SELAMAT MENCUBA!
harap faham lah ya hihihi .. tak faham leh tanya..
nak tengok tak kuih raya pertama yang saya buat ? klik di sini
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: