Day -2
Day - 3
Day - 4
Day - 5
Day - 6
Day - 7
Day - 11
Alhamdulillah saya selamat bersalin di Hospital Seri Manjung secara czer/pembedahan.
Nama : Nailah Al Farafishah Binti Shahrul Izhan
Tarikh Lahir : 12 Oktober 2013 / 06 : 56 pagi
Berat : 3.2 kg
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
..............................................................................................................................................................
Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan .. Menempuh kesakitan lebih dari 24jam,menyebabkan doktor telah memutuskan supaya saya dibedah tanpa menunggu persetujuan suami tercinta,kerana ketika itu suami berada dirumah untuk menunaikan solat subuh.
Doktor mengatakan walaupun bukaan sudah 8 cm namun saya tidak dapat melahirkan bayi saya secara normal,kerana kesakitan yang saya alami sudah melebihi 24jam,walaupun saya menyedut gas etonox ( betul kot ejaannya ) tapi sakit masih dapat dirasai.Ketuban telah dipecah oleh doktor ketika bukaan 4cm lagi,namun kerja Allah swt,tiada siapa yang ketahui,akhirnya pembedahan juga yang menjadi pilihan.
Namun saya bersyukur kerana bayi saya sihat tanpa sebarang masalah.Setelah 4 hari ditahan di wad,akhirnya 15 Oktober 2013 bersamaan dengan Hari Raya AidilAdha saya dibenarkan pulang,setelah plaster ditempat pembedahan dibuka.
Sewaktu diczer memang tak rasa sakit pun,walaupun saya boleh nampak bagaimana operasi tersebut melalui lampu atas,memang agak mengerikan,saya cuma lihat sekejap sahaja dek kerana kengeriannya.Setelah selesai czer,saya diminta berehat selama 6jam,dan selepas itu saya perlu berusaha untuk bergerak,bangun dan berjalan sendiri supaya tidak ada kompilasi pada masa akan datang.
Hari ini,ketika saya menaip coretan ini,sudah masuk hari ke 12 saya berpantang.Namun pedih/ngilu ditempat czer tersebut masih terasa.Dan pergerakan masih lagi terbatas.
Saya berharap agar pembaca semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.Dan saya doakan anda semua bahagia dunia akhirat bersama insan-insan tersayang.Ameen ya Allah.