Kulit bayi sangat halus dan sensitif.Jadi kita perlu menitik beratkan tentang penjagaan kulit bayi kita :).
Perkara-perkara yang perlu difikirkan semasa membeli pakaian bayi:
1. Basuh semua pakaian baru sebelum digunakan. Ini dapat mengurangkan tahap kandungan toksik yang selalunya terdapat pada pakaian baru.
2. Sekiranya pakaian tersebut dibungkus di dalam beg polythene atau bungkusan lain, buka beg tersebut di luar rumah supaya wap bahan kimia formaldehyde dibebaskan di udara untuk mengelakkan anda dan bayi anda menghidunya.
3. Seboleh mungkin, elakkan daripada membeli pakaian bayi yang mempunyai corak huruf-huruf daripada bahan seperti getah kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia phthalates. Biasanya, corak huruf PVC yang mengandungi phthalates adalah lembut dan elastik.
4. Pastikan bayi anda tidak memegang atau menghisap corak huruf getah ini semasa mandi atau menukar pakaian.
5. Carilah produk yang mempunyai eco-label.
6. Beli pakaian terpakai. Ia mesra alam-sekitar, dan lebih lembut kerana telah digunakan dan dibasuh berulang kali. (Oleh kerana itu, pakaian tersebut mengandungi kurang bahan toksik.)
7. Pilih mengikut kesesuaian. Pilih pakaian yang mudah ditanggalkan semasa menukar lampin.
8. Pilih mengikut keselesaan. Pilih pakaian berfabrik lembut tanpa zip yang boleh menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa.
saya telah memilih detergent ini untuk mencuci pakaian bayi yang bakal lahir ni , insyaAllah
saya memilih jenama ni sebab baunya yang wangi hihi..
ha! ni lah keperluan baby yang akan dibasuh tengahari ni :)
saya tak beli banyak sangat baju2 baby ni .. jom tengok apa yang ada dalam pic ni hihihi .. mana tau leh jdi rujukan bakal ibu yang akan datang , insyaAllah :) .. semoga bermanafaat
dari atas :-
1 - set sarung tilam baby yang dijahit sendiri oleh en.hubby ( 1 set )
2 - sapu tangan 2 helai ,bedung bayi tanpa penutup kepala dijahit oleh saya sdiri :) dan 1 helai bedung ada penutup kepala
3 - mitten and booties 3 pasang , mitten and booties set dgn topi 1 set
4 - baju lengan panjang sepasang ,baju lengan panjang berlubang sepasang ,baju lengan panjang diberi kak anjang 2 pasang
5- baju lengan pendek 2 pasang ,2 pasang lagi diberi kak anjang juga :)
6 - baju set siap topi ,mitten dan booties ,bip 2 helai
7 - baju photoshoot sepasang untuk newborn ,yg ni sebijik :D
8 - rompers 2 helai set dengan topi, headband , bip , mitten n booties ,barut ,sapu tangan ,macam pic kat bawah ni ..hihi yg belah kiri tu set num 7 mcm baby ats tu pakai ,xnmpk coz separuh je kan heheh
last sekali
9 - barut :) ada 7 helai yg jahit sendiri ,3 helai lagi beli :) bermakna barut ada 10 helai ...
alhamdulillah selesai sudah senarai yang akan dicuci hari ini insyaAllah .. untuk saya punya ada iaitu nursing cover dan nursing **a .
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: