Resepi yang telah dipilih ialah ayam masak kicap .. memandang dalam peti ais ada banyak stok ayam ,udang, sotong dan ketam.Jadi saya memilih ayam dan sotong (sambil jerit,saya mesti pilih!) untuk dimasak hari ini.
sebenarnya mak mentua selalu buat ayam ni Masak Lemak Cili Api
resepi ayam masak kicap versi cik ayubalqishah ngeee ..
Bahan2 :-
ayam yang telah digoreng separuh masak ( ayam,garam,kunyit,serbuk blackpepper (perap) dan minyak untuk menggoreng)
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia cincang halus
kicap manis
4 biji cili padi dibelah dua
2 batang cili hijau muda kalau suka :)
cara2 nya
ambil 3 sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi,tumiskan bawang besar,bawang putih,halia,dan cili api sehingga naik bau.
lepas tu masukkan kicap dan ayam lalu kacau.
terakhir tgk ayam dh masak , letak cili hijau muda tadi .. dan saya tambah kentang juga coz memang suka ayam masak kicap letak kentang :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: