Dan saya telah memilih set bersalin Tanamera yang dibeli secara online di website mereka http://tanamerapostnatal.com/ memandangkan set ini agak sukar didapati di supermarket seperti set bersalin D'herbs, Orang Kampung, Mustika Ratu dan sebagainya.
Dalam masa sehari ianya telah sampai di depan pintu rumah melalui Pos Laju :) .. beginilah rupanya sewaktu ianya sampai dan sudah dibuka balutannya ..
Terdapat 11 item dalam set bersalin ni .. ni pic dari en.google
saya baru gunakan 3 barang dari 11 item dalam set ni :)
ok nak tau apa yang telah saya gunakan ?
VCO - Cold press virgin coconut oil
digunakan untuk urutan perenium dan minum
Brown Formulation Soap
digunakan utk mencerahkan kulit sbb ia macam scrub, boleh kurangkan tompok2 hitam/pigmentation yg disebabkan hormon...selalunya kat ketiak, leher, kelengkang, perut.
Lavendar Floral Water
suka sangat yang ni coz saya jenis susah tidur malam, malam tadi saya sembur seluruh badan dan akhirnya tak sampai 15 minit saya dah boleh terlelap ! sangat relax je rasa :)
Hihi item lain digunakan selepas bersalin nanti .. cuma sekarang tengah pikir2 rasa macam nak guna Herbal Massage Oil coz bau dia macam best ,tapi kena pikir jugak 2,3 kali lagi coz nanti pas bersalin pun nak guna minyak ni, dan minyak ni ada tinggalkan kesan warna..jadi nak gunanya kena hati2 takut tkena cadar/comforter huhu..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: