23 Okt 2013

Pengalaman Pertama Kali - My Baby

Day - 1


Day -2

Day - 3

Day - 4
 Day - 5


Day - 6

Day - 7

Day - 11

Alhamdulillah saya selamat bersalin di Hospital Seri Manjung secara czer/pembedahan.

Nama : Nailah Al Farafishah Binti Shahrul Izhan
Tarikh Lahir : 12 Oktober 2013 / 06 : 56 pagi
Berat : 3.2 kg

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


..............................................................................................................................................................

Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan .. Menempuh kesakitan lebih dari 24jam,menyebabkan doktor telah memutuskan supaya saya dibedah tanpa menunggu persetujuan suami tercinta,kerana ketika itu suami berada dirumah untuk menunaikan solat subuh.

Doktor mengatakan walaupun bukaan sudah 8 cm namun saya tidak dapat melahirkan bayi saya secara normal,kerana kesakitan yang saya alami sudah melebihi 24jam,walaupun saya menyedut gas etonox ( betul kot ejaannya ) tapi sakit masih dapat dirasai.Ketuban telah dipecah oleh doktor ketika bukaan 4cm lagi,namun kerja Allah swt,tiada siapa yang ketahui,akhirnya pembedahan juga yang menjadi pilihan.

Namun saya bersyukur kerana bayi saya sihat tanpa sebarang masalah.Setelah 4 hari ditahan di wad,akhirnya 15 Oktober 2013 bersamaan dengan Hari Raya AidilAdha saya dibenarkan pulang,setelah plaster ditempat pembedahan dibuka.

Sewaktu diczer memang tak rasa sakit pun,walaupun saya boleh nampak bagaimana operasi tersebut melalui lampu atas,memang agak mengerikan,saya cuma lihat sekejap sahaja dek kerana kengeriannya.Setelah selesai czer,saya diminta berehat selama 6jam,dan selepas itu saya perlu berusaha untuk bergerak,bangun dan berjalan sendiri supaya tidak ada kompilasi pada masa akan datang.

Hari ini,ketika saya menaip coretan ini,sudah masuk hari ke 12 saya berpantang.Namun pedih/ngilu ditempat czer tersebut masih terasa.Dan pergerakan masih lagi terbatas.

Saya berharap agar pembaca semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.Dan saya doakan anda semua bahagia dunia akhirat bersama insan-insan tersayang.Ameen ya Allah.


3 Ogo 2013

Aidilfitri 2013 - persiapan

untuk persiapan raya tahun ni, saya baru beli hijab je :) ... warna coklat huhuhu .. ntah knp terpanggil untuk memilih warna coklat ni ..kat sini nak kongsi hijab yg saya dh pun membelinya melalui online!.. heheh..sebelum ni pernah juga kena tipu dengan pembelian online ni, tapi tu tahun lepas hihihi.. tahun ni alhamdulillah .. dan saya dh buat siasatan secara sendirian selama 2 bulan sebelum membeli :) .. okies jom sy kongsikan pic nya  ...

sampai je dari kiriman poslaju beginilah rupanya ..


cantikkan kotak dia ? hihi

ok, lepas tu saya pun bukaklah isi dalamnya .. tara .. bungkusan nya pun menarik :)


ok last sekali ,saya pun mengironkan tudung tu supaya nnt takdelah tergopoh gapah bila dh nak dekat raya nanti, coz nak pakainya insyaAllah raya kedua :D


ha ... pic last ni adalah hasil selepas memakainya nanti , tapi model ni xpakai sekali ngn purdah .. tapi set tudung ni saya beli sekali dengan purdah :D .. hope saya secantik model nilah bila pakai nanti hihihi


ha .. pembaca yang teringin/tersuka/terminat atau pun segala terlah.. leh la cari dorang kat fanpage dorang, saya serta kan linknya disini .. http://www.facebook.com/ElleZada




Bab 2 - check list hospital

Orang lain sibuk buat persiapan raya ,saya sibuk pack barang2 yang perlu dibawa ke hospital nanti .. coz dah nak masuk 32 mggu 8 ogos ni ... alhamdulillah semua barang2 yang nak dibawa ke hospital, dah sy siapkan n pack ke dlm bag stitch transparent hihi ..


Baju Seluar - 2 - done
Mittens Booties - 2 - done
Receiving Blanket/ Blanket – 1- done
Towel/Small towel- 1 - done
Barut - 2 - done
Napkin kecil - 1 - done
Diaper - 1p - done
Baby Wipes - done
Minyak Telon/Minyak Yuyi - done
Toiletries - done





2 Ogo 2013

Set Bersalin Pilihan - Tanamera

2 hari lepas saya telah order secara online set bersalin yang telah saya pilih sejak kehamilan baru mencecah 4 bulan.Ini kerana saya telah melakukan survey set bersalin sejak tahun lepas lagi :) .. Set bersalin yang banyak diperbualkan tentang kelebihannya ialah Nona Roguy, Salindah, Am way, Tanamera, Shaklee dan banyak lagi.Contohnya Mustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur, Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul). 

Dan saya telah memilih set bersalin Tanamera yang dibeli secara online di website mereka http://tanamerapostnatal.com/ memandangkan set ini agak sukar didapati di supermarket seperti set bersalin D'herbs, Orang Kampung, Mustika Ratu dan sebagainya.

Dalam masa sehari ianya telah sampai di depan pintu rumah melalui Pos Laju :) .. beginilah rupanya sewaktu ianya sampai dan sudah dibuka balutannya .. 



Saya pilih set bersalin Tanamera coz baca review2 cust yg ada dlm google, fanpage mereka semuanya memuaskan dan paling penting ianya mudah digunakan :) ..

Terdapat 11 item dalam set bersalin ni .. ni pic dari en.google



saya baru gunakan 3 barang dari 11 item dalam set ni :)

ok nak tau apa yang telah saya gunakan ?

VCO - Cold press virgin coconut oil


digunakan untuk urutan perenium dan minum

Brown Formulation Soap


digunakan utk mencerahkan kulit sbb ia macam scrub, boleh kurangkan tompok2 hitam/pigmentation yg disebabkan hormon...selalunya kat ketiak, leher, kelengkang, perut. 


Lavendar Floral Water



suka sangat yang ni coz saya jenis susah tidur malam, malam tadi saya sembur seluruh badan dan akhirnya tak sampai 15 minit saya dah boleh terlelap ! sangat relax je rasa :)

Hihi item lain digunakan selepas bersalin nanti .. cuma sekarang tengah pikir2 rasa macam nak guna Herbal Massage Oil coz bau dia macam best ,tapi kena pikir jugak 2,3 kali lagi coz nanti pas bersalin pun nak guna minyak ni, dan minyak ni ada tinggalkan kesan warna..jadi nak gunanya kena hati2 takut tkena cadar/comforter huhu..










Ayam Masak Kicap

Hari ni nampak gayanya saya perlu memasak untuk waktu berbuka nanti.Sebab mak mentua berada di Shah Alam melawat cucunya yang baru sahaja lahir 31 Julai 2013 yang lalu.Selalunya mak mentua yang akan memasak menu berbuka , dan saya hanya bantu menyelesaikan kerja2 akhir iaitu tanak nasi, buat air dan basuh segala barang2 yang telah digunakan.Selama hampir sudah 3 hari mak mentua di Shah Alam baru hari ini terfikir apa salahnya saya memasak menu berbuka hari ini.Masak simple2 je sebelum ni kami bertiga (saya,suami dan bapa mentua) makan bungkus je sejak hari pertama mak mentua di Shah Alam.

Resepi yang telah dipilih ialah ayam masak kicap .. memandang dalam peti ais ada banyak stok ayam ,udang, sotong dan ketam.Jadi saya memilih ayam dan sotong (sambil jerit,saya mesti pilih!) untuk dimasak hari ini.

sebenarnya mak mentua selalu buat ayam ni Masak Lemak Cili Api
resepi ayam masak kicap versi cik ayubalqishah ngeee ..




Bahan2 :-

ayam yang telah digoreng separuh masak ( ayam,garam,kunyit,serbuk blackpepper (perap) dan minyak untuk menggoreng)
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia cincang halus
kicap manis
4 biji cili padi dibelah dua
2 batang cili hijau muda kalau suka :)

cara2 nya

ambil 3 sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi,tumiskan bawang besar,bawang putih,halia,dan cili api  sehingga naik bau.

lepas tu masukkan kicap dan ayam lalu kacau.

terakhir tgk ayam dh masak , letak cili hijau muda tadi .. dan saya tambah kentang juga coz memang suka ayam masak kicap letak kentang :)












 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com