24 Dis 2014

Banjir 5 negeri

Sumber terkini : harian metro on9



Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

Kuala Lumpur: Lebih 45,000 mangsa banjir kini ditempatkan pusat pemindahan sementara di lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, tengah malam tadi.




Ayam Pong Teh

Resepi Ayam Pong Teh amat mudah dibuat.Jika saya buka menu ini untuk jualan,memang ramai peminatnya.Resipi dari Chef Florence Tan. Ayam pong teh ialah ayam yang dimasak bersama pes taucu. Bahan-bahannya agak mudah dan serius anda takkan sangka dengan bahan tersebut menghasilkan satu masakan yang ada nyum-nyum!!. Bak kata anak saya yang baru berumur setahun 2 bulan ketika ini.Seakan2 masak kicap sedikit tapi ada beza, dan saya rasa, anak-anak mesti suka. Satu lagi rasa dia tak pedas..Dan anak saya Nailah Al Farafishah memang banyak suapnya bila buat menu ni..



22 Dis 2014

Anak Selsema ?

Bila anak selesema saya lah yang paling rajin nak cuba macam-macam untuk hilangkan selsema anak.
Disini saya juga kongsikan tips yang agak mudah untuk anda praktikkan..

Tips rawatan semulajadi untuk demam selsema bagi bayi dan kanak-kanak




Tamar Cocoa

Tamar Cocoa keluaran mana? Di mana HQ nya?

Tamar Cocoa 100% keluaran bumiputera iaitu AL-Haddad Marketing.. Dan ia di jamin HALAL.. HQ terletak di Bertam Perdana.. 
Rasa




21 Dis 2014

Sotong Goreng Kunyit


Hari ini malam barulah bergegas untuk masak,itu pun hanya lah 1 menu sahaja.Petang pun tiada kudap-kudap seperti sebelum ini adalah juga buat kuih Badak Berendam (bluehyppo) , tapi hari ini hanyalah satu dah macam lagu Nora lah pulak.

Punca tak masak tengahari dan petang hari ini,kami dah kenyang lagi terbongkang lepas makan kenduri kawin di dua tempat.Jawabnya malas sepanjang hari.

Bila dah malam terasa lapar,cek peti beku adalah ayam dan sotong.Untuk tunggu ayam lembut mahu makan masa 2 jam.Jadi saya pilih sotong sebagai pilihan hati.Fikir punya fikir,terfikirlah untuk masak sotong goreng kunyit ni.

sangat mudah ok!

1st tentulah kena ada sotong,cuci bersih,potong ikut suka,lumurkan dengan kunyit dan garam+ sikit lada sulah,biarkan terperap dalam bekas dia selama setengah jam.

Ambil,

sebiji bawang besar ,hiris dan leraikan
bawang putih 3 biji hiris nipis
cili merah anak dara dan hijau sebiji setiap nya hiriskan

hiasan nanti leh tabur daun sup dan bawang goreng pun sedap

cara-cara

panaskan minyak
tumis bawang putih dulu,dah nampak keemasan
masukkan bawang besar,dan cili

bawang nampak layu,masukkan sotong ..
*tips sebelum masukkan sotong lumurkan sotong dengan sedikit tepung jagung,untuk kurang letupan huhu ..

perasakan dengan serbuh perasa..

SIAP!! makan dengan nasi panas-panas

saya makan dengan kicap manis pedas + sambal belacan

pergh memang sodap


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com