5 Mac 2014

Fishah start makan lagi 2 bulan


 Tak sabar rasanya nak bagi Fishah makanan pertama,tapi buat masa ni,tak beli lagi apa2 yang patut persediaan untuk bagi Fishah makan.Tadi saje jalan2 blog orang terbaca tentang pemakanan bayi.Jadinya saya kongsi sekali kat blog saya,supaya ibu2 lain juga dapat manfaatnya.Dan peringatan untuk diri saya juga : ) ..

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food
Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.

Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :
  • tumbuh gigi
  • keaktifan seseorang bayi
  • proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
 Apa itu “ Baby -Weaning”?
Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus.

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

UMUR 4 ~ 6 BULAN :

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice ,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin


UMUR 7 ~ 8 BULAN :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

 UMUR 8 ~ 10 BULAN :

Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)


UMUR 10 ~ 12 BULAN :

Semua jenis grain ,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:
1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
  •  

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut  Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and  mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe
---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...
---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)
---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...
Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln  
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..
  •  
Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN & CARA PEMAKANAN FOR BABY

CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

1)  Anak berada dlm keadaan selesa

- Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.

2)  Makanan yg sesuai



- Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu

3)  Tidak terlalu panas



- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu

4)  Bersabar



- Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa

5)  Jaga kebersihan



- Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit

6)  Pastikan bayi  betul-betul lapar ketika itu



- Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan





INFO



Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.



Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…



Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

- Semua makanan pejal :

Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.



Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :

Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.



- Makanan Yang Telah Diproses:

Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.



- Putih Telur :

Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.



- Buah-buahan Citrus:

{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.


- Madu :

Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!


- {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :

Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.



- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:

Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.


- Makanan Laut :

Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.


- Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :

Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


- Gandum dan Produk Gandum :

Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

- Susu Rendah Lemak :

Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.
CARTA MAKAN BAYI
disclaimer: this chart is conservative in nature.
it should NOT be used to replace the advice of your doctor.



stroller Fishah

Alhamdulillah..akhirnya Nailah Al Farafishah lepas ni dah boleh tidur dengan selesa sambil mencuci mata..eh macam mn pulak tu erk..heheh..

Walaupun sebelum ni dh decide nak amik halford dan sebelumnya tu nak amik sc6 9 n scr 7,tapi akhirnya sudah pasti perancangan Allah itu lebih baik dari segala perancangan.Kami telah memilih scr 6 tanpa scr 7.coz bila pikir2 kan ketika dalam perjalanan pi amik stroller,car seat tak perlu sebab car seat nya sampai 13kg shj Fishah dah 8kg sekarang,jadinya ntah sampai bape bulan dia nak pakai.Lagipun selama ni Fishah saya yang pegang bila dalam kereta.

AKHIRNYA kami hanya ambil stroller scr 6.Dapat2 terus bawak Fishah jejalan dalam tesco ampang.Alhamdulillah Fishah diam je waktu dok dalam tu.N stroller ni agak ringan berbanding halford tu.Dan mudah juga nak kendalikan dia.





1 Mac 2014

keperluan Nailah Al Farafishah

Bismillahirrahmanirrahim..semoga Allah swt permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat sana.ameen

Sebenarnya tak tahulah sama ada keperluan atau pun pembaziran.Biasalah 1st baby memang agak teruja unyuk.mendapatkan itu ini.Untuk itu saya telah menglistkan apa yang perlu saya dapatkan sebelum usianya menjangkau 6 bulan.Hope sesiapa yang ada baca post saya kali ni,bolehlah beri pandangan anda.Kat mana nak beli,nak dapatkan harga terbaik.Segala perkongsian dari teman2 amatlah bermakna.

1 - baby carrier - dh pun beli amik papa germany..puas hati kain pun ok..cuma hari tu basuh kalernya turun huhu..
2 - stroller - cadangannya nak amik scr 9 with scr 7,tapi setelah membuat penelitian nak amik halford zuzz 4
3 - insurans - cadangnya nak amik PruBSN,sesiapa yang tahu tentang ni boleh lah share ya apa yang patut
4 - ha..yang ni paling penting nak buka akaun Fishah,dah wat research sana sini,saya pilih nak buka akaun kat tabung haji

for feeding cadang nak ambil semuanya dari tommie tippie coz botol susu dia pun dari tommie tippie

spoon * feeding spoons 5 pack
bowls * easy scoop feeding
cutlery * 1st grown up
plates * section plates
magic gripper mat
mini blender & feeding set by Avent
electric food & milk warmer
bottle for 12 month - yg ni macam terlajak cepatlah pulak nak belinya
freezer tray baby cubes

majlis kesyukuran dah buat masa habis pantang 44 hari kat rumah kedua mak ayah kat Lempor/Manong .. Perak

majlis cukur sudah buat di Shah Alam bersama anak saudaranya,ini pun langsung tak merancang .. hanya kebetulan coz masa hari ke 7 kelahiran Fishah dah pun kami cukur rambutnya untuk ditimbang dan dinilaikan dengan emas untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.tapi masih belum timbang lagi coz waktu tidak mengizinkan.

majlis Aqiqah insyaAllah 3 may 2014 ni,Fishah nak masuk 7 bulan.buat di Pahang rumah mak saudara.Sudah rezeki untyk Fishah tahun ni..segala majlis kesyukuran,cukur dan aqiqah,ada sahaja yang memberi.Alhamdulillah segalanya dari Allah..moga rezeki kami anak beranak berpanjangan dan diberkati.

semoga Nailah Al Farafishah menjadi anak solehah ayah ibu.ameen.







26 Feb 2014

tukar lagi!!

Sebelum ni punya entry memang dah cerita tentang penukaran ni..huh kali ni tukar lagi.alasan kukuh tau macam konkrit  makin teruk leher fishah sampai berdarah lagi coz dia garu.

Pilihan kali ni memungkinkan ianya adalah pilihan terakhir dan insyaAllah tepat.Sampai je poslaju,saya teruskan mandikan fishah guna sabun lama dia si buds tu.Lotion dia pun sama.Yang baru nya hanyalah cream telon dengan hair and body oil dri Tropika.Apa yang macam peliknya kan..15 minit lepastu si Fishah tidur dengan sendiri tanpa BF pun.Biasanya memang kena bagi dulu barulah tido.best2.Nanti saya kongsi lagi pengalaman menggunakan set Tropika ni.Jadi baby tropikalah anak ibu ni.Tapi untuk hari pertama..saya puas hati.



Tengok si Fishah,teruja betul dapat barang baru.Bukan nak cakap apalah kan..yang kali ni memang agak mahal  dari yang sebelum ni..coz sebelum ni 3 barang.Kali ni bubble wash,lotion,cream telon n 1 lagi starter kit untuk kulit sensitif,ada bubble wash dgn baby hair n body oil.Tak apa lah bukan untuk orang lain untuk anak sendirikan.


19 Feb 2014

Perkongsian ( Propolis ) kami makan tau!


Kami sekeluarga makan propolis..komen kami..yup sgt bagus..cuci dlm badan..ayah dlu kalau makan kambing mesti rs pening2 or panas tapi skrg dh x..n ayah kata selain monavie,propolis ni terbaik n sesuai tuk ayah..terbaik..kalau ada bminat nk tahu boleh PM..nk try pun boleh..beli sebotol dlu..harga 1 pack ji rm 190..nk dpt hg kawan2 leh PM..ayah selalu tak larat nak naik atas,coz rumah kami tingkat 4,mesti berhenti-berhenti dari tingkat ke tingkat sekarang alhamdulillah ayah ckp,kalau ikut cara kami .. mak akan buat air propolis dalam 1.5L air kosong tu dan letak dalam peti sejuk,jadi bila-bila masa kami nak minum,senang kami terus minum je .. tak payah nak titik2

kat sini saya kongsi kelebihannya dan seangkatan dengan nya


Cara Penggunaan Propolis Active

Aturan Makan
Dewasa

  • Amalan Harian :  Pagi atau Petang  – 15 titis setiap dos
  • Sakit Ringan :  3 kali sehari – 15 titis setiap dos
  • Sakit Kronik : setiap 4 jam – 15 – 33 titis setiap dos
Remaja Dan Kanak Kanak
1/2 sukatan dewasa, kanak kanak 1/4 sukatan dewasa.
Ps : Adakalanya sukatan yang lebih diperlukan untuk penyakait atau masalah yang telah lama dihadapi dan kronik ( nota : tahap lebih sukatan ialah 7ml setiap dos)
Kegunaan Luaran
Sapu terus pada bahagian kulit yang bermasalah, pagi dan malam sebelum Tidur, untuk penyakit kulit kronik, luka kronik elakkan terkena air selama 3 hari
Pesanan & Nasihat
  • Jangan gunakan sudu besi dan bekas Logam
  • Pastikan Minum 1500ml ( 7 gelas air masak) setiap hari
  • Pengguna Muslim Disarankan membaca Al-Fatihah, Niat khusus penyembuhan penyakit.. dan berselawat. minum dalam 3 nafas/teguk
  • Jangan tinggalkan dalam kederaan, simpan di bawah suhu 30°C
NOTA :
Tidak menjadi masalah jika mengambil propolis bersama ubatan atau pemakanan lain, malah ia digalakan dan mungkin dapat memberi kesan yang lebih baik,
Namun jarakan waktu pengambilan 2-5 jam antara setiap produk


Apakah Propolis

Propolis adalah sejenis Damar, yang diambil oleh lebah dari Pucuk tunas tumbuh tumbuhan di waktu pagi. Dari penyelidikan yang dijalankan oleh saintis dari beberapa buah Universiti terkemuka, bahan Antibiotik yang terkandung dalam damar, digunakan oleh Lebah sebagai pelindung sarang dan seluruh Koloninya dari serangan Baktiria, Vairus dan Kulat.
Kajian juga mendapati, selain bersifat antibiotik, Propolis juga mengandungi semua jenis Vitamin ( kecuali Vitamin K ), semua jenis mineral yang diperlikan oleh badan ( kecuali Sulfur ). Nama “Propolis” di ambil dari bahasa Greek, “PRO” Bermaksud ”SARANG” dan “POLIS” bermaksud “PELINDUNG


gambar damar (propolis) yang terdapat di sekeliling sarangCara Lebah menghasilkan PropolisBahan Aktif yang Terdapat dalam Propolis


Cara Lebah menghasilkan Propolis Bahan Aktif yang Terdapat dalam Propolis


Bahan Aktif yang Terdapat dalam Propolis

 

Khasiat Propolis :

Khasiat Propolis Diperakui oleh Al-Quran dan Juga Sains Moden


Khasiat Propolis
Kajian sains tentang Propolis

Lapuran akhbar tentang Propolis

KHASIAT PROPOLIS ACTIVE

Khasiat Propolis Sebagai Zat tambahan
  1. Mengandungi semua Vitamin yang diperlukan badan kecuali Vitamin
  2. Mengandungi semua Mineral yang diperlukan tubuh Kecuali Sulfur
  3. Mengandungi semua 16 rantaian Asid Amino Essensial yang diperlukan untu regenarasi sel. terutama Bioflovonoid iaitu Zat Antioksida, sebagai makanan sel
  4. Mengandungi Zat Zat yang diperlukan untuk membina kekebalan tubuh dan mengaktifkan Kalenjar Thymus untuk penghasilan T-Limfosit Sel Darah Putih untuk membunuh Kuman, Vairus dan Baktiria yang masuk kedalam tubuh
Khasiat Propolis didalam Pengubatan
  1. Mengandungi Zat aktif yang berfunggsi sebagai penawar berbagai jenis penyakit
  2. Sebagai Antibiotik, AntiViral dan sekaligus Antifungal semulajadi tanpa kesan sampingan berbanding antibiotik buatan manusia yang mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa pendek dan dalam jangka masa panjang.
  3. Sebagai Anti-Peradangan. sesuai dengan penyakit yang berkaitan dengan sakit pinggang, radang tekak, barah gusi, luka dan berbagai lagi.
  4. Sebagai Anti-kanser dan Mutangenesis sel. Contohnya : Barah payudara, kanser tulang, kanser tumor dan lain lain.
  5. Berfungsi untuk membersihkan Pembuluh Darah dan detoksifikasi atau pembuangan racun. Contohnya : kolestrol tinggi, Trigliserin yang mengakibatkan darah tinggi, Serangan jantung, Angin Ahmar, Kencing manis dan sebagainya.
 Kajian Makmal menunjukan :
“Kandungan “Bioflavonoid” pada satu titis PROPOLIS bersamaan dengan “Bioflavonoid” yang dihasilkan dengan 500 biji Oren”

Selain Membekal Vitamin Dan Mineral  Untuk Tubuh, Propolis Active Juga Cukup Berkesan bagi Masalah seperti….
  1. Segala jenis Demam ( Denggi, Kepialu, Campak)
  2. Masalah Kepenatan, Kelesuan kronik
  3. Sakit Gigi, Barah Gusi, Gigi Rosak atau Mereput
  4. Tekanan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Rendah
  5. Migrain atau Sering Sakit Kepala
  6. Asthma atau Lelah Kronik
  7. Angin Ahmar Atau Stroke
  8. Masalah Gout
  9. Thyroid ( Kecelaruan Hormon)
  10. Gastrik, Appendik, Luka Usus
  11. Kencing Manis atau Diabetes
  12. Sakit Pinggang Dan Masalah Tulang
  13. Sembelit dan Buasir
  14. Resdung
  15. Ketumbuhan, Kanser Payudara, Tulang Dan Lain Lain
  16. Lenguh Tulang dan Sakit Sendi
  17. Batu Karang, (Pinggang dan Hati )
  18. Alergik Makanan dan Habuk
  19. Tekanan Perasaan, mudah Lupa atau Nyanyuk
  20. Kudis Buta, Bisul, Kurap dan Panau
  21. Kulit melecur
  22. Jerawat Biasa dan Jerawat Batu
  23. Membuang Kolesterol dan Trigliserin
Masalah Wanita dan Masalah Bayi
  1. Menghaluskan Kulit dan Awet Muda
  2. Senggugut Kronik
  3. Haid Tidak Teratur
  4. Fibroid
  5. Menguatkan Hormon Pembakaran lemak/Masalah Obesiti
  6. Keputihan dan Masalah Faraj
  7. tonik Lepas bersalin
  8. Sakit Tumit Kaki dan sengal sengal Sendi
  9. Stress, Kerisauan, Rambut Gugur
  10. Meningkatkan Nafsu Seks
  11. Ruang Lampin, Ruam Susu
  12. Sering Demam, Sakit Perut, Hyperaktif dan lain lain
Bagaimana Propolis Berfungsi ?
Pernahkan anda mendengar perkataan Kelenjar Timus ? Terletak di bawah leher, disebelah kanan. Kelenjar Timus merupakan kelenjar Terpenting yang berfungsi menyusun atur sistem hormon dan pertahanan badan anda dari serangan segala jenis penyakit (imun). Kelemahan Kelenjar Timus adalah secara tak langsung merupakan kelemahan sistem Pertahanan Badan Manusia.
Vitamin, Mineral, Bioflavonoid dan zat zat aktif lain yang terkandung di dalam propolis amat diperlukan oleh Kelenjar Timus.
 ” Dr John Diamond “
Presiden Akademi Pencegahan Penyakit. Valley Cottage USA
“Dari semua Makanan Kesihatan yang telah kami Uji. Satu satunya yang mampu menguatkan kelenjar Timus adalah Damar Lebah atau Propolis Lebah. Jesteru mengekalkan kesihatan sepanjang hayat…. “


TESTIMONI PENGGUNA

PROPOLIS ACTIVE

Testimoni pengguna Propolis

 testimoni pengguna propolis aktif

Testimoni pengguna Propolis Active

KELULUSAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA













 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com