2 Jun 2009

AKU SENDIRIAN


Menahan rasa terkilan
Menahan rasa tertekan
Menahan rasa terbeban
Hati terhimpit
Lalu tercalit
Fikiran sempit
Akal terpalit
Hinaan bertalu
Cacian berlalu
Ada makian disitu
Menahan rasa terkilan
Timbul persoalan
Menahan rasa tertekan
Setelah mendengar jawaban
Menahan rasa terbeban
Tinggalalh aku bersendirian…
Ayubalqishah
02 Jun 2009
08.30 pagi



27 Mei 2009

Bacalah KalamNya


Amalam membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan,seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini.Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia,namun akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara.Apa yang ditakuti kini telah pun terjadi.

Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-

"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".

Kini ia benar-benar terjadi.Terlalu ramai yang mengikut hawa nafsu,mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran untuk kepentingan diri masing-masing.Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.

Wahai umat Islam yang dikasihi,usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu,hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya.Belajar lah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan,di tambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan Qiya Mulai.Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang di turunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat.Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.

-Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.
Diantara fadhilat indahnya
*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.

-Ikhlas kan hatimu membaca A-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.

Sabda Rasulullah SAW
'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.(Riwayat Ibnu Hibban)

-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Kahfi

Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda
'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)

-Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yassin
Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda

'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)

Lalu bacakan lah pula Surah Ad-Dukhan

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda

'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)

Tambahi lah dengan membaca surah Al-Mulk

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda

'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"


-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah

Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda

'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.

-Inginkah kamu mati didalam syahid amalkan lah surah Al-Hasyar

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda

'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'
kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.

Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda

'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)

Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bila kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah ilmu dunia mu dan ilmu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.

Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk.

PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN


26 Mei 2009

Bagaimanakah Rupanya Neraka?




Jika kita boleh melihat sendiri keadaan api neraka itu,pasti kita akan berasa insaf dan tidak lagi melakukan perkara yang boleh mendekatkan kita kepadanya.Walaupun sudah ditunjukkan imej matahari yang diperolehi oleh
Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescopepada jarak dekat iaitu 5000 km dari matahari.Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula keadaan api neraka kelak.Wahai teman-temanku insaflah selagi kita diberi masa untuk bertaubat.Jauhilah perkara-perkara terlarang.
" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada
api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan
penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu
tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya". At-Tahrim ayat
6

Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya
berbanding dengan api didunia ini. Sekiranya jatuh serpihan api neraka walaupun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.

Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun
bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna
hitam". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Salman Al Farisi berkata:

" Apabila neraka itu bewarna hitam, maka
hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap
warna api neraka itu sama sahaja panasnya".

Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:

" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya
sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata
sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang
kepanasannya".

Api neraka kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim
dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di
dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Neraka itu pernah mengadu kepada
Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud =
'Hai, Tuhanku. Aku telah memakan
satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu
pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,
maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia
dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir'.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan
hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:

" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya
kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan
tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu
mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh
pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu
mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam
Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,
Jahim dan Hawiyah.



Semoga kita terhindar dari kepanasan api neraka.Selain dari melakukan perkara wajib untuk menghindari seksaan api neraka ini,kita perbanyakkan lah sedekah.Sedekah juga mampu menghindarkan kita dari perkara yang mendatangkan kecelakaan.Oleh kerana apabila kita sedekah niat kerana Allah SWT pasti orang yang mendapat derma dari kita itu mendoakan yang baik-baik untuk kita,insyaAllah.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT
Dan yang tidak baik itu adalah dari diri kita sendiri.


Luahan Hati Ini

PIC DIATAS BUKANLAH BILIKKU...IA TELAH DI UPLOAD DI WEB YG AKU SENDIRI SUDAH LUPA...CANTIKKAN?BILALAH DAPAT BILIK CAM NI..KOMPEM DAPAT TIDO LENA..:)


Masuk hari ni hampir seminggu aku x tidur seperti manusia biasa,yang waktu malamnya tidur.Tapi aku?Argh....kadang-kadang tersa sedikit tertekan.aku hanya boleh tidur dalam pukul 9/10 pg hggalah nak masuk Zohor.Selepas itu aku akan aktif seperti biasa.Tidur aku tidak mencukupi perjam yg spttnya.Apa lah ptt aku buat sekarang?ada juga yg mberi pdapat,ada bgus juga aku tidak dapat tidur malam kerana aku bolehlah sering bertahajud waktu itu dan mngambil kesempatan untuk merintih pd yg Esa.Meluahkan sgl yg tpendam,bkongsi masalah dgnNya.kerana waktu itu adalah diantara waktu terbaik utk kita berdoa.Seperti apa yg dianjur oleh Rasulullah SAW yg ditutur kembali olh Bilal r.a."Hendaklah kamu rajin bangun malam(bertahajud) sbb hal itu tlh mjadi kebiasaan para salih sblmmu.Dan yg mnyebabkan kamu dkt dgnNya.Juga dihapuskan dosa2 kamu,sekaligus penangkal segala penyakit yg berasal dr tubuh."(hadis riwayat Tarmizi)

Badan ni pn kadang2 serasa sengal dn lemah2,yelah tidur yg xmcukupi.Masalah aku tidak hbis2 dgn tidur.mm..sesiapa yg tbaca post ni..dan punya idea plz share...:)..

yg pernah dilakukan utk mdapat kan tidur namun x bjaya:-

mengemas tempat tidur,bersenam,minum susu,kemas ruang tamu & mop,cuci biik air & byk lg hgga aku lupa apa g yg aku buat utk mdapatkan tidur.doktor ada mbekalkan ubat tidur tapi takkan aku nak makan ubat tidur je.bulan pertama doktor bg 6 biji.skrg dh masuk bulan ke 4.masih tggl 5 biji lg.tapi..aku mkn ubat tu pun effectnya 5 jam selepas mkn pil tsebut barulah aku dpt tidur.kadang2 aku sengaja membuat bising utk mdapat phatian sepupu2ku kerana berasa iri thadap mereka yg kelihatan nyenyak...ai dh aku dpt satu pnyakit hati...kawan2 diluar sana bantulah aku menyelesaikan masalah aku yg telah sekian lama wujud sejak aku berumur 14 tahun lg..dn aku sbnarnya mula mngenali masalah tidur ini mlalui simptom2 yg ditunjukkan pdku ketika berusia 9 thun lg!tapi waktu tu tidaklah tlalu mlampau spt ini.


25 Mei 2009

Haram Bersentuhan Bukan Mahram



Baginda Rasulullah SAW:-
"Dan seseorang yang bersentuh dengan babi yang berlumuran dengan busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."(Riwayat Al-Tarmizi)


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com