Jika kita boleh melihat sendiri keadaan api neraka itu,pasti kita akan berasa insaf dan tidak lagi melakukan perkara yang boleh mendekatkan kita kepadanya.Walaupun sudah ditunjukkan imej matahari yang diperolehi oleh
Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescopepada jarak dekat iaitu 5000 km dari matahari.Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula keadaan api neraka kelak.Wahai teman-temanku insaflah selagi kita diberi masa untuk bertaubat.Jauhilah perkara-perkara terlarang.
" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada
api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan
penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu
tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya". At-Tahrim ayat 6
Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya
berbanding dengan api didunia ini. Sekiranya jatuh serpihan api neraka walaupun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.
Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun
bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna
hitam". (Hadis riwayat Tirmidzi)
Salman Al Farisi berkata:
" Apabila neraka itu bewarna hitam, maka
hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap
warna api neraka itu sama sahaja panasnya".
Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:
" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya
sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata
sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang
kepanasannya".
Api neraka kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim
dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di
dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.
Rasulullah saw pernah bersabda:
"Neraka itu pernah mengadu kepada
Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud =
'Hai, Tuhanku. Aku telah memakan
satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu
pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,
maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia
dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir'.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan
hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:
" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya
kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan
tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu
mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh
pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu
mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam
Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,
Jahim dan Hawiyah.
Semoga kita terhindar dari kepanasan api neraka.Selain dari melakukan perkara wajib untuk menghindari seksaan api neraka ini,kita perbanyakkan lah sedekah.Sedekah juga mampu menghindarkan kita dari perkara yang mendatangkan kecelakaan.Oleh kerana apabila kita sedekah niat kerana Allah SWT pasti orang yang mendapat derma dari kita itu mendoakan yang baik-baik untuk kita,insyaAllah.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT
Dan yang tidak baik itu adalah dari diri kita sendiri.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: