Balai Wangsa Maju KL
Peristiwa malam krismas..
Balai wangsa maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran damaisari wangsa melawati. Sepasukan anggota balai wangsa maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan. Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan.
Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi. Dan bila ditanya kenapa tinggal dihutan yg gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, airmata menitis dari mata tua beliau.
Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak. Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yg daif dalam arus pembanginan yg pesat di kawasan tersebut. Keesokannya sekali lg anggota dari balai wangsa maju melawat pakcik tersebut dan kali ini Ketua Polis Balai Wmaju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut.
Di siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat. Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lg mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata. Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yg disedekahkan oleh org yg mengetahuinya tinggal dihutan.
Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yg berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.
Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 dihutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan? Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.
Wajar kah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan? InsyaaAllah polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan. Innamal Aqmal Binniat. Sekian
p/s : TQ kepada yang berkongsi cerita.Tak tahulah jika saya ada di situ,mahu menangis tanpa henti,terus pengsan agaknya,Yelah macam-macam bermain di benak fikiran.