19 Dis 2011

Jalan-jalan cari BIG apple

assalammualaikum semua...

malam tadi tak pergi pun big apple cheras tapi gi big apple wangsa maju :) ... tapi donut kegemaran iaitu oreo tu tak de huhuhu ... n yang best beli 6 pcuma 2...dorg dh xde wat yg lekat2 tu...

tapi punya lah beria nak kan donut,saya langsung tak sentuh pun donut tu...balik dari ctu terus makan di bangi kopitiam yg bdekatan ngn umah .. ingat kan nak makan di Timor Place tpi aduyai ctu xde tempat yg agk ttutup..mm beselah dgn cara pemakaian yg sy bawa sekarang agak mbataskan dan sering mnjadi phatian...kadang2 ada juga dgr ada suara2 yg kurang enak di dengar .. dan ada juga yg enak di dengar. .. sya xmahu kan kedua2nya.. sy mahu kehidupan yg biasa..tak dipuji dan xdikeji..

balik dari bangi kopitiam ingat kan nak g shah alam g downtown ke uptown erk kat shah alam tu hehehe..tapi tgk waktu dh lewat akhirnya kami berempat ke cheras shj..sy hanya membeli tabung bear color itam utk mngisi duit singgit2 sy :)...



bercerita tentang downtown dictu.. itulah kali ptama sy g ke ctu dgn berpurdah...agak kekok krn mnjdi phatian.. mmm .... apa yg sy telah bulatkan di hati .. biar apa pun sy akan kekal begini ... dgn cara yg sudah di nazarkan ...alhamdulillah sy belum pernah lgi tpikir utk mbuka kain kecil yg mnutupi separuh wajah sy ni....ya Allah aku hanya mahu aku terus berasa selesa dan selamat dgn apa yg ku pilih skrg ...


18 Dis 2011

Muncul kembali

assalammualaikum semua ... maaflah muncul semula ..ada jugak 3 , 4 orang mesej di YM tanya kenapa tak menulis lagi ... saya pikir tiada yg membaca ... dan malahan juga saya ada buat web baru untuk bisnes kecil - kecilan saya. Web ni di beri percuma selama setahun kepada 10 ,000 yang tercepat mendaftar atau merebut peluang ni agaknya .. alhamdulillah saya sempat mendapatkannya .. maklumlah nak dapat domain sendiri agak mahal and kurang pandai memilih apa yang perlu di pilih ... ni link web saya Bisnes kecil saya ... saya perlu bangun sendiri .. cuba apa yang yang boleh dilakukan selagi terdaya , pedulikan apa orang nak kata ... saya perlu berubah .. untuk semua keluarga .. dan demi meneruskan hidup saya perlu pulihkan diri sendiri .. iyalah jika tidak siapa lagi kalau bukan diri sendiri ... saya sudah pun memikirkan semua ini selama saya hilang untuk beberapa ketika ... hidup mesti diteruskan dengan apa yang kita sudah pilih ... apa pun saya perlu melaluinya sakit , sedih , gembira .. sesal apa pun semua mesti diharungi..

sekarang ni .. kejap lagi ingat nak cari BIG APPLE DONUT dah lama tak makan.. cuba lah google maps jap,jumpa akhirnya ..terletak di tesco extra cheras ?

adess leh caya ke ni..cuba jelah kot..mm g ngn angah lah kot .. (jangan bermusuh lelama , coz hidup pun xlama n kekal kan?yang kekal hanya lah disana ) pas maghrib leh la g ni .. sape nak join?jom2 hehehe

sebelum tu nak kongsi sikit laptop compaq yang baru dibeli tahun lepas 2010 12 22 , telah pun rosak hard disknya  .. itu pun rosak semasa sehari selepas dapat lappy sony ni ... :( bertambah sedih kerana lappy yang prob ni adalah pemberian mak :( .. happy dapat lappy baru diiringi sedih lappy lama bermasalah ... mmm


Nilah lappy baru saya ... bersama hp pink hehehe ... putih sebenarnya cuma casing belakang yang
pink :P

saya berblogger sambil dengar lagu di Dambaan by didizli ntah betul ke tak saya eja tu huhu :P .. jangan ditanya mengapa leh terjebak dengan lagu jiwang petang2 cam ni


23 Nov 2011

kerana aku seorang perempuan

" Tidak ada seorang pun yang dapat melawan kehendak takdir.Semua sudah terprogram dalam mega safar di 'lauhi mahfuz..Hari..Tanggal..Menit dan Detiknya "

menanti saat termampu .....

hati kelam
jiwa bergurindam
tatkala takdir tidak sepakatan
namun lautan tak mampu menukar
segala yang sudah disasar...

Ada seorang sahabat bertanya
  1. “KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
  2. “KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
  3. “KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”
Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…
Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…kami CEMBURU bukan tidak bersebab…RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…fitrahnya ciptaan seorang perempuan…allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…punyai 9 nafsu dan 1 akal…bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam…Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…mudah tersentuh…sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bias menakluk dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…namun dia tetap perempuan…punyai kehalusan hati..emosi di sisi diri…namun rasional kami jua dari emosi…
Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti…bukan untuk di lukai…namun hikmahnya ciptaan kami…dari situ la kami ingin dilindungi…dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi…dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam…kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…



Kisah isteri tercinta rasullullah s.a.w iaitu Siti Aisyah R.A…Di antara bukti cinta Aisyah terhadap suaminya adalah jika bangun tidur dan tidak menemukan Rasulullah di sampingnya, ia merasa khawatir dan gelisah. KERISAUAN si isteri melihat suami tiada disisi. Kuatnya cinta yang terpatri di hati insan seorang perempuan..begitu jua kami insan biasa yang diciptakan allah punyai naluri emosi yang kuat..pasti kerisauan datang menjengah bila mana tidak nampak di depan mata..MAAFKAN KAMI KERANA SERING RISAU AKAN SESUATU….
 
Perkongsian dari kisah hati muslimah agung, Siti Aisyah R.A, isteri kesayangan rasullullah…Dua ciri paling menonjol dalam diri Aisyah adalah sifat manja dan cemburunya yang tebal...Jika ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah seperti ia mencinta beliau, Aisyah merasa sangat sedih dan cemburu, bahkan kendati pun wanita itu sudah wafat. Misalnya, walaupun Siti Khadijah telah tiada, Rasulullah selalu saja mengenang dan menyebut-nyebut namanya, kerana beliau dulu banyak bergantung kepadanya, dan hal ini sampai membuat Aisyah cemburu. Kecemburuan Aisyah ini tidak bisa diredam dan dibendung lagi. Namun, itu juga sebagai bukti rasa cinta Aisyah kepada Rasulullah..KECEMBURUAN kami sebenarnya antara kebuktian cinta dan kasih sayang kami..bukan tidak cemburu itu tidak sayang tapi mungkin sesuatu itu tidak sampai menyentuh hati yang paling dalam…MAAFKAN KAMI KERANA SELALU CEMBURU…

Kenapa kami merajuk?? Kadang-kadang kami MERAJUK kerana kami inginkan perhatian..rajuk kami tidak lama..rajuk kami rajuk manja..rajuk kami adalah lukisan perjalanan kisah kita..jika dipujuk pasti kami tersenyum…kami bukan mengade…rajuk kami bukan dengan semua orang..rajuk kami hanya dengan seseorang yang dekat di hati..tapi kenapa ada perempua yang tidak pernah merajuk?? Itulah ayat kebohongan..Cuma kadang-kadang kami tidak menyuarakan apa yang dirasa...lebih baik di simpan dari terluah..rajuk di rawat sendiri…kadang-kadang kami menyatakan rasa rajuk itu...untuk kamu tahu kami inginkan masa dipujuk…kadang-kadang itulah bukti kasih sayang kami yang tidak terluah dek kata-kata macam mana sayang itu..macam mana cinta itu…namun……..MAAFKAN KAMI KERANA CEPAT MERAJUK….
namun....hati kami masih waras untuk bertindak mengikut syarak...rajuk dikawal...cemburu terdidik...kerisauan terbatas...kerana panduan hidup ini....AL-QURAN & AS-SUNNAH...



~terima kasih sabahat atas perkongsian ilmu atas diskusi yang kita buat~

P/S :
...buat bakal-bakal suami...dan untuk suami-suami...


28 Sep 2011

Ayam masak lemak cili api

 Assalammualaikum..hye semua ... heheh

nampak x pic apa tu? tu lah pic masakan dari saya..:) saje nak berkongsi..n sesape kalau nak try masakan yg sgt mudah ni..saya dh bg resepinya sekali..

  Bahan-bahan ( 2 org mkn )

  • santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja
  • bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili padi 12 biji (ditumbuk)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)
  • setengah sudu kecik serbuk kunyit
  • ayam 6 ketul

Cara-cara

  1. campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi)
  2. masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
  3. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau.
  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
Dekat rumah ni kalau masak ayam memang insyaAllah akan laku.. sebelum ni dah buat Ayam Masak Merah



9 Sep 2011

Purdah dan Ganjil

Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?

berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Semoga sesiapa yang post ana kali ini,dapat memahami keadaan ana..jangan lah lagi mengatakan..memakai purdahperlu  tinggi ilmunya,baik imannya ... kerna ana juga sedang berusaha ke arah itu..
 
Berpurdah?ia pilihan ana sekarang..memakai purdah adalah menjadi cita-cita ana sejak di bangku sekolah lagi,namun untuk melaksanakannya pada masa itu..belum kuat lagi.
Sekarang setelah memakai purdah,bermacam-macam yang ana tempuhi.Walaupun baru sebulan memakainya.

Sehinggalah hari ini,ada yang menanyakan,”hai ......,kenapa berpurdah?masuk arqam??..sakitnya perasaan ini bila dituduh begitu.

Tak cukup dengan itu ada yang mengatakan bahawa berpurdah ana perlu mengikut keadaan masa dan tempat.Dan meminta ana mengeluarkan kitab yang mewajibkan berpurdah ini.Ana hanya mampu berdiam diri.Namun sekali lagi ana ditegur  mengatakan di Malaysia ini,tidak perlu berpurdah begini,lain lah jika di negara Arab sana.Negara Arab Negara yang penuh dengan padang pasir,maka mereka tidak nampak pelik berpurdah.Dan sangat sedih mereka juga menyatakan  rimas melihat ana bertutup seperti  itu,menambah kesedihan ana apabila ia ditegur secara terbuka dan nada suara yang agak lantang.

Apa yang menjadi soal sekarang,adakah ana melakukan perkara yang haram disisi agama ISLAM?Ana sudah merasai zaman-zaman kealpaan ana..tidak menutup aurat..namun ketika itu hanya segelintir sahaja yang menegur.
Ya Allah,andai ini yang harus hamba terima di atas kealpaan hamba dulu,hamba terima..Kuatkan lah imanku,bulatkan lah hatiku supaya terus istiqamah memilih jalan yang telah ku pilih.Andai ianya salah maka Kau tunjukkan lah pada ku agar aku tidak jauh dalam mendekatiMu..

Di sini tujuan ana menulis isu purdah ini adalah supaya golongan seperti kami tidak dipertikaikan.Andai kami salah tegurlah dengan cara yang lebih baik.Bertudung labuh dan berpurdah tak semestinya kami tidak boleh ditegur dan sentiasa benar,berjubah bertutup semua tak bererti kami tinggi ilmu dan tidak memerlukan nasihat kamu semua..Kami juga manusia biasa,mahukan kebahagiaan dunia akhirat.
Bila berpurdah ana begitu selesa…Ianya membuat ana berasa lebih selamat,dilindungi..maksud ana,jika ana dan suami  hendak pergi makan di luar,ana akan pikirkan 2 3 kali,ialah makan di luar ana perlu menghadap ramai orang,dan perlu memilih tempat yang tidak ramai lelaki..dan ana sudah kurang kan maksiat mata insyaAllah.. .

Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.......

Dan ana mungkin boleh memilih untuk memasak di rumah..kerana airtangan isteri itu lebih baik
J..
Di sini juga ana ingin kongsikan hujah teman blog ana,mengenai purdah..pastekan disini..
DALIL YANG TIDAK MEWAJIBKAN

1. Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya:dan janganlah kamu pamerkan perhiasan kamu kecuali apa yg zahir drpdnya..

Ibnu Abbas berkata di sini yg dimaksudkan dgn apa yang zahir ialah muka dan tapak tangan
tetapi pendapat ini disangkal oleh Syeikh Musthafa Al-Adhawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'

2. Firman Allah: قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظ فروجهم

maksudnya: dan katakanlah kpd org mu'min tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka....

Ayat ini menunjukkan bahwa ada sesuatu pada wanita yg mungkin dibolehkan untuk dibuka yg pada masa yg sama dilarang dilihat oleh lelaki.

ia juga dikuatkan dengan beberapa hadis antaranya:
"Wahai Ali, janganlah kamu ikutkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana engkau berhak pada pandangan pertama tetapi tidak pada pandangan kedua..

3. Hadis nabi:

Dari Aisyah R.A bahwa Asma' bintu Abu bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis, maka Rasullah berpaling drpdnya dan berkata,: Wahai Asma', jika seseorang wanita itu telah mendapat haidh (baligh) , maka tidak patut terlihat drnya kecuali ini dan ini ( Rasulullah menunjuk kpd tapak tangan dan muka)

4.Hadis nabi:

Rasulullah berjalan bersama Al-Fadhl bin Abbas, kemudian ia berhenti untuk memberi periungatan kpd org ramai... ketika itu datanglah seorang wanita yg cantik dari suku Khats'am meminta fatwa dr Rasulullah. Maka terlihatlah Al-Fadhl akan wanita itu dan terpesona ia. Nabi melihat Al-Fadhl dgn pandangan yg tajam , tetapi dia tetap memandang ke arah wanita tersebut. Maka Rsulullah pun berundur ke belakang dan memegang dagu Al-Fadhl dan memalingkan wajah Al-Fadhl...

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan memperlihatkan muka kpd org ramai....

Ini hanyalah sebahagian hujah drpd 18 hujah sahih drpd ulama'. Baiklah... mari kita lihat kpd hujah yg mewajibkannya........




HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH

1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.......

Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh... Na'uzubillah.........


2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya...

Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali....


3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن

masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka...

Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.

4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan......


Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

.5.Firman Allah (sorilah... dh malas nk tulis arab):
"apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman


6. Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka"


7. Aisyah berkata: " jika rasulullah meihat wanita2 di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"

perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama' dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini....

Antara ulama' yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:

1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi
2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz
3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
4.Syaik Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah
5.Syaikh Bakar Abu Zaid
6.Syaikh Musthafa Al-Adhawi
dan lain2 lagi.........



KESIMPULAN

-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama'. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.
Untuk pembacaan penuh npleh lah ke http://alfateh.via.my/2008/06/hijabpurdahwajib-ker.html?showComment=1303244740439

Wallahualam….

-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah:
بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ

maksudnya: "islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."
Apabila tiba zaman fitnah,maka apa salahnya ana dan yang lain memilih untuk memakai purdah?Moga kita semua dihindari dari segala fitnah..Amin ya Rabb..
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:
“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]

Allah SWT juga menyebut:
”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:
“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.
Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]







 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com