17 Nov 2014

Stroller by sweet cherry

Sesiapa yang berminat unyuk dapatkan stroller sweet cherry pada hg lebih murah dari pasaran boleh wassap/line 018 955 2269



12 Okt 2014

Nailah Al Farafishah - 1 tahun

Alhamdulillah my baby dah pun masuk umur setahun pada 12 okt 2014.Kami raikannya dengan majlis doa selamat secara sederhana sahaja.Semoga Nailah menjadi anak yang solehah.ameen... Cita-citaku mahu jadikan Nailah Al Farafishah seorang penghafaz Al Quran ketika usia masih kecil.Dan nak ajar dia berkuda,memanah dan kalau boleh berenang.InsyaAllah moga dipermudahkan..Hari ini jugak kami bawa di bertindik.Alhamdulillah dia tak menangis pun.. sebulan 2 bulan baru boleh tukar bagi dia pakai subang lain.














8 Okt 2014

hobi baru..pekerjaan baru

Sebenarnya bukanlah hobi baru atau pun pekerjaan baru sebenarnya.Sejak dari zaman bujang saya memang suka memasak dan berniaga.Cuma mungkin waktu bujang kurang pengetahuan tentang menjaga kewangan.Lagi banyak boros.Sekarang dah akhiri zaman bujang dan umur pun sudah menjangkau 27 tahun,saya jadikan hobi memasak sambil berniaga.Alhamdulillah..walau tidak sebesar mana income yang masuk,namun ia menggembirakan hati.

Tak ingat tarikh sebenarnya bila mulakan bisnes banana cheese dan nasi lemak pandan Nailah ni.Dan dalam perancangan untuk buat tambahan 1 lagi jenis makanan yang saya boleh masak dan disukai ramai.Mungkin akan tambah menu untuk lunch.




Alhamdulillah.. banyak sebenarnya komen yang memberansangkan.. hilang penat bangun pepagi seawal jam 4 atau 5 pagi..bergantung pada tempahan..

Sedang menaip kisah hobi baru saya ni..tetiba baru saya teringat bahawa saya masih ada satu lagi part time yang perlu saya selesaikan..iaitu menulis artikel..Allah..sampai orang yang bagi job ni pun saya tak.ingat nama.Jenuh juga nanti nak cari satu- satu nama di inbox fb.Moga Allah permudahkan segala urusan saya sekeluarga.

Apa yang saya perlu tanamkan dalam diri sekarang,adalah mendidik anak sebaik mungkin..mengikuti sunnah Rasulullah SAW.. dan taat kepadaNya.. disamping itu juga saya perlu perbaiki banyak perkara untuk menjadi isteri yang terbaik.Banyak betul kesalahan rasanya sepanjang menjadi isteri kepada Shahrul Izhan Abd Aziz ini.Kesabarannya menjadikan saya terus bahagia disisinya.

Moga Allah panjangkan jodoh kami sekeluarga hingga ke Jannah.ameen





7 Sep 2014

cara perkenalkan telur kepada bayi

Entry kali ni sy copy paste shj.. ianya utk dijadikan sbg bahan rujukan utk sy dan ibu2 diluar sana.Moga dpt dimanfaatkan.Terima kasih kpd yg sudi berkongsi.
Sgt bguna utk ank sy yg ada mild ekzema.Walaupun mild tapi kerisauan ttap akan ada.

Kenapa perlu perkenalkan telur secara berperingkat kepada baby?

Pemberian telur secara berperingkat-peringkat kepada baby adalah bertujuan sebagai persediaan sebelum menerima suntikan MMR. Suntikan MMR akan dibuat untuk baby berusia satu tahun. MMR ada salah satu dos suntikan yang perlu diambil mengikut jadual suntikan vaksin yang telah disediakan oleh KKM. Memandangkan saya menerima suntikan vaksin di KK, maka saya perlu ikut flow and rule yang disediakan oleh KK.

Bila nak bagi telur pada baby?

Telur kuning mula diperkenalkan setelah baby mencapai usia 8 bulan dan sebelum 1 tahun.

Apa kaitan suntikan MMR dan telur?

Menurut apa yang saya faham setelah diberi penerangan oleh nurse, suntikan MMR mengandungi kolostrum seperti mana yang terdapat dalam kuning telur. Maka, sebelum baby diberikan suntikan MMR, baby diberi terlebih dahulu kuning telur untuk mengesan sama ada badan baby mempunyai apa-apa tindak balas atau tidak terhadap kolostrum. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak.

Namun, sekiranya terdapat alahan pada telur seperti naik ruam, bintik merah pada kulit dan sebagainya, sebelum menerima suntikan vaksin pada usia setahun, ibu bapa perlu maklumkan kepada doktor atau nurse terlebih dahulu bahawa bayi tersebut alergik dengan telur. Ini amat penting, agar tiada kesan sampingan yang dialami sebelum menerima suntikan tersebut. Kebiasaannya, doktor atau nurse akan bertanya tahap alahan terhadap telur sama ada serius atau tidak. Sekiranya keadaan agak serius, doktor mungkin akan menangguhkan dahulu suntikan tersebut atau suntikan tersebut masih boleh diberikan kepada bayi tetapi perlu di bawah pengawasan doktor selepas menerima suntikan. 

Terdapat tips yang saya baca, seeloknya selepas menerima suntikan MMR, jangan terus pulang ke rumah. Luangkan masa selama 15 hingga 30 minit, untuk melihat perubahan pada bayi. Sekiranya selepas menerima suntikan, alahan pada kulit bayi segera kelihatan untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.


Cara memperkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat-peringkat.

PASTIKAN :

- telur kena pastikan betul-betul masak

- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

CARA-CARANYA:

Minggu pertama – 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja

Minggu kedua – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga – 1 BIJI telur kuning sahaja

Minggu keempat – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima – 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur

Minggu keenam – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh – 1 BIJI telur sepenuhnya

Minggu kelapan – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu
  
Sumber : Group Solid Food For My Baby :)



24 Ogo 2014

Orang yang terakhir keluar dari neraka

Assalammualaikum..
Rasanya dah lama tak kongsikan cerita islamik sebagai penghibur hati atau pun tauladan untuk kita semua,mahupun sebagai pengetahuan bersama..hari ni saya kongsi 1 kisah..
Jom baca..

Abu Hurairah telah menceritakan kepada Atha’ nin Yazid Al-Laitsi bahwa para sahabat telah bertanya kepada Rasululla saw., “Apakah engkau akan melihat Tuhan kami kelak pada hari kiamat?” Maka Rasulullah saw. balik bertanya, “Apakah kamu sekalian merasa kesulitan melihat bulan pada malam purnama?” Mereka menjawab, “Tidak.” Selanjutnya Rasulullah saw, bertanya lagi, “Apakah kalian merasa kesulitan melihat matahari yang tidak ada awan yang menghalangi?” Mereka menjawab, “Tidak.”
Mendengar jawaban itu, Rasulullah bersabda, “Seperti itulah kamu sekalian akan melihat-Nya.” Kemudian Rasulullah saw. meneruskan perkataaannya, “Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan seluruh umat manusia, lalu Allah berfirman kepada mereka, ‘Hendaknya setiap orang mengikuti sesuatu yang disembahnya selama di dunia.’ Oleh karena itu, orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, dan orang yang menyembah berhala mengikuti berhala. Sedangkan orang-orang munafik dari kalangan umat Muhammad tetap berdiri di tempat dan tidak bergerak sama sekali (karena yang disembah oleh mereka tidak jelas).

Kemudian Allah mendatangi kaum muslimin dalam wujud yang tidak dikenali oleh mereka, seraya Allah berfirman kepada mereka, ‘Aku ini adalah Tuhanmu.’ Mendengar itu, mereka berkata, ‘Kami berlindung kepada Allah dari bujuk rayumu, dan kami akan tetap berdiri di tempat ini sampai datang kepada kami Tuhan kami yang sebenarnya.’ Kemudian Allah datang kepada mereka dalam wujud yang mereka kenal, dan Allah berfirman kepada mereka, ‘Aku ini Tuhanmu yang sebenarnya.’ Pada saat mereka mendengarnya dan mereka merasa yakin bahwa itu Tuhannya, maka mereka berkata, ‘Engkaulah Tuhan kami yang sebenarnya.’ Setelah itu mereka mengikuti-Nya.

Kemudian Allah swt. menciptakan sebuah titian yang membentang di atas api neraka, maka aku –Rasulullah saw.—dan umatku menjadi umat yang pertama menyeberangi titian itu. Pada saat itu tidak ada seorang pun yang dapat berbicara selain para rasul, dimana ketika itu para rasul berdoa, ‘Ya Allah, selamatkanlah, ya Allah, selamatkanlah.’ Sementara di dalam neraka Jahanam terdapat besi-besi yang melengkung bagaikan lengkungan pancing, seperti duri pohon Sa’dan (nama pohon yang berduri). Kemudian Rasulullah bertanya kepada sahabat yang hadir, ‘Apakah kalian pernah melihat duri pohon Sa’dan?’ Mereka menjawab, ‘Ya.’

Mendengar hal itu, Rasulullah saw. bersabda, ‘Seperti itulah besi-besi yang melengkung itu, hanya saja besarnya tidak terkirakan, dan hanya Allah yang mengetahui ukurannya. Besi-besi inilah yang kelak akan mengait orang-orang yang sedang meniti titian itu sesuai dengan kadar dosa masing-masing. Dimana orang yang teguh dengan amalnya akan selamat dari kaitannya, sementara orang yang berdosa akan terkait (tersangkut), tetapi akhirnya dilepaskan.
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hamba-Nya, dan Dia berkehendak mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmat-Nya, maka Allah memberikan perintah kepada para malaikat-Nya untuk mengeluarkan mereka yang patut mendapat rahmat-Nya, yaitu orang yang tidak pernah menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun selama hidup di dunia. Di antara orang yang patut mendapatkan rahmat-Nya adalah orang yang mengatakan bahwa tidak ada Tuhan (yang patut disembah) selain Allah. Kemudian para malaikat yang mendapat perintah itu segera mengenali mereka, dan mereka mengenalinya melalui tanda bekas sujud yang ada pada kening mereka karena hanya bekas sujudlah bagian tubuh manusia yang tidak akan hangus dibakar api neraka, dimana Allah telah mengharamkan api neraka untuk membakarnya dan menghanguskannya.

Kemudian para malaikat segera mengeluarkan mereka dalam keadaan yang sudah pada hangus, lalu disirankan ke tubuh mereka air kehidupan (air pemulihan). Akibat siraman air kehidupan itulah, akhirnya mereka tumbuh dan pulih kembali seperti sediakala bagaikan tumbuhnya biji-bijian setelah terjadi banjir besar (dimana mereka tumbuh dalam keadaan masih muda dan besar).
Setelah Allah selesai mengadili dan memvonis di antara hamba-hamba-Nya, tiba-tiba terlihat seseorang (yang masih tertinggal) yang sedang mengarahkan pandangannya ke arah neraka, dan dialah orang yang paling terakhir masuk surga. Kemudian kepada Allah, dia memohon, ‘Wahai Tuhanku, palingkan mukaku dari neraka karena baunya telah meracuniku, dan kobaran apinya telah membakarku.’ Permohonan itu diulanginya berulang kali, dan akhirnya Allah berfirman kepadanya, ‘Seandainya Aku mengabulkan permintaanmu ini, apakah kiranya kamu tidak akan mengajukan permohonan yang lain?’ Maka orang itu menjawab, ‘Tidak.’ Kemudian dia berjanji dengan sungguh-sungguh kepada Allah bahwa dia tidak akan mengajukan permohonan apapun lagi.

Akhirnya permohonan itu dikabulkan Allah, dimana Allah memalingkan muka orang itu dari neraka. Akantetapi ketika dia dihadapkan ke arah surga dan dia menyaksikan kemegahan yang ada di baliknya, maka dia terdiam dalam beberapa saat, lalu dia memohon kepada Allah, ‘Wahai Tuhanku, sampaikanlah aku ke dalam pintu surga.’ Mendengan hal itu, Allah berfirman kepadanya, ‘Bukankah kamu telah berjanji dengan sungguh-sungguh bahwa kamu tidak akan memohon lagi kepada-Ku selain permohonanmu yang telah Aku kabulkan tadi? Celakalah kamu, wahai anak Adam, kamu telah memungkiri janjimu sendiri, dan Aku tidak akan mengabulkan permohonanmu ini.’ Akantetapi dia tetap memohon kepada Allah untuk dikabulkan permohonannya, sehingga Allah berfirman kepadanya, ‘Seandainya permohonanmu ini Aku kabulkan, apakah kamu tidak akan memohon yang lainnya lagi kepada-Ku?’ Orang itu menjawab, ‘Demi kemuliaan-Mu, sungguh aku tidak akan mengajukan permohonan lagi.’

Kemudian Allah mengabulkan permohonannya itu. Allah membawanya ke depan pintu surga. Setibanya dia di depan pintu surga, Allah membuka pintu surga itu lebar-lebar sehingga orang itu melihat keindahan dan kebahagiaan yang ada di dalamnya. Menyaksikan itu, orang itu terdiam beberapa saat, lalu memohon kepada Allah, ‘Wahai Tuhanku, masukanlah aku ke dalam surga.’ Mendengar itu, Allah berfirman kepadanya, ‘Bukankah kamu telah berjanji bahwa kamu tidak akan mengajukan permohonan lagi kepada-Ku setelah permohonanmu yang tadi Aku kabulkan? Celaka kamu, wahai anak Adam, kamu telah memungkiri janjimu sendiri, dan Aku tidak akan mengabulkan permintaanmu itu.’

Akan tetapi orang itu terus menerus memohon kepada Allah, ‘Wahai Tuhanku, janganlah kiranya hamba-Mu ini menjadi orang yang paling celaka.’ Kemudian ia mengulang-ulang permohonannya, sehingga hal itu menyebabkan Allah tertawa. Allah berfirman kepadanya, ‘Masuklah kamu ke dalam surga.’ Pada saat orang itu masuk ke dalam surga, Allah berfirman kepadanya, ‘Sekarang angankanlah segala keinganmu.’ Kemudian orang itu memohon kepada Allah dengan mengajukan berbagai macam keinginannya dan mencita-citakan berbagai macam kenikmatan, sampai Allah mengingatkannya kepada berbagai menikmatan yang tidak diketahuinya. Lalu Allah berfirman kepadanya, ‘Nikmatilah olehmu kemewahan dan kenikmatan yang telah disediakan ini, bahkan akan ditamabah lagi dengan berbagai kenikmatan sebanyak itu pula.”
Atha’ bin Yazid berkata, “Ketika Abu Sa’id Al-Kudri mendengarkan Abu Hurairah menuturkan hadits itu, tidak ada bagian dari hadits itu yang dipertanyakannya, selain firman Allah terhadap orang tadi: ‘Nikmatilah olehmu kemewahan dan kenikmatan yang telah disediakan ini, bahkan akan ditamabah lagi dengan berbagai kenikmatan sebanyak itu pula.’

Abu Sa’id Al-Kudri berkata, ‘Wahai Abu Hurairah, apakah kenikmatan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat?’ Abu Hurairah menjawab, ‘Aku tidak mengetahuinya selain aku mendengarnya seperti itu dari Rasulullah saw., dimana beliau bersabda, ‘ kemewahan dan kenikmatan yang telah disediakan ini, bahkan akan ditamabah lagi dengan berbagai kenikmatan sebanyak itu pula.’ Kemudian Abu Sa’id Al-Kudri berkata, “Aku bersumpah bahwa aku telah mendengar dari Rasulullah saw. dimana beliau bersabda, ‘Nikmatilah olehmu kemewahan dan kenikmatan yang telah disediakan ini, bahkan kenikmatan ini akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat dengan berbagai kenikmatan sebanyak itu pula.’” (Hadits shahih, Shahih Muslim nomor 182; Shahih Bukhari nomor 7437)

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2008/04/10/499/orang-yang-terakhir-keluar-dari-neraka/#ixzz3BKA9ZQLQ 



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com