21 Feb 2010

saat akhir hayat Rasulullah SAW(selamat menyambut maulidur Rasul)

 
Diriwayatkan bahawa Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu 
Asar iaitu pada Hari Jumaat di Padang Arafah pada musim Haji Penghabisan 
(Wida?). Pada masa itu Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya 
untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian 
Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk 
perlahan-lahan.
Setelah itu turun Malaikat Jibril a.s dan berkata ?Wahai Muhammad, 
sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka 
terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan demikian juga apa 
yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu 
kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.?
Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira 
sambil berkata ?Agama kita telah sempurna?Agama kita telah sempurna?? 
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka ia tidak 
dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu 
dan menangis sekuat-kuatnya.
Maka Abu Bakar r.a pun berkata ?Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu 
tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu 
perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan 
turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan 
Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi 
janda.?
Kemudian Ali r.a berkata ?Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan 
turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini 
benar Ya Rasulullah?.? Lalu Rasulullah S.A.W berkata, ?Semua yang dikata 
oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan 
kamu semua telah hampir dekat.?
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka iapun 
menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a pula 
menggeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan 
sekuat-kuatnya yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua 
Malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat 
mahupun di lautan turut menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W bersalaman 
dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.
Kisah Rasulullah S.A.W mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada 
yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 
hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup 
selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 
hari.
Mengikut riwayat Ibn Ishaq dan Ibn Sa?ad daripada Abu Muwaihibah mengenai 
geringnya Rasulullah S.A.W katanya ?Aku diajak pergi oleh Rasulullah S.A.W 
di tengah-tengah malam,? katanya ?Wahai Muwaihibah, aku diperintahkan supaya 
memohon ampun untuk penduduk Baqi??. Kemudian Baginda pun datang kepada aku 
lalu katanya : ?Telah diberikan kunci khazanah dunia untuk kekal dalam dunia 
ini, tetapi aku memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan Syurga. ?Wahai 
Rasulullah. Ambillah kunci khazanah  dunia dan kekallah dalam dunia kemudian 
barulah syurga.? ?Tidak, demi Allah wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih 
pertemuan dengan Tuhanku dan Syurga.?
Sejak itu mulalah geringnya Baginda Rasulullah S.A.W. Sakit yang mula 
dirasai oleh Rasulullah S.A.W. ialah sakit kepala yang bersangatan. Dari 
?Aishah r.a., bahawa tatkala pulang Baginda dari Baqi? disambut oleh 
?Aishah, maka Baginda mengadu dengan mengatakan : ?Kepalaku wahai ?Aishah?.? 
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari ?Urwah bahawa ?Aishah memberitahu 
kepadanya : bahawa Rasulullah S.A.W. bila mengidap sakit, Baginda 
menyapu-nyapukan air liurnya dengan tangannya sambil membaca ayat-ayat 
Ma?uzah.
Baginda sedar bahawa para sahabatnya berdukacita kerananya. Maka kata 
Baginda : ?Bawalah aku kepada mereka, ingin aku cakap kepada  mereka.? Lalu 
Baginda pun bersembahyang bersama mereka, kemudian berucap di atas mimbar 
dengan kepala berbalut. Kemudian kata Baginda : ?Seorang hamba Allah  telah  
diberi  pilihan  untuk mendapat kemewahan hidup di dunia atau berada 
disamping Allah ?.? Abu Bakar yang mendengar ucapan itu terus menangis. Kata 
Baginda kepadanya : ?Bertenanglah wahai Abu Bakar?.. wahai manusia, orang 
yang paling banyak berbudi dengan harta benda dan perdampingan kepada ku 
ialah Abu Bakar, andainya dibolehkan saya mendapat khalil (teman), maka Abu 
Bakarlah akan ku jadikan khalil, tetapi persaudaraan ialah Islam, tidak akan 
kekal di masjid ini satu tingkap pun melainkan tingkap Abu Bakar. Aku tidak 
merasa bimbang kamu akan menjadi musyrik sesudah peninggalan ku tetapi yang 
aku takut ialah kamu akan bercakaran bersengketa kerana dunia. Wahai umatku, 
kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan 
bertakwa kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian Al-Quran dan Sunnah 
ku. Barangsiapa mencintai sunnah ku bererti mencintai aku dan kelak 
orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku.?
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W. yang 
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap 
mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan 
tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya 
dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saat itu telah tiba. ?Rasulullah akan 
meninggalkan kita semua.? Keluh hati semua sahabat kala itu.
Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliaupun memanggil para 
sahabat ke rumah Siti ?Aisyah r.a. beliau berkata : ?Selamat datang kamu 
semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua. Aku berwasiat kepada kamu 
semua agar kamu semua bertakwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala 
perintahNya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua 
hampir dekat dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah 
S.W.T. dan menempatkannya di Syurga. Kalau telah sampai ajalku maka 
hendaklah Ali yang memandikan ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air 
dan Usamah bin Zaid menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan 
pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan 
kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku maka hendaklah kamu 
menempatkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu 
kamu semua hendaklah keluar sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan 
mensolatkan aku ialah Allah S.W.T. kemudian yang akan mensolatkan aku ialah 
Jibril a.s. kemudian diikuti oleh Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, dan 
yang akhir sekali Malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. 
Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atas ku?.
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu 
maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan berkata : ?Ya 
Rasulullah, engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk 
semua, yang mana selama ini engkau memberi kekuatan dalam penemuan kami dan 
sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila engkau sudah tiada 
lagi kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul 
nanti?? Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata : ?Dengarlah para sahabatku aku 
tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan 
telah aku tinggalkan pada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya 
pandai bicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah 
Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang 
rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan 
Hadis ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan ia dengan 
mengambil pengajaran dari mati. Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa 
dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T. oleh itu hendaklah kamu 
semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. 
Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini 
adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.?
Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Matahari 
kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W. masih tertutup. Sedang di 
dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat 
dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar 
pintu terdengar seorang berseru mengucapkan salam. ?Bolehkah saya masuk?? 
Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ?Maafkanlah, ayahku 
sedang demam,? kata Fatimah yang memalingkan badan dan menutup pintu. 
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan 
bertanya pada Fatimah, ?Siapakah itu wahai anak ku?? ?Tak tahulah ayahku 
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.? Tutur Fatimah lembut. Lalu 
Rasulullah S.A.W. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. 
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 
?Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang 
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut.? Kata Rasulullah S.A.W. 
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, 
kata Rasulullah menanyakan kenapa Jibril A.S. tidak ikut sama menyertainya. 
Kemudian dipanggillah Jibril A.S. yang sebelumnya sudah bersiap di atas 
langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan penghulu di dunia. ?Jibril, 
jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah S.W.T.?? Tanya Rasulullah S.A.W. 
dengan suara yang amat lemah. ?Pintu-pintu langit telah terbuka, para 
malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan 
mu,? Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, 
matanya masih penuh kecemasan. ?Engkau tidak senang mendengar khabar ini?? 
Tanya Jibril lagi. ?Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?? 
?Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah S.W.T. 
berfirman kepada ku, ?Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat 
Muhammad telah berada di dalamnya? Kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh 
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh, 
urat-urat lehernya menegang. ?Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.? 
Perlahan Rasulullah S.A.W. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya 
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. ?Jijikkah kau melihatku, 
hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?? Tanya Rasulullah kepada Malaikat 
Penghantar Wahyu itu. ?Siapakah yang sanggup melihat Kekasih Allah direnggut 
ajal wahai Rasulullah.? Kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakitnya tidak 
tertahan lagi. ?Ya Allah dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja semua siksa 
maut ini kepada ku jangan pada umatku.? Badan Rasulullah mulai dingin kaki 
dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak 
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. ?Uushiikum bi 
shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah 
orang-orang lemah di antara mu.?
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan sahabat saling berpelukan. 
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan 
telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W. yang mulai kebiruan. ?Ummatii, 
ummatii, ummatii?? ? ?Umatku, umatku, umatku? 
Innalillahiwainnailaihirojiun?Maka, berakhirlah hidup manusia mulia yang 
memberi sinaran itu ??

Diambil dari:
Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti.



18 Feb 2010

Balik Kampung

maaf kali ini menggunakan perkataan aku kerana penulis bermonolog sendiri :P


petang sabtu dalam jam 3,13 Feb..

kami sekeluarga balik kg kat perak nun..kuala kangsar..
ingat nak bertolak awal tapi disebabkan sebab yg x dpt dielakkan makanya btolak lah ptg...

punya lah sesak jalan..nasib ada air cond huhuhu....

kami smpai ke kuala kangsar dalam jam 11 mlm .coz ayah ajak singgah umah kakak kat besout dekat ngn tanjung malim coz nak bg kucing kesayanganku wawawawa..ayah x bg aku bela banyak2 g coz kesihatan ku yg xmenentu ...(sedih sgt2)

nilah dorg ..
katun n thedore

 yuna

smpai skunk aku masih terasa ketiadaan dorg di cc..yuna malam tu tidur ngn aku siap gigit2 cam tau je aku nak bg die kat org..:(
tggllah yg ni kat umah aku skunk
 
baru tangkap smlm pic ni..namanya mok..

esoknya ayah n adik badiknya shj yg g mancing...aku?hanya tidur sbg aktiviti utama bsama kazen ku...huhu..

n hari tu aku n adik aku amira mkn ulam-ulaman...ulam raja,temulawak n sbgnya...
ni pic ulam ulaman tu huhu..
 

aku makan dengan semangatnya..huhu
xtau nak cite pe lg ..

kami lik kl hari selasa tapi singgah ipoh lawat maklong belah mak coz dh lama aku xmenjengukkn muka kat sana..
tapi sebelum bertolak ke ipoh kitaorg n adik badik ayah g mkn kat pekan kuala kangsar kat lembah.coz ayah lop(abg ayah) nak blanje cendol hhhihi..


laksa yang aku pesan

mee rojak




cendol


yg ni xingt namanya mee rebus kot


             



           





adik aku amira tgh mam cendol











ni kazen aku lin sempat dok posing..















bersama kazen aku gak amirul hihik..muka tahan penat n panas huhu


dalam jam 11 kami bertolak ke ipoh.smpai ipoh aku n kazen belah mak,naik moto g jalan2 ke GM n JJ..ingat nak cari silver tapi xjumpa yg berkenan...jalan2 smpai jam 8mlm..mak bising huhuhu coz ptutnya nak btolak jam 6 tapi ayah back up ayah kata lau kuar jam 6 pun mustahil jalan xjem coz skunk dh jam 9.15 pun jalan jem giler smpai jam 12.45..smpai tul2 kat umah kami di ampang jam 1.30 pg..pergh cuti yg memenatkan tapi menyeronokkan...:)...

lupe sebelum balik aku msg ngn kazen aku yg tsayang belah ayah..huhuhu(ni pun aku nak gtau huhu)
ngah rizal..kami berdua memang rapat sejak kecik..huhu..x encem kan die..tapi hati die baik (mempromot abg sedara)..adakah ni kete baru die?setahu aku kata die warne hitam ni kaler pe?adess..yg pting ngah bahgia :)
wat abg ku aliey..happy belated birthday yg ke 23, 6 feb...n adikmu??huhu..jgn lupe bg hadiah tau..haha 1803..(saje gtau supaya dpt byk hadiah) aiyak..n tq bg pinjam helmet mu yg tsyg waktu jalan2 kat ipoh ritu..sukakan org salam cium tgn die??tbukti coz asik senyum melebar...:)





11 Feb 2010

comey tak?

ibuku yang comel seperti bayi ni..huhu
telah membuat persetujuan untuk menjaga baby comel ni...(yolah bosan katenye,sume org keje mak sesorg kat umah)...

ayah pun membenarkan mak amik dak tecik! ni dibawah jagaan mak..tapi time nye opis hourlah..huhu
 

n insan yg paling gembira adlah aku...
 

kerna aku amat suka bangat2 sama baby.
.balik keje je mesti g umah mak dulu...(utk mengganggu ketenteraman bayi ni tidur)
...bayi...bayi..(hikhik..cam comey sebut bayi dari baby) :P





buat teman

buat seseorang yang telah mengirim bait kata lagu ini ....terima kasih...mmm

Kau kan slalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat ku miliki
Jiwaku kan slalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untukku

Tuhan berikan aku cinta satu kali lagi
Hanya untuk barsamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya
Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya
Mengapa cinta ini terlarang
Saat ku yakini kaulah milikku
Mengapa cinta kita tak bisa bersatu
Saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu
Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya
Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya





8 Feb 2010

Bermaknakah Hari Kekasih????

Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)




 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com