8 Feb 2014

naik buaian dan cukur jambul

Hari ni adalah hari bertuah Nailah Al Farafishah..disamping majlis aqiqah anak saudaranya yang berumur 6 bulan,Nailah juga turut serta dalam majlis marhaban cukur jambul dan naik buaian...jom intai-intai kenangan ini..












6 Feb 2014

Cleanser untuk Nailah Al Farafishah

Kali ni produk yang ketiga untuk produk penjagaan kulit Farafishah..kesian anak ibu..dah mandi pun duk menggaru leher dengan badan..habis luka lehernya..doktor kata anak ibu kena mild ekzema mungkin kerana ibu ada asma dan ibu ada masalah kulit sensitif..

Sebelum ni saya guna johnson n johnson,lepas tu doktor yang selalu cek Farafishah tu suruh tukar Sebamed,tapi masih tak tunjuk perubahan,dan kali ni..hari ni saya keluar pi farmasi vitacare dan cuba produk buds pula..


Yang tak de lagi calming rubs cream dia untuk perut@kembung


Tengok sampai berdarah leher dia

Harap lepas ni,kulit anak ibu akan gebus seperti dulu..ameen




18 Jan 2014

Ngaku Chips ( Arrow Head chips )

kali ni saya kongsikan resepi kerepek paling sedap saya rasa.. lemak dia tu.. pergh.. kalau dah ngap-ngap memang tak hengat orang sebelah,tau-tau dah habis dah 1 bekas ..

ni adalah arrow head nya .. leh beli kat giant ada

BAHAN-BAHANNYA

arrow head
garam
minyak untuk menggoreng

cara-caranya

buang kulit,basuh bersih-bersih dan toskan sampai kering..lepas tu panaskan minyak..dan potong nipis arrow head dan goreng sehingga garing..lepas tu toskannya,dan taburkan garam sesedap rasa..dah siap .. mudahkan !





cucur sayur-sayuran

Bila saya imbas balik, sebelum ni selalu sangat dok menguli kuih bijan , petang tadi dengan rajinnya saya buat cucur ni.. bagi sy sedaplahkan.. dan baik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ..
sebabnya bahan-bahan yang saya gunakan kebanyakkannya boleh menambahkan susu..insyaAllah

ok bahan-bahannya

tepung gandum
garam
telur 1 biji
air
cili kering+bawang merah+bawang putih
ikan bilis ditumbuk

sayur-sayuran :-

kucai+lobak merah+lobak putih+kobis+sedikit habbatussauda




canpurkan kesemua bahan,panaskan minyak,dan goreng hingga garing dan hidangkan bersama sos cili..dan makan panas-panas bersama teh hijau..pergh best..







28 Dis 2013

Demam Batuk Dan Selsema

Nailah demam,batuk,selsema..

malam tadi jugak dari jam 8 mlm sampai kul 10.15 malam dia asyik menangis.Ibu pun nangis sekali sebab risaukan dia..

rasanya my baby kembung perut kot..nak kata ada kesilapan makan,benda yang lain makan malam tadi,sayur peria jelah.lepas tu puding roti.tapi hati berkata-kata macam ayam goreng spicy tu rasa macam tak kena..lepas tu peria tu terletak sambal sardin.disebabkan czer waktu nak lahirkan Nailah,sampai sekarang masih berpantang dari makan seafood dan termasuklah makanan yang leh menyebabkan gatal..

mulai hari ni memamg dah tekad nak makan lebih untuk sayur..walaupun memang dah makan lebih tapi kali ni memang nak berlebih-lebih,heheh..dan paling penting makanan berangin memang tak boleh makan lagi..coz Nailah BF dengan saya.

waktu tengah menaip ni,Nailah baru je tido,selepas terjaga dan merengek jam 10 pagi tadi..sekejap lagi kalau nafas dia masih bunyi krok2 memang saya akan bawa ke klinik untuk tindakan lanjut.kalau nak pergi sekarang ayahnya tengah kerja.saya pun banyak lagi kerja yang belum siap.tapi anak adalah keutamaan.doakan ya semoga my baby cepat sembuh.ameen

petang semalam ada ambil gambar dia pakai baju jenis crochet/kait..minnie mouse,saya kongsikan 1 kat sini





 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com