16 Mei 2009

SATU PERJALANAN YANG PASTI

hari ni sy nak berkongsi sesuatu...masa bersekolah di MAM dulu.adalah sedikit majlis penyedaran..ttg pjalanan yg pasti yg kita akan tempuhi tidak kira agama,bangsa mahupun umur...

SATU PERJALANAN YANG PASTI

NAMA SEBENAR:Hamba Allah
GELARAN:Insan
BERASAL:Tanah
ALAMAT:Planet Bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

TEMPAT BERLEPAS:Kehidupan dunia
DESTINASI TUJUAN:Alam Akhirat
TEMPOH PERJALANAN:cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
MASA BERLEPAS:Ketika malaikat menjemput
MASA HADIR(CHECK IN):Ketika dan selepas nyawa dicabut
BENTUK TEMPAHAN:Tetap,pasti,mesti dan tidak akan berubah

SYARAT-SYARAT PERJALAN
Ditujukan kepada semua penumpang.Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan mereka dengan meninggalkan kehidupan di dunia menuju ke akhirat.Sila perhatikan ketua anda (pilot) atau juruterbang yang yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut.Bagi penumpang yang belum jelas,dapatkan maklumat lanjut pada kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran & Hadis-hadis Rasulullah SAW serta mengikutnya dengan berhati-hati.Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para cendiakawan atau Ulama'.

MUATAN YANG DIBENARKAN MASUK
-5 meter kain kapan putih
-kapas putih secukupnya
-muatan-muatan lain yang dipertimbangkan:-
*amal soleh
*sedekah jariah
*anak soleh yang mendoakan ibubapanya
*ilmu yang bermanfaat

PERHATIAN
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang.Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.


ada APA dengan HIDUP?

dengan AGAMA
hidup menjadi terarah

dengan SENI
hidup menjadi indah

dengan CINTA
hidup menjadi BERGHAIRAH

02:02pagi
16 mei 2009
bilik aku


14 Mei 2009

CAHAYA INDAH BAHAGIA

duniaku buntu,
langkahku kaku.

dalam debat bersulam nista,
diakhiri dengan rasa berdosa,
aku berlari mencari sang Pencipta,
setelah aku dihukum derita.

dengan air mata dan rasa cinta,
aku dikabul terang cahaya.

duniaku dibantu,
langkahku laju.

kalam kata seindah maya,
penghujung dengan rasa percaya,
kususuri pantulan kisah lama,
ku anyam menjadi tinta sang bahagia....


NOORHIDAYU BALQISHAH
14 MEI 2009
21:50 MALAM
BILIK AKU


MALAM HATIKU

sepi cinta ini,
cinta ini sepi,
aku si pemuja cinta,
cinta yg tak dimengerti.

hati dan jiwaku bagaikan malam,
malam yg menanti siang...

namun malam itu bagaikan tidak mahu perginya,
duhai malam hatiku..
mengapa engkau begitu?

sebenarnya aku sepi,
sepi walau berteman,
sepi walau diteman.

aku tak bisa bersyair merdu,
mdatangkan kesiangan malam hatiku........


NOORHIDAYU BALQISHAH
11 FEBRUARI 2009
20.45 MALAM
BILIK AKU


13 Mei 2009

MANUSIA SUDAH HILANG PEDOMAN

hari ni sehari suntuk xtido.tepat jam 6pg,aku mandi&solat..setelah solat beramai2 didlm rumah ni bsama cousin2 ku...slh seorg cousinku yg bekerja sbg cashier disalah satu pusat belibelah membebel kpdku yg tidak mengerti...mula2 aku wat dono je(coz ak ngah sibuk melayan tenet) & (ditambah aktiviti smbilan mkn nasi lemak) kekejaman thadap sepupu sdiri telah ku tunjukkan padanya.tapi rupa2 nya di lg kejam...hoho...dia telah menutup lipatan laptopku tanpa kebenaran...lg pulak laptop kesygnku ini sdg bermanja2 ngn aku...akhirnya tpaksa lah aku mdengar juga apa yg dia nak katakan...lbih kurang mcm nie..

sepupuku(dgn muka yg merah padam):eee..bengang tul..smlm ada org tua tu beli arak kat tmpat Lin..muka dia slamber jerk..dah lah tua,pompuan lak tu....

aku:mana Lin tau dia tua..ntah2 muka die je kot nmpak tua..sbb dia xmkn petai,xde r awet muda(sempat lg aku nak melawakkan cerita),bukan apa kalu sius sgt aku jugak yg turut bengang,kalu ak dh bengang ei...mau aku cari makcik tu...:)

sepupuku(muka dah btukar mjadi gaban):ek elh..muka die berkedut seribu tgn xyah ckplah..pastu die melayu islam lak tu...Lin tau die Islam coz nama die kat kad ahli n ade gambar lg..Lin kompem tu mmg gambar dia...(sepupuku telah mberi jwpan yg padat tanpa mnggu aku mnanya soalan2 yg bkaitan dgn nya) bijak sungguh sepupuku...

aku:tu jeke Lin?

sepupuku(muka kbali normal):ade lg..pompuan tu siap cakap akk beli utk suami akk(sambil makcik tu menggedik2kan diri(ak x tau die gedik cam ner tapi tu yg sepupu ak ckp)),pastu die soh lin balut n letak plastik banyak2 die takut nnti org nmpak kata apa lak..sambil ckp makcik tu sengih2 cam kera busuk...ai kesian kera...smbung sepupuku lg

aku:ee..asl makcik tu x tau malu ke?ee b**ohnya...kataku lg

sepupukuku(muka kmbali merah padam):Lin kalu ikutkan hati,nak je pijak2 mak cik tu..bengang je tgk..eee bengang tullah

maka habislah topik ptama..aku telah menasihatinya supaya bsabar kerana itulah dugaan hidup kataku..sbnarnya aku pn x tau apakah benar kata2 smgat yg ku berikan padanya atau kata2 yg x de kena mengena...aku pn senyum kat sepupu ak tu..n menggerak2 kan mouseku...niat hati ingin kbali menatap ILUVISLAM ataupn yg seangkatan dgnnya..paling koman pun chat di ym..

baru nak menekan huruf A,sepupuku kbali memasuki bilik dia kata nak cite lg

sepupuku:hari tu pn sama ader lelaki tua beli arak,Lin yakin die melayu Islam dan sememangnya tua sbb lin nmpak dari raut wajah die..(sambil sepupuku meraut2 wajahnya sdiri)

aku:hbis tu Lin x cakap pe2 kat die?

sepupuku:nak ckp apa?rasa nak hentak je botol arak tu kat kepala pakcik tu..kalau lah lin lelaki..dh lama lin pukul die beramai2 kat luar
(muka sepupuku yg satu nmpak begitu marah sekali),knp aku cakap cam tu coz semasa die mceritakan pkara ni pada aku,die mhentak2kan kakinya kat lantai

aku:Lin ckplah beli susu anak ke pakcik?ke susu untuk cucu?...mm(aku mengeuh pendek)sbb tulah Lin dijadikan pompuan kalau lelaki rsnya Lin mesti dh bnyk masuk kumpulan gengster cth cam nama kumpulan yg paiz(adik lelki ku yg kedua) cadangkan kat tarif (adeq lelaki bongsuku)utk projek skolah die kumpulah JERUNG GAGAP(knp jerung gagap,ha yg ini kita xtau)huhuhu..

sepupuku:tau xper...tapi kalu lin jadi lelaki Lin xnak masuk geng cam paiz ckp tu bek masuk geng si Tamar tu(adeq lelakiku yg ketiga) bnyk gak geng die..bangga ckit..huh..(smbil mengerutkan wajah)

aku:mm yelah tu kot..Lin tu kurus kering xlayak rasanya


p/s:dialog diats sbenarnya telah diubah supaya mudah difahami,kerana kami satu umah bcakap loghat perak..dan jika tidak diterjemah mungkin anda diluar sana tidak dapat memahami apa yg kami bincangkan :)

sepupuku terus blalu,mgkin die dh x larat bcakap atau pn terasa hati dgn kata2ku yg mbabitkan fizikal nya....jahatkah aku?rasanya x..aku cuma beterus terang daripada disimpan...


kesimpulan disini..aku pun x taulah ..knp lah masih ada manusia yg macam ni rupa?dah lah berusia,spttnya tunjuk teladan yg baik pada generasi muda...aduh....aku betul x mengerti...knplah mereka boleh jadi mcm ni?kalau yg tua mcm ni?kita nak salah kan siapa?x kan didikan ibubapa kot....yg tua minum arak,yg muda tumpang sekaki...ditambah pulak pgaulan bebas tanpa batasan pastu melahirkan ank luar nikah...pastu lak bunuh ank tu..dah jadi kes bunuh...bape banyak dosa nak ditambah...sekarang bumi semakin panas,pnyakit semakin bnyak hggakan ada yg masih x diketahui puncanya.....inilah balsan diats ketandusan manusia sdiri....mmmm...


hari ini aku tulis blog x seperti smlm2 nya..hari ini lebih kepada situasi yg blaku dkat dgn ku..dan aku lebih banyak merepek...argh aku..aku....aku adlh aku yg tidak sempurna dan cuba mcari kesempurnaan wlupun mustahil mcapainya....


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com