16 Mei 2009

SATU PERJALANAN YANG PASTI

hari ni sy nak berkongsi sesuatu...masa bersekolah di MAM dulu.adalah sedikit majlis penyedaran..ttg pjalanan yg pasti yg kita akan tempuhi tidak kira agama,bangsa mahupun umur...

SATU PERJALANAN YANG PASTI

NAMA SEBENAR:Hamba Allah
GELARAN:Insan
BERASAL:Tanah
ALAMAT:Planet Bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

TEMPAT BERLEPAS:Kehidupan dunia
DESTINASI TUJUAN:Alam Akhirat
TEMPOH PERJALANAN:cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
MASA BERLEPAS:Ketika malaikat menjemput
MASA HADIR(CHECK IN):Ketika dan selepas nyawa dicabut
BENTUK TEMPAHAN:Tetap,pasti,mesti dan tidak akan berubah

SYARAT-SYARAT PERJALAN
Ditujukan kepada semua penumpang.Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan mereka dengan meninggalkan kehidupan di dunia menuju ke akhirat.Sila perhatikan ketua anda (pilot) atau juruterbang yang yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut.Bagi penumpang yang belum jelas,dapatkan maklumat lanjut pada kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran & Hadis-hadis Rasulullah SAW serta mengikutnya dengan berhati-hati.Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para cendiakawan atau Ulama'.

MUATAN YANG DIBENARKAN MASUK
-5 meter kain kapan putih
-kapas putih secukupnya
-muatan-muatan lain yang dipertimbangkan:-
*amal soleh
*sedekah jariah
*anak soleh yang mendoakan ibubapanya
*ilmu yang bermanfaat

PERHATIAN
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang.Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com