14 Mei 2009

CAHAYA INDAH BAHAGIA

duniaku buntu,
langkahku kaku.

dalam debat bersulam nista,
diakhiri dengan rasa berdosa,
aku berlari mencari sang Pencipta,
setelah aku dihukum derita.

dengan air mata dan rasa cinta,
aku dikabul terang cahaya.

duniaku dibantu,
langkahku laju.

kalam kata seindah maya,
penghujung dengan rasa percaya,
kususuri pantulan kisah lama,
ku anyam menjadi tinta sang bahagia....


NOORHIDAYU BALQISHAH
14 MEI 2009
21:50 MALAM
BILIK AKU


1 ulasan:

  1. boleh dipertingkatkan.semoga cik Qis dapat mencapai cita dan cinta yang dirahmati..amin

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com