Plz likes my page

Rasullullah SAW manusia teragung,apakah boleh diraikan hari Baginda?

 

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM


Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh" ?



  1. PRAKATA
  2. Dalil daripada Al-Quran dan As-sunnah yang mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibenarkan oleh Shari'a
    1. Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Memuliakan Rasulullah (s.a.w)
    2. Rasulullah (s.a.w) mengatakan bahawa hari Isnin merupakan Hari Lahir baginda
    3. Firman Allah, "Bergembiralah dengan kehadiran Rasulullah (s.a.w)"
    4. Rasulullah (s.a.w) meraikan hari-hari yang besar yang bersejarah
    5. Firman Allah,"Berselawatlah pada Rasulullah (s.a.w)"
    6. Kesan mengingati dan meraikan Maulidurrasul pada orang kafir
    7. Kewajiban mempelajari dan mengetahui sirah dan mencontohi asas-asas akhlaq yang baik
    8. Rasulullah (s.a.w) menerima sajak/syair yang berkaitan dengan dirinya
    9. Menyanyi dan membaca syair/sajak
    10. Menyanyi dan membaca Quran
    11. Rasulullah (s.a.w) membenarkan permainan gendang untuk niat yang baik
    12. Rasulullah (s.a.w) mengingatkan mengenai tarikh kelahiran Nabi-nabi yang lain
    13. Kenapa Bukhari menekankan kelebihan meninggal hari
    14. Isnin Rasulullah (s.a.w) sentiasa menekankan dan mengingati tempat-tempat kelahiran Para Nabi
    15. Ijma' ulama membenarkan sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
  3. Sejarah sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
  4. Keterangan mengenai sambutan Maulidurraul (s.a.w) secara beramai-ramai yang terawal
  5. Penulisan Ibnu Battuta mengenai Maulidurrasul (s.a.w)
  6. Tiga rakaman mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) pada abad ke 10 hijrah
  7. Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di negara-negara Islam pada zaman sekarang
  8. CELEBRATION OF MAWLID AS UNDERSTOOD BY THE SCHOLARS
    1. Ibn Taymiyya's Opinion on the Celebration of Mawlid and the Deviation of "Salafis" from his Opinion
    2. Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir
    3. Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)
    4. Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul

6. SAMBUTAN MAULID SEBAGAIMANA YANG DI FAHAMI OLEH PARA ULAMA

  1. Pendapat Ibn Taimiyyah mengenai sambutan Maulidurrasul dan perbezaannya dengan tanggapan gerakan "salafi"
  2. Pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis-majlis dzikir
  3. Ibnu Kathir memuji-muji malam Maulidurrasul (s.a.w)
  4. Fatwa Imam Asqalani dan As-suyuti membenarkan sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
  5. Pendapat ulama-ulama lain tentang Maulid
  6. Sambutan Maulid adalah digalakkan (mandub)

9. "SALAFI" MELARANG SAMBUTAN MAULID MENGHADIAHKAN

10. DARUD ATAUPUN SELAWAT MENGGUNAKAN

11. KATA-KATA "ASSALAMU 'ALAIKA YA RASULULLAH"

12. Wahhabi merosakkan MUWAJAHA AL-SHARIFA (GERBANG MAQAM RASULULLAH s.a.w)

13. PENUTUP: SESEORANG TIDAK SEPATUTNYA MELARANG SAMBUTAN MAULIDURRASUL

PRAKATA


Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.


Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)



2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).


Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda


Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari Isnin" dibawah)



2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)


KETIGA: Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.

2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah


KEEMPAT: Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.


2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"


KELIMA: Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.



2-6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir


KEENAM: Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w).

Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya - penterjemah]



2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik


KETUJUH: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.



2-8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda


KELAPAN: Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!"

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.



2-9 Menyanyi dan Membaca Syair


Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isha bahawa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahawa Nabi (s.a.w) memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."

Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat menyenanginya."

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi (s.a.w):

Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala deria rasa Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.


2-10 Menyanyi dan Membaca al-Quran


Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w) agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda (s.a.w) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semulajadi ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana ianya tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

2-11 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik


Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith," Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu." Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa memain gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.

2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

KESEMBILAN: Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadith mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang hasan lagi sahih.

2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin


Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang menceritakan mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)."

Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"

2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi


Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda (s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."



KESEPULUH: Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."


Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.


Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."


Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.


Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.


Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira


8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."



8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."



8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.



sumber : http://sunnah.org/publication/malay/maulid.htm

wallahualam ... sama2 kita berkongsi pembacaan insyaAllah

Perjalanan Hari Ini

pagi2 lah dah keluar dalam jam 8 pagi...

saya nampak ceria di dalam kereta kononnya saya yang mendrive :P ( maklumlah awal lagi jdi sy sgt seronok lalala )

perjalanan ke Bandar Baru Ampang agk sesak ... aduyai .. pastu ternampak lah yg ni hehee

ni pic dia lg satu ( dari blkang )

huh .. org sgt ramai ... jdi saya patah semula utk breakfast di Kompleks Muhibah Tmn Nirwana ..


husband makan ayam goreng je 2 ketul .. sy pula

saya order nasi lemak dan teh ais :).. selesai je makan

saya terus ke Dewan Umno di Ampang .. amik je num kena tunggu lagi dalam 2 jam lebih aduyai ..

dah amik num giliran , baru lah amik

tunngu sehingga num dipanggil , hampir sejam saya tunggu di luar menunggu suami , malas nak masuk di dalam ,saya pun duduk di kerusi luar yg disediakan.Terlihat beberapa org BN (coz dia mmg pakai baju BN),yang agk lebih tua dri sy...bagus tgk dorg saling bantu membantu..cakap pun sopan..ada sorg lelaki ni pun baik,cakap elok je..n tolong amik kan ade sorg pakcik yg sgt berumur dri sy ni angka giliran coz pakcik tu dh naik ats pun utk amik duit tapi num giliran xamik adess.. sy pun senyum kat pakcik tu.. tiba2 dia sembang ngn makcik yg tolong jaga pintu 'ramai betul org2 PAS ni amik duit,aku mmg nak tgk muka2 dorg ni amik.. mak cik tu pun sambung 'itulah maklumlah muka xmalu...dalam hati sy haish pakcik makcik ayahda bonda ni ,knp tiba2 pulak ke situ niat nya..amik duit semata nak tgk org PAS amik sekali ke..makcik tu sambung lagi...tulah kalau duit laju je,adalah muka dorg ni nmpk,lepas tu bila ditanya bagi alsan pulak yg dorg ni duit kerajaan dorang sbg rakyat layak utk amik ... sy dh mula naik pelik bila dorg tgk2 sy..mm sy diam je .. ^_^..pastu dorg potpet lagi sy mls nak dgr n amik taw...pastu ada lah sorg makcik ni..pakai baju biasa hulur tgn kat sy .. sy pun cium tgnnya tanda hormat...makcik tu tnya sy 'dh amik ke belum duitnya?.. sy pun jawab dgn muka manis,walaupn mungkin makcik tu xnmpk muka sy ,tapi sy pasti makcik tu boleh menebak sy sedang tersenyum dgn mata sy mnjdi sepet ^_^ :P ..sy tggu suami ada kat dlm .. ooo makcik tu mengoookan sy :).. makcik yg tdi dok jaga pintu tu masa mengpotpet lagi dgn org lain pula..coz paiz yg lupa amik num tadi dh pun masuk ,walaupun sy tau pakcik tu dtg lmbt dan spttnya num pakcik tu mngkin num 3k keats tapi sy yakin pakcik tu nmpk spt warga emas,jdi mngkin diberi kelonggaran utk amik awal :)...syukur Tuhan memberi kemudahan... nak dijadikan cerita ada lah makcik sorg ni pakai baju BN juga dudk sebelah makcik yg jaga pintu ni,menghulurkan air pada sy,sy menolak baik krn sy baru je lepas minum n makan pgi..jdi agk mustahil utk sy minum air lg lebih2 lagi berais pula..:)..makcik tu senyum..dan tanya sy 'dik nak tanya sikit..ya sy makcik tanya lah... adik ni org pembangkang ke...sy pun jawab .. sy belumlh pernah mengundi lg,tapi sy PUTRI ... n sy agk rapat dgn org2 yg agk ada nama ditmpat sy tggal..sy ada lah sebutkan sorg nama ni..coz sy mmg cukup kenal dia coz umh dia bawah umh sy je pun..tapi sy xnak lah mention namanya dicni.. ( setahu sy ,sy ada reg tapi huhu belum disahkan lagi..coz org yg dtg umah dok daftarkan tu kata nak anta surat tapi dh 2 tahun senyap..hehhe..tpi sy ok je..coz sy belum pk lagi nak p pangkah sape) :).. makcik yg dok potpet tdi tkedu lalu mngosok2 lengan bahu sy..sy cuma ckp kat makcik tu..maaf ya makcik sy nak ckp sikit,walau apa pun parti kita,walauapa pun yg kita pcaya,bhs perlu dijaga ,barulah org menghormati kita..mcm mn org nak pandang sebelah sini baik sebelah sn xbgus,sblah sn baik belah sini xbgus coz bila nmpk se2org tu mcm lain dri yg lain maka perli memperli kata mngata..sbb tu lah kita bangsa Melayu penganut Islam jatuh coz kita xpernah nak ubah persepsi kita pada org lain..yg baik kita je..yg buruk tu org lain,kita je betul org lain salah.. sy mcm ni sbb sy pcaya dgn apa yg sy pegang dn sy hormati semua org dan xpksa atau marah2 org kalau xikut cara sy..(sy xde niat nak kecik kan hati makcik tu tapi bg sy,sy perlu bgtau apa yg sy rsa,mgkin org lain juga rs,tapi mls nak bersuara,dan bg sy sy perlu tegur coz bila kita berbuat baik dgn ikhlas,amanah dan seangkatan dgnnya InsyaAllah kita akn bjaya dan boleh dipercaya)... anda faham ke sy tulis tu?heheh ..xphm xpe buat2 phm hikhik..
di sini sy xde niat nak burukkn sesiapa juz nak kongsikan cerita dan kebenaran...kalau sy ada tsalah ckp hope sesiapa yg terasa lalu tbaca maaf bebyk k..

Lepas settle masalah BR1M sy terus ke shah alam utk ambil kursus pengendalian makanan..kami terlewat 1 jam.. akhirnya jam 5 sy bjaya mendapatkan sijil pengendalian makanan sy ..


penat nya 1 hari berada diluar..sy makan di Plaza Shah Alam (nmpk tulisan di parking heheh) lupa tanya husband mkn kat mn tu,sy mana tau nama2 kat shah alam tu :P

akhirnya sy berjumpa mknn kegemaran sy yg baru..kalau dulu sy suka makan mknn arab di galaxy ampang namanya nasi kebab
pic ni sy amik kat google..coz pic asl dulu da hilang wawawa..spttnya ada kuah lg sedap..

sedap sgt..bg sy lah..tapi skrg dh tutup..akhirnya hari ni jumpa kedai arab yg sedap juga mknnn nya..jom tgk sy mam apa..

and yg ni husband sy makan dia pilih mandy lamb

sblm mknn sampai tadi sy sempat ambil beberapa pic...

n dah habis mkn pun sempat juga bergambar didpan restoren tu..

pastu sy pun ke umah kakak ipar sy di seksyen 9
dan bergambar juga :p

lgsg xnmpk mata hehehe.. gelap... pic nya
n yg ni sy dok tgk apalah ikan2 kat dlm ni wat ,tiba2 husband amik pic

tamat sudah cerita..last sekali mmg penat giler..masuk umah mam laksa..pastu balik ke ampang...husband dh tido..sy msih bjaga..mmg penat tpi mata xboleh lelap...mmm..insomnia lagi lah ni..

ESQ n Kursus Pengedalian Makanan

hari ini saya dan husband pagi2 lagi dah nak mengadap jalan jem (kalau jalan jem lah) ,first nak g amik BR1M tu kat Ampang , pastu gi shah alam kat SACC Mall xsilap gi ESQ


utk alumni, singgah sat je coz jam 2 nak g seksyen 7 utk kursus makanan kt blakang Jakell (kalau diikutkan alamatnya lah) sampai jam 5 ptg n kalau larat mlm tu maybe g ESQ utk special nya :) .. n bermalam di rumah Nyah (kakak hubby) d seksyen 9 :) .. hope semua bjalan lancar .. amin ..

KehendakNya

Bergelut dengan kenyataan
Bermandi sinar kepalsuan
Derita dalam penantian
Harapan pudar dijalanan

Memesong tiada haluan
Tersesat di dalam cabaran
Kasihmu sengsara akhirnya
Akibat cinta buta

Dimana kasih berada
Disitu terpaut curiga
Dimana rindu bermanja
Disitu berparut luka

Hanya tuhan yang lebih mengerti
Kedukaan yang aku lalui
Kasih tuhan tak berbelah bagi
KepadaNya cinta kupatuhi

Terbuktilah hanya satu jalan
Ternyatalah kalimah dan iman
Dan bergerak satu zarah jua
Belaikan dengan izin tuhan

Dimana kasih berada
Disitu terpaut curiga
Dimana rindu bermanja
Disitu berparut luka

Hanya tuhan yang lebih mengerti
Kedukaan yang aku lalui
Kasih tuhan tak berbelah bagi
KepadaNya cinta kupatuhi

Terbuktilah hanya satu jalan
Ternyatalah kalimah dan iman
Dan bergerak satu zarah jua
Belaikan dengan izin tuhan

Hanya tuhan yang lebih mengerti
Kedukaan yang aku lalui
Kasih tuhan tak berbelah bagi
KepadaNya cinta kupatuhi

Terbuktilah hanya satu jalan
Ternyatalah kalimah dan iman

Amalan yang membolehkan terselamat dari siksa KUBUR

Kematian adalah ‘hidangan’ buat setiap makhluk yang hidup. Itulah azali penciptaan kehidupan. Apabila matinya seseorang, maka terputuslah hubungan sesorang dengan dunia melainkan anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat atau sedekah jariah. Beberapa ketika ini, penulis telah bertemu dengan beberapa kejadian yang amat menginsafkan bagi manusia seperti penulis. Kejadian-kejadian kematian yang amat mengagumkan serta tidak kurang juga yang amat mengguris hati. Sesungguhnya, hanya Allah jua yang mengetahui samada baik atau tidaknya nasib si mati tersebut di alam barzakh sementara menunggu sangkakala yang ditiup oleh Israfil a.s. Seruan kebangkitan ke padang mahsyar.

Terlebih dahulu, marilah kita ketahui sejarah susur galur Surah Al-Mulk (Kerajaan) ini dan sama-sama kita amal dan hafalkan kandungannya semata-mata kerana Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.

(Riwayat Imam Ahmad)

Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalahkubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.

(Riwayat al-Tirmidzi)

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).

(Riwayat al-Tirmidzi)

Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh kebajikan. Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk.

(Riwayat al-Tabarani)

Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu: Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Seterusnya daripada anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:”Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya daripada kitab Allah kecuali “tabaarakal-Lazi”. Maka apabila di masukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu adalah kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.

Sesungguhnya jika kamu hendak memberi manfaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintaklah syafaat daripadaNya. maka dia (surah al Mulk) pun menemui Allah. “Wahai Tuhanku, si fulan ini(si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan da pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya? Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab (surah) : “Sesungguhnya saya marah.” Allah SWT berfirman: “Pergilah sesungguhnya Aku memberi Dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.”

Nabi SAW bersabda: “Surah itu akan datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiada menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.”

Semoga beroleh manfaat. Amalkanlah surah ini, hafalkan dan sematkan di dalam hati, kerana inilah surah yang banyak membawa hikmat dan keberkatan terutamanya semasa kita di alam barzakh.


Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatimah r.a)

3. Husin (anak Fatimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Jangan Menangis Lagi

Tangisan kerinduan
Ratapan yang bukan pemergian
Tangisan tanpa henti
Bagai dicucuk sembilu senja
Dunia sementara
Menyesal tiada guna

p/s

Aku melihat salju,

Di tengah kering Sahara,
Sejuk ia mendamaikan,
Menarikan siulan lagu-lagu kehidupan,
Untuk jiwa-jiwa yang pasrah.
Beku ia mendinginkan,
Menghentakkan auman jerit-jerit kemusnahan,
Untuk jiwa-jiwa yang patah.

Kalau engkau diberi pilihan,
Di kiri sejuk di kanan beku,
Salju yang mana engkau sajikan?

p/s lagi : saya terjumpa sajak ini disimpanan saya .. tapi yang pasti bukan tulisan saya ..

Rezeki,Syukur Alhamdulillah


assalammualaikum, alhamdulillah hari ini 20 Jan 2012 saya mendapat peluang untuk menjual moist choc cake saya di Petronas Tmn Tun ... Alhamdulillah sekali lagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya sendiri atau pergi ke laman web kami

perkongsian dan peringatan

Ustaz Don & Mat Lutfi adik beradik ?





setelah mendengar tazkirah dari ustaz Don Daniyal yang sedang meletup2 namanya sekarang , tiba2 saya terkenang semasa lalu hehehe ... ttg seorang vlogger yg agk popular Mat Lutfi ... cara penyampaian , percakapan , mereka agak byk persamaan .. dan secara tidak sengaja saya teringat ustaz Don ada juga seorang adik mungkin yang belajar ambil course arkitek ... dan Mat Lutfi juga xsilap sy mengambil course yg sama di Australia .. :) .. tapi ini hanya lah seingat sy ... adakah mereka adik beradik ? xsabar2 sy nak tahu sebenarnya ... siapa yg tahu info2 lah dicni ya ...

MAT LUTFI



USTAZ DON


penyampaian beliau yg santai dan mudah diterima dan dfahami .. punya isi yg amat berguna

ustaz Don penyampaian nya begitu mudah difahami dan sangat memuaskan :)

Minta Bantuan

Assalammualaikum saya ingin meminta bantuan para pembaca jika tahu dimana saya boleh mengambil kursus wajib dalam perniagaan makanan di sekitar Lembah Klang.Dan juga kursus pembuatan makanan dari bahan coklat.Jika ada sesiapa yang mengetahuinya sila hubungi saya di talian celcom saya ayubalqishah : 019 3603659 bantuan anda amatlah dihargai :)

Subhanallah

Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.




Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini)

“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.'

Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

10 Akibat Jahil Agama

Zaman tidak lama sebelum kedatangan  Nabi Muhammad s.a.w, dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan terseleweng dari yang asal.

Dan malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.

Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik."   (Hadis riwayat Ibnu Adi)

Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu' (ulama' jahat / ulama' dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.

Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama.


1 - Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.

Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith.

Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga.  Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah dengan syara'.

Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang."  (Hadith Riwayat Thabrani).


2 - Mudah mengutuk dan menghina ulama'.

Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama' jika mereka mendengar suatu ucapan ulama' yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama' itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan menyanggah ulama'.

Kita bukan disuruh ta'asub kepada seseorang ulama', tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama' yang memperjuangkan Islam.  Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghinanya.

Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."  (Hadith Riwayat Ahmad).


3 - Membela orang-orang yang jahil sepertinya juga.

Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka.  Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran.

Sebagai contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan, dan manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka, sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan dilarang oleh Tuhan.

Memang nampak seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina, kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan mudah dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain pula nanti.

Dan bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia?  Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?


4 - Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan.

Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana keta'asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan manusia.

Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar.  Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?

Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka dan kekal berkuasa.


5 - AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata.

Ramai yang membaca AlQuran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta'ala menurunkan AlQuran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada kita?

Adakah Allah sembang kosong dalam AlQuran?


6 - Hukum-hakam Allah akan direndahkan martabatnya dan dihina

Undang-undang dari Allah yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajah dulu lagi, kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.

Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi. Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.

Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, "Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam  dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat".  (Hadith Riwayat Ahmad)

Hinggakan sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam AlQuranul Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat.


7 - Amal ibadah tidak diterima oleh Allah s.w.t

Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,  sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.”  (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.


8 - Maksiat dan jenayah semakin berleluasa.

Apabila sudah jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.

Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang.

Kejahatan baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki lain yang melihatnya.

Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.

9 - Akan terjadi perpecahan dan peperangan sesama sendiri

Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Ramai yang bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.

Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah?  Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas?

"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu,  kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian,   yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."  (Surah An-Nisaa' : Ayat 59)


10 - Generasi akan datang akan terdidik dalam keadaan jahil.

Kesan dari wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.

Jika sekadar mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul matapelajaran Agama Islam di sekolah.


Kesimpulan

Maka ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak.  Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan ditipu dan diserang oleh musuh.

Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, "Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;

1 - Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 - Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 - Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 - Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 - Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 - Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.

Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, "Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, "Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat." Iblis itu bertanya, "Adakah mereka itu mencintai dunia?"  Tentera itu menjawab, "Ya".

Lalu Iblis menyambung, "Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala.  Sesungguhnya aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;

1 - Mengambil harta dari bukan haknya.
2 - Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 - Menahan harta dari haknya.

Dan kesemua kejahatan itu akan timbul dari yang tiga ini.  [Ihya Ulumuddin , Kitab tercelanya dunia]

Rujukan:

1 - Ihya Ulumuddin - Imam Al-Ghazali

2 - 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman - Abu Ali al Banjari An Nadwi

syukran kepada http://unikversiti.blogspot.com di atas perkongsian yang amat berguna ini
 
Bila Blogger Template by Ipietoon Blogger Template