PENGERTIAN
Dari segi bahasa mut'ah bererti bergembira dengan sesuatu.
Dari segi syarak iaitu pemberian saguhati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang ataupun barang dan perceraian tersebut bukan kesalahan daripada pihak isteri.
Dari segi syarak iaitu pemberian saguhati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang ataupun barang dan perceraian tersebut bukan kesalahan daripada pihak isteri.
Jika perceraian berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau fasakh kerana aib (kecacatan) di pihak isteri atau dia menuntut fasakh kerana aib di pihak suaminya, maka dia tidak berhak mendapat mut'ah.
DALIL PENSYARIATAN
Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (setubuh) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mut'ah (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu,) iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu ) menurut kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang yang mahu berbuat kebaikan."
(al-Baqarah: 236)
Ayat ini dijadikan dalil wajib pemberian saguhati (mut'ah) perceraian dalam mazhab al-Syafie. Terdapat 3 keadaan yang mewajibkan mut'ah :-
- Isteri yang diceraikan sebelum berlaku perhubungan kelamin dan tidak ditentukan baginya sebarang mahar. Jika telah diberi setengah daripada mahar, maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu diberi mut'ah.
- Isteri yang sudah dilakukan perhubungan kelamin dengannya.
- Isteri yang tidak ditentukan maharnya tetapi sudah berlaku perhubungan kelamin.
TUJUAN MUT'AH
- Meringankan beban yang ditanggung oleh seorang bekas isteri akibat diceraikan oleh bekas suaminya.
- Isteri dapat memulakan penghidupan baru secara bersendirian atau sebelum dia dapat berkahwin dengan lelaki lain atau sebelum dia kembali semula kepada suaminya yang asal.
- Isteri yang diceraikan itu dapat menghadapi masa depan hidupnya dengan penuh cekal dan sabar.
KADAR MUT'AH
Tiada terdapat satu ukuran yang mutlak atau dalil yang qatie berhubung dengan kadar mut'ah yang minimum dan maksimum. Oleh itu, adalah lebih baik kadar tersebut ditentukan oleh hakim. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua suami isteri bersetuju pada sesuatu kasdar maka itulah yang sebaik-baiknya.
MUTA'AH MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR NO. 4 1984 / PINDAAN 1988
Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 1984/ Pin. 1988 memperuntukkan bahawa :
" Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab oleh suaminya boleh memohon mut'ah @ pemberian saguhati kepada mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syara' "
sumber:LAMAN WEB RASMI JAIS
sumber:LAMAN WEB RASMI JAIS
salam ziarah.. nice words~
BalasPadam